Rate

Bab 79 : Syukur

Romance Completed 402255

"Abang dah cakap dengan mama, nanti mama datang teman sayang dekat rumah ni. Sorry tau, abang dah kena mula kerja."

"Tak apalah. Kerja kan. Bukan boleh tangguh-tangguh lagi dah." Balas Azah perlahan.

Hilmi menapak mendekati Azah, niatnya mahu mandi selepas dia membuat senaman ringkas dengan menggunakan tali skipping itu dibatalkan sahaja apabila dia menyedari Azah masih lagi beremosi dengan apa yang berlaku antara dia dan ibunya.

Hilmi mengambil bangku kecil di sudut bilik itu dan dia letakkan betul-betul di hadapan Azah yang sedang duduk di katil sebelum di dudukinya.

"Sayang fikir pasal ibu lagi ke?" Tanya Hilmi.

Dia paling risau melihat keadaan Azah begini, kerana keadaannya ini menyebabkan jumlah susu yang di hasilkan Azah semakin berkurangan. Petanda yang Azah sedang berada dalam keadaan tertekan.

"Tak lah. Azah penat je." Balas Azah perlahan.

"Kalau sayang ada nak cakap apa-apa dengan abang, cakap lah. Abang okey je. Cuba cerita. Mana tahu abang boleh tolong sayang ke. Ni mesti pasal ibu, kan?"

"Abang, macam mana kita nak pujuk diri untuk maafkan orang? Sayang rasa tak mampu. Tak mampu sangat-sangat. Bila terfikir apa yang ibu dah buat, rasa sedih sangat. Tak mampu nak halang diri dari menangis.

Tolong lah jangan cakap sebab Azah anak, jadi Azah wajib maafkan ibu. Sebab apa yang ibu buat tu sangat menyakitkan. Azah tak mampu nak terima. Tapi Azah sakit jugak dekat dalam diri Azah." Azah sudah menekup bantal pada wajahnya.

"Abang pun tak tahu jugak, tapi take your time sayang. Doa hari-hari pada Allah, mintak Allah bagi diri kita rasa syukur dan cukup dengan apa yang kita ada sekarang ni.

Abang tak mintak sayang maafkan ibu sebab status sayang sebagai anak, atau sebab ibu tu ibu sayang ke apa ke, bukan. Tapi abang nak sayang latih diri untuk memaafkan sebab sayang layak untuk hidup dalam keadaan tenang tanpa memikirkan dendam. After all that happened to us.

Sayang ada ibu yang masih hidup, syukur. Sebab masih ada ibu, berbanding orang yang dah tak ada mak. Syukur dulu, insya Allah kekuatan untuk memaafkan itu akan datang kemudian. Tanpa dipaksa.

Kita boleh ambik pengajaran dari kisah Nabi Yusuf A.S. Jangan letak apa-apa expectation pada orang sekeliling, walaupun orang yang rapat dengan kita, sebab orang yang rapat dengan kita tu lah adakalanya akan jadi orang yang menyakitkan kita.

Satu je yang kita kena yakin, Allah takkan uji kita melebihi dari apa yang kita mampu tanggung. Abang yakin benda tu, sebab dah jadi dekat abang. Pada ketika abang yakin, abang dah reda, dah terima kenyataan yang abang takkan dapat peluang untuk ada anak sendiri, Allah bagi Aakif dekat kita. Alhamdulillah.

Jangan lupa jugak doakan, semoga Allah beri kita bahagia supaya kita pun boleh berikan kebahagiaan pada orang. Abang tahu sayang abang ni kuat. Tak perlu paksa diri untuk maafkan ibu. Kita sama-sama latih diri untuk bersyukur je dulu. Ya?" Pujuk Hilmi.

Sebagai seorang suami, dia yang perlu lebih rasional. Terutama jika isteri dalam keadaan seperti ini. Menjadi suami juga, dia perlu melengkapkan diri dengan ilmu. Bukan sekadar mengikut sahaja apa yang mendatang, kemudian baru mencari jalan penyelesaian.

Untuk masalah ini juga, dia perlu lebih berhati-hati. Ibu Azah juga adalah ibunya sekarang ini. Sama taraf dengan mama, ibu kandungnya. Tiada beza, tiada sesiapa yang lebih utama. Cuma, tentulah bila mengubati hati yang terluka ini, caranya perlu lebih lembut supaya Azah dan ibunya tidak terus-terusan bersengketa.

"Sayang tahu tak, perkataan qalbu, yang bermaksud hati tu, berasal dari perkataan Iqlab."

Hilmi jeda, memerhati respon Azah yang kini mengangkat keningnya, seolah tidak percaya.

"Ha ah. Iqlab yang hukum tajwid, bila huruf nun mati bertemu dengan huruf ba. Maksud Iqlab tu, berubah. Hati manusia ni, mudah berubah, berbolak-balik. Bukan sekadar dalam hal hidup ni, tapi dalam hal agama pun sama.

Sebab tu ada satu doa lepas solat tu, kita mohon, supaya Allah yang merupakan pemegang hati manusia yang mudah berubah ni, tetapkan hati kita pada agama Dia. Bila hati kita dah tetap pada agama, kita akan tahu apa yang kita kena buat bila kita berada dalam satu situasi yang sukar macam ni.

Allah tak marah pun kita sedih, sebab kita kan manusia. Ada rasa kecewa tu bila dikhianati oleh orang yang kita sayang. Tapi jangan sampai membinasakan diri. Abang nampak, sayang stress sangat, sampai susu dah drop. Kan tak elok macam tu." Pujuk Hilmi lagi.

Dia bukan lah sempurna sangat, cuma ini sahajalah yang boleh dilakukan untuk memujuk Azah. Dia cuba memahami perasaan Azah yang masih sakit. Memaafkan itu takkan terasa manisnya bila dipaksa. Takkan datang reda bila kemaafan diberi kerana diminta.

*****

"Ni, saya dah keluarkan Rm10,000.00 dari akaun Tabung Haji saya. Mintak nombor akaun si Izzat tu dengan bekas besan awak tu. Esok saya masukkan dalam akaun dia. Kita bayar lah duit si Izzat tu. Supaya kita tak ada apa-apa kaitan dah dengan keluarga diam tak terhutang apa-apa dah." Beritahu Ghani.

"Habis tu, kita nak pergi Haji nanti, macam mana? Kalau duit tak cukup, tak dapat lah panggilan dari Tabung Haji nanti bang." Balas Azlinda.

"Biar lah. Ada lah rezeki kita tu nanti. Kalau Allah cakap ada rezeki kita sampai ke sana, macam mana sekali pun, kita akan sampai. Tak payah nak sakitkan kepala. Selesaikan hutang dulu." Tingkah Ghani.

Azlinda mendiamkan diri. Sejak pecah rahsianya, dia tidak lagi berani membantah apa sahaja yang dikatakan oleh Ghani. Ghani mempunyai kuasa veto untuk segala-galanya sekarang ini.

Enjoy reading! :) Maaf lambat. Meeting lagi :( Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-10 17:21:45 

ketegasan seorang mertua dan menantu terhadap isteri


NovelPlus Premium

The best ads free experience