Rate

Bab 2 : Sama Kelas

Romance Completed 402255

"Azahhhhhhh, kita sama kelas dengan Coke!"

Masuk sahaja ke kelas subjek elektif Revelation as Source of Knowledge (RaSoK), Nurul tercengang kerana ada Coke dan rakan-rakannya yang lain. Tetapi raut wajah terujanya tidak dapat disembunyikan. Lengan Azah dipegang, sebaik sahaja Azah berpaling melihat dia, dia tersenyum gembira, mengalahkan kerang busuk.

"Ada yang tak lena tidur lah malam ni." Usik Azah.

Nurul tersipu malu sambil mengangguk. Pasti kelas Dr. Osmani ini akan menjadi kelas yang paling ditunggu-tunggu Nurul.

*****

"Afiq, aku tak salah tengok kan?" Bisik Coke.

Afiq mengangkat keningnya seraya memandang kearah yang dipandang Coke. Afiq segera tersenyum.

"Tak bro. Rezeki kau ni." Bisik Afiq lalu menumbuk bahu kiri rakannya perlahan.

Coke mengulum senyum. Takdir itu, punyai pelbagai cara untuk merapatkan mereka. Tak perlu bersusah payah untuk dia memulakan langkah. Coke berdehem. Pandangan matanya sempat singgah pada wajah gadis idamannya sebelum dialihkan ke wajah pensyarah mereka yang baru sahaja melangkah masuk ke kelas.

*****

"Eh alamak Azah, sama kelas lagi. Ya Allah Azah, happy nya boleh cuci mata 3 jam tengok Coke setiap hari Isnin dan Rabu. Yeayyyy." Sorak Nurul perlahan.

Azah mengemam tawanya. Cinta ni memang boleh buat manusia jadi kurang waras ya? Macam Nurul ni, hilang kesopanan dan kesusilaannya sebagai wanita.

"Heiiii, niat nak datang kelas tu, sila perbetulkan yaaaaa. Dari nak cuci mata, apa kata mintak je nombor telefon dia dari Afiq? Boleh lah contact dia dari usha jauh-jauh macam ni. Gombak ni besar, susah nak jumpa. Bukan macam masa kita dekat Nilai. Hari-hari boleh jumpa." Suruh Azah.

Nurul pantas menggeleng.

"Gila ke Azah suruh Nurul confess? Buatnya Coke reject?" Tanya Nurul

"Usaha lah lagi, sampai Coke terima." Jawab Azah pendek apabila melihatkan Dr. Asiah melangkah masuk ke kelas.

Nurul mencebik. Ingat semudah tu ke nak lupakan crush kalau ditolak?

*****

Sebaik sahaja mereka tiba di kelas seterusnya, Azah sedikit mengah kerana perjalanan yang jauh dari bangunan IRK untuk ke bangunan HS. Bila sampai lambat, kerusi pun perlu dipinjam dari kelas lain yang terletak bersebelahan dengan kelas mereka.

"Nisa, Azah tumpang letak beg sekejap ya. Azah nak pergi cari kerusi." Bisik Azah memandangkan Dr. Maimunah sudah pun mengambil tempat di hadapan kelas.

Nisa hanya mengangguk. Kebiasaannya memang begitu. Siapa cepat, akan dapat duduk tanpa perlu mengambil kerusi dari kelas lain.

"Err, cari kerusi ke?" Sapa Coke pada Nurul.

Azah tepuk sahaja bahu Nurul yang sudah hampir kejang itu apabila ditegur Coke.

'Baru tegur dah kejang macam ni. Cuba Coke luahkan perasaan, confirm tak bernafas dah si Nurul ni.' Bebel Azah dalam hati.

"Haaaa cari kerusi." Jawab Nurul tergagap-gagap.

Laju sahaja Coke menghulur kerusi plastik kepada Nurul dan Azah.

"Terima kasih." Ucap Nurul dan Azah serentak.

"Sama-sama." Coke menghadiahkan sebaris senyuman kepada mereka berdua.

"Azah, Nurul dah cair." Bisik Nurul sebaik sahaja Coke melangkah pergi bersama kerusi plastik untuk dirinya sendiri.

"Mengada! Dah cepat jalan, entah apa yang dah terlepas dalam kelas ni." Bising Azah yang hanya disambut dengan senyuman dari Nurul.

Orang tengah bahagia, mana tak senyum sepanjang masanya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

nana/liyana
2021-08-31 09:51:16 

kenapa nama dia coke,saya tahu coke tucoca cola je


NovelPlus Premium

The best ads free experience