Rate

Bab 95 : Betul Ke Ni?

Romance Completed 402255

Risaunya!

Entah apa hasil ujian darah itu nanti. Kalau dia tidak mengandung (tentulah tidak mengandung, kerana jika dilihat tarikh, hari haid terakhirnya baru sahaja beberapa hari yang lepas berlalu), entah apa yang perlu doktor lakukan untuk mencari tahu penyakit yang dihidapi oleh Hilmi.

"Sayang, lepas abang keluar hospital kan, kita ambik cuti lepas tu kita balik kampung sayang boleh tak? Abang rasa nak makan kuih apa tu, yang kat bawah dia pulut, lapisan atas tu warna coklat, apa dah nama kuih tu?" Tanya Hilmi, namun tiada respon dari Azah.

.....

Senyap sunyi, Azah masih tenggelam dalam lamunannya sendiri.

"Sayang? Dengar tak abang cakap ni?" Tanya Hilmi lagi, sedikit geram kerana Azah tidak memberi perhatian.

Azah masih begitu. Berdiam diri. Hilmi yang tadinya menyandar pada katil menggerakkan dirinya ke hadapan supaya dia dapat menyentuh Azah.

"Sayanggg..." Panggil Hilmi sambil mencuit bahu Azah berkali-kali, adakalanya dicucuk bahu itu dengan jari telunjuknya.

"Ahhh, ya. Abang nak apa?" Tanya Azah yang terperanjat.

Riak wajah yang di tayang Hilmi itu sukar ditafsirkan olehnya. Marah, ke? Tapi, kenapa?

"Nak sayang..." Hilmi berhenti seketika.

Azah sudah terkebil-kebil matanya, bagaikan tidak memahami apa yang dituturkan oleh Hilmi barusan.

"...dengar cakap abang. Sayang fikir apa? Sampai abang cakap pun tak dengar ni." Sambung Hilmi, diikuti dengan bebelannya.

Mujur Azah tidak sempat menjeritkan perkataan gila atau pun perkataan yang sama erti dengannya.

"Fikir pasal ujian darah tu lah. Agaknya kenapa eh? Macam lama pulak." Azah sudah berdiri, tangannya disilangkan ke belakang.

"Nak fikir kenapa? Tak payah fikir. Nanti keputusan tu keluar, doktor datang lah beritahu." Balas Hilmi.

"Hmmmm, tapi kenalah risau jugak." Ujar Azah.

Kenapa riak muka Hilmi tidak menunjukkan riak risau langsung?

"Agaknya tengahari kejap lagi mama datang tak?" Tanya Hilmi, mengalih topik perbualan.

"Entah, datang kot. Kenapa?" Tanya Azah.

"Abang lapar. Harapnya mama bawak makanan." Hilmi menggosok perutnya yang sejak dari sarapan tadi masih tidak terasa penuh.

Ya Allah, dalam saat genting macam ni pun dia boleh fikir pasal lapar lagi?

"Assalamualaikum Abang Mi! Hannah datang ni." Lapor Hannah dari pintu masuk ke bilik Hilmi.

Panjang umur, yang disebut-sebut telah puj tiba. Wajahnya berseri-seri memandang Hilmi manakala ditangannya ada mangkuk tingkat, yang pada tekaan Hilmi, berisi makanan yang dimasak oleh mama. Dibelakangnya, ada mama dan papa.

"Aakif dengan siapa kalau Hannah datang?" Tanya Hilmi.

"Aakif ada dalam kereta dengan Abang Long dan Kak Nida. Dia tidur tadi tu." Beritahu Hannah.

Wajah Hilmi cerah kembali. Tangannya pantas mahu mengambil mangkuk tingkat itu dari tangan Hannah namun dilarikan oleh Hannah.

"Abang betul ke nak ni? Tak nak tanya dulu lauk apa?" Usik Hannah.

Hilmi tunjukkan riak muka bosan. Orang tengah lapar ni, dia nak main-main pulak. Ada kang jadi korban makan tengahari ni nanti budak ni!

"Bagi lah Hannah!" Marah Hilmi.

"Okey lah, nah nah, ambik lah Nasi Minyak lauk ayam masak merah yang paling abang suka ni." Bebel Hannah sambil tangannya menghulurkan mangkuk tingkat itu kepada Hilmi.

Anehnya, tidak bersambut. Rupa-rupanya, Hilmi sedang menahan dirinya dari muntah sementara Azah mendapatkan bakul sampai dibawah katil hospital. Hannah menjauhkan diri apabila kedengaran bunyi muntah berkumandang dengan sumbang.

"Seriuslah muntah lagi?" Bebel Hannah.

Sempat Sharif memukul bahu Hannah kerana keterlaluan Hannah mengusik Hilmi yang wajahnya sudah kembali pucat. Azah mengelap sisa muntah pada mulut Hilmi dengan menggunakan tisu lembap.

"Nak minyak tak?" Tanya Azah.

"Nak. Sapu dekat belakang, dekat perut, dekat kepala." Dah datang kembali manja dia.

Hannah mencebikkan bibirnya. Eh menyesal pula dia mengusik Hilmi tadi. Tak pasal-pasal dia kena melayan drama mengada yang dilakonkan oleh Hilmi. Dasar abang gedik!

"Macam mana lah Kak Azah boleh tahan perangai abang eh? Geli betul kemanjaan dia yang dibuat-buat itu. Eeeeeeiiii, geli geli geli." Omel Hannah.

"Sebab tu Amirul tak nak kahwin cepat-cepat dengan Hannah. Agaknya dia dah boleh jangka yang dia akan pendek umur kalau dia kahwin dengan Hannah cepat-cepat." Balas Hilmi, sempat dia menjelirkan lidahnya kepada Hannah apabila papa menegur perbuatan adiknya itu.

Tanda kemenangan berpihak padanya.

"Abang ni! Nasi Minyak Nasi Minyak Nasi Minyak." Ulang Hannah berulang kali.

Biar kurus abangnya kali ini. Biar muka jadi ungu sekali pun, dia akan tetap ulang perkataan itu sehingga Hilmi memohon maaf kepadanya. Hilmi pula, dalam keadaan muntah itu pun, sempat dia menunjukkan penumbuk kepada Hannah.

"Muntah lagi ya?" Tegur Doktor Farith.

"Doktor..." Sapa Zainab dan Sharif serentak.

"Macam mana doktor? Apa keputusannya?" Tanya Azah, tidak mampu bersabar lagi.

Doktor Farith memandang setiap wajah yang kini mata mereka terpaku pada wajahnya. Aih, cuak pula, apabila dia memberitahu keputusan ujian darah itu, dia perlu menerangkan kepada mereka semua pula situasinya. Kerana apa yang berlaku ini, berlainan dari apa yang diketahui oleh orang-orang secara umumnya.

"Encik Hilmi, Alhamdulillah, tak ada apa-apa penyakit yang serius. Cuma Puan Azah..." Doktor Farith jeda.

"Kenapa dengan isteri saya?" Tanya Hilmi pula.

"Puan Azah mengandung." Jawab Doktor Farith.

"Oh, ya ke? Dengar tu sayang. Tak ada apa-apa yang serius lah. Sayang mengandung je." Hilmi yang baru sahaja memegang tangan Azah terkejut dengan apa yang baru dituturkan olehnya sendiri, seakan baru dapat dicerna maklumat itu.

Azah mengandung?

Wajah Azah dipandangnya lama.

"Dah berapa bulan, doktor?" Tanya Hilmi teruja.

"Yang tu, kena scan dulu baru tahu. Tak boleh tahu dari ujian darah." Balas Doktor Farith dengan lurusnya juga.

"Oh ha, ya tak ya jugak, kan?" Balas Hilmi.

*****

Ketika transducer itu menari di perutnya, sempat Azah menangkap raut wajah Doktor Ezzara yang tersenyum sambil memandang skrin.

"Kenapa doktor?" Tanya Azah.

Doktor Ezzara berdehem sebelum dia mula bersuara.

"Ni puan, Alhamdulillah dah 15 minggu. Nampak tak ni kaki, tangan, jantung dia." Terang Doktor Ezzara namun tidak semua masuk ke dalam telinga Azah.

Dah 15 minggu? Biar betul?

"Macam mana boleh mengandung? Kan saya period setiap bulan." Soal Azah.

"Sebenarnya banyak penjelasan yang mungkin tepat, tapi semuanya betul-betul menerangkan situasi ini. Kalau orang tua lama, istilah haid datang ketika mengandung ini, dipanggil sebagai bunting pelanduk.

Kalau dalam perubatan, ini dipanggil sebagai breakthrough bleeding yang mana kemungkinan badan puan tidak menghasilkan hormon progesteron yang cukup untuk menghentikan proses kitaran haid setiap bulan. Maksudnya, badan puan masih tak perasan yang puan ini mengandung.

Kami akan berikan pil untuk membantu menghasilkan hormon progesteron yang cukup supaya tiada lagi pendarahan. Seterusnya memastikan badan dapat membekalkan apa yang diperlukan oleh baby dengan cukup." Terang Doktor Ezzara.

"Tapi doktor, anak saya lahir dengan kaedah ceaser. Perlu tunggu dua tahun untuk mengandung lagi. Kalau dah jadi macam ni, selamat ke?" Tanya Azah ragu-ragu.

"Insya Allah selamat. Cuma puan akan dipantau dengan rapi oleh doktor sebab ada ibu hamil yang rasa sakit pada parut lama pembedahan. Tapi ada yang okey, jadi puan tak perlu risau melampau. Insya Allah selamat keduanya ibu dan baby."

Sudah 15 minggu? Macam mana dia boleh tak perasan langsung?

Enjoy reading! :) Terima kasih untuk komen yang baik-baik T_T Tak tergambar macam mana rasa syukur ya ada pembaca yang baik-baik macam kalian semua T_T Anda semua jaga diri ya. Semoga Allah balas kebaikan anda semua dengan kebaikan yang berganda-ganda, aamiinn. Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-19 16:18:07 

dapat adik pulak si abang tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience