Rate

Bab 86 : Tak Pernah Tak Sayang

Romance Completed 402255

"Aakif, Aakif!" Jerit Azah sebaik terjaga.

Hilmi juga turut terbangun, terkejut mendengarkan jeritan isteri.

"Ada ada, Aakif tengah tidur lagi ni haa." Ujar Azlinda.

Dia yang sudah siap bertelekung selepas selesai mandi tadi itu duduk menunggu cucunya yang sedang lena tidur sambil mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sempat dia kejutkan Ghani sebelum mandi tadi supaya Ghani membantu menjaga Aakif.

"Astaghfirullah hal azim. Sorry ibu. Azah tak sengaja. Terlelap." Terjaga secara mengejut itu membuatkan dia diserang sakit kepala.

"Pergilah bersiap untuk solat. Ibu dengan abah tengokkan Aakif dulu." Arah Azlinda.

"Okey ibu." Balas Azah.

Hilmi yang terlelap semula, dikejutkan dengan penuh berhemah. Itu pun, sedar tak sedar sahaja Hilmi berdiri untuk menurut dia masuk ke bilik tidur mereka. Masih mamai.

Ghani keluar ke ruang tamu semula. Dia duduk berdekatan dengan Azlinda, tetapi masih berarak. Tersengih-sengih memandang Azlinda.

"Apa yang awak sengihkan ni Pak Cik Ghani?" Tanya Azlinda selepas dia menutup Al-Quran yang ada ditangannya.

"Mereka berdua tu, dah masuk mandi ke?" Tanya Ghani.

"Yalah tu kot. Tapi tak tahulah kot masuk bilik tu, tertidur semula. Dari pukul berapa tadi Aakif berjaga. Sama lah macam peel ibu dia masa kecik dulu. Suka tidur awal, berjaga malam-malam." Maklum Azlinda.

"Menurun dekat anaknya pulak. Penangan anak, tak tidur ibu daddynya." Komen Ghani.

"Itulah pengorbanan mak dengan ayah untuk anak. Tak ada mak ayah dekat dunia yang tak sayang anak. Semuanya sayang. Kalau tak sayang, buat apalah nak tahan sakit semata nak lahirkan satu nyawa ke dunia ni?" Balas Azlinda laju, secara spontan.

"Kiranya, awak pun sayangkan Azah lah ni?" Tanya Ghani, mengusik lagi.

"Takkan lah tak sayang Pak Cik Ghani...! Anak saya tu. Saya yang mengandungkan dia, saya yang lahirkan dia. Saya yang susukan dia. Sakit dia, sakitlah saya. Hakikatnya, seekor nyamuk pun saya tak nak bagi dekat dengan dia. Inikan pulak, syaitan bertopengkan manusia." Perasaan sebak menyelubungi dirinya sewaktu baris ayat itu habis diucapkan.

"Cumanya, mak mana boleh mengaku dengan mudah, boleh terima hakikat yang diri dia adalah pemusnah hidup anak dia? Macam mana saya boleh hidup dengan tenang lepas apa yang saya dah buat pada anak saya? Kalau ikutkan hati, nak je saya jerit yang saya tak tahu. Bukan saya sengaja.

Kalau saya tahu, sanggup saya korbankan nyawa saya dari biarkan anak saya hidup dengan manusia macam tu. Awak gelak kan saya, awak marah-marah, paksa saya, bukan saya tak nak mintak maaf. Bukan saya tak nak mengaku salah saya.

Cumanya, bila saya mengaku tu nanti, tandanya saya mengakui apa yang saya cuba nafikan selama ini. Yang saya merosakkan hidup Azah. Saya yang jadi penghalang dia dari bahagia. Kalau saya tahu, tak hingin saya terima syaitan tu.

Kalau saya tahu, sebelum Hilmi meminang lagi saya akan setuju mereka nikah. Sebelum pergi UK sambung belajar tu saya suruh nikah je. Tengokkan Aakif ni, lagilah perit hati saya. Patutnya Azah dah bahagia lama dah. Entah-entah, anak dah tiga, dah empat.

Bukan saya tak nak mintak maaf. Saya cuma tak cukup kuat nak akui kesalahan saya. Saya malu. Abang nak cakap saya ego ke, nak salahkan saya untuk semua benda ke, nak sembelih arnab saya ke, buat lah. Saya tak halang. Cuma, jangan lah perli-perli saya lagi. Abang ingat semua ni mudah ke bagi saya?" Omel Azlinda.

"Saya bukan perli. Saya cuma nak awak berbaik dengan Azah tu. Mintak maaf dengan dia. Saya yakin, Azah tu cukup besar hatinya untuk maafkan awak. Saya tak nak awak panjang-panjangkan cerita je lagi. Benda dah berlaku bertahun-tahun yang lepas dah." Balas Ghani dengan suara yang sengaja dilembutkan.

"Yelah. Kejap lagi saya mintak maaf lah dengan dia."

"Macam nilah isteri saya yang saya kasihi dan cintai sepenuh hati. Inilah Azlinda yang buat saya jatuh cinta sebab baik hati budi nya tu." Puji Ghani sambil dia semakin mendekat dengan Azlinda.

"Puji tu puji lah, tangan tu jangan nak bergerak. Saya ada wuduk ni. Malas nak buka telekung ambik wuduk semula." Marah Azlinda.

"Allah, nak sentuh isteri pun tak boleh." Usik Ghani lagi.

"Masa orang ada wuduk ni lah dia menggedik nak pegang tangan. Malam tadi, lari tidur dekat luar. Ingat saya tak tahu awak saja je nak lancarkan perang dingin, mogok dengan saya kan." Bebel Azlinda, puas hatinya dapat meluahkan perasaan itu.

Ghani gelak sahaja kuat-kuat sambil memerhatikan riak wajah Azlinda itu. Faham sangat isterinya sedang marahkan dia yang tidur berjauhan, nun di sofa di ruang tamu. Padahal bergaduh macam mana sekalipun, mereka takkan tidur berasingan.

"Yalah, saya pulak mintak maaf dengan awak sebab tidur asing dari awak. Tapi itulah, kopi Hilmi buat tu berlemak betul. Sedap. Sedar-sedar saya dah masuk ke alam mimpi dah." Pujuk Ghani.

Hilmi di sebalik pintu bilik tidurnya, bersama Azah yang tadinya sempat meleleh kan setangki air mata, sudah terkekeh menahan gelak dari tersembur. Nanti kantoi mereka mencuri dengar perbualan ibu dan abahnya.

"Kan abang dah cakap, tak ada ibu yang sanggup lahirkan anak, jaga dan asuh dari kecik benci kan anak dia. Ibu sayang sangat dekat sayang. Maafkan ibu, ya? Macam mana sayangnya sayang dekat Aakif, sayang darab kan dengan berapa umur sayang.

Itulah tahap kedalaman sayangnya ibu pada sayang. Abang tahu, isteri abang ni baik. Itulah yang buat abang tertarik pada dia dulu, sekarang, dan insya Allah sampai bila-bila. Semuanya dah boleh selesai cara baik. Dah sampai masanya untuk sayang sembuh dari semua luka yang ada." Bisik Hilmi perlahan, memujuk Azah.

Sempat juga dahi Azah dicium manja sebelum kepala yang bertelekung itu sempat digosok lembut.

"Abang..." Panggil Azah.

"Ya sayang..."

"Abang dah batalkan wuduk Azah." Rungut Azah.

"Allah, abang lupa. Itulah, tadi melayan perasaan sangat. Nak ajet-ajet romantik. Sorryyyyy." Ucap Hilmi bersungguh-sungguh.

"Abang pun kena ambil wuduk balik. Kena cepat, abah ibu dah tunggu lama." Balas Azah pendek.

"Okey, abang pergi ambik wuduk dekat luar." Laju sahaja Hilmi keluar.

Ish ish ish, salah timing pulak nak manja-manja!

XD

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience