Rate

Bab 57 : Pecah

Romance Completed 402255

"Azah macam mana?" Tanya Hilmi sebaik sahaja matanya menyapa wajah Sean yang datang menziarahinya selepas dia sedar dari bius untuk pembedahannya.

"Dia okey. Terkejut je sikit semalam. Tapi bos, urm, claim dorang tu nanti, macam mana?" Tanya Sean.

Rasanya boleh berpinar biji mata Hilmi melihat angka jumlah kerugian yang bakal dituntut oleh Azah dan kereta milik seorang pak cik di hadapan kereta Azah berdasarkan keadaan kereta mereka. Belum lagi kos untuk membaiki keretanya sendiri.

Oh ya, motosikal Hilmi yang kemalangan ditempat berasingan itu juga. Wuuuuuu. Rasanya boleh buat down-payment untuk sebiji rumah. Berserta bayaran bulanan untuk beberapa tahun.

"Tak apalah, nanti aku deal dengan ejen yang uruskan tu. Kau okey tak?" Tanya Hilmi.

Sean mengangguk sahaja.

"Sakit badan je sikit. Saya sapu minyak panas je. Okey dah. Kejap lagi saya ingat nak pergi bengkel sekejap. Kalau lah Cherry tak cari saya. Kalau tak, saya cancel lah pergi." Beritahu Sean.

Hilmi mengangguk tanda faham.

"Kau datang dengan apa ni?" Tanya Hilmi.

"Naik Grab Taxi. Bos, kalau bos besar tanya macam mana boleh accident, saya nak cakap apa? Pagi tadi dia tak datang kafe lagi. Petang ni mesti dia ada." Tanya Sean.

"Cakap je kau ikut aku nak pergi ambik barang."

"Tapi, takkan dua-dua accident." Tutur Sean.

"Kau jawab je macam tu. Kalau bos besar tanya, kau cakap je tak tahu barang apa. Cakap ikut aku je." Tinggi suaranya sebentar tadi seolah menekan pada luka perutnya membuatkan dia menyeringai kesakitan.

"Rehat lah bos. Saya mintak balik dulu. Nanti saya datang lagi."

"Okey. Terima kasih datang. Kalau ada apa-apa, call je aku."

Sean melangkah keluar dari bilikyang merupakan wad perseorangan yang menempatkan Hilmi, berjalan menuju ke lobi utama hospital untuk menunggu Grab Taxi nya. Sedang menunggu, telefonnya berbunyi.

"Helo, Sean! You dekat mana?" Tanya pemilik suara disebelah sana talian, Cherry.

Nama panggilannya bukan main lagi Cherry. Tapi orang Melayu kita ni je. Faezah nama betul si Cherry ni.

"Pergi tengok kereta yang kemalangan tu lah. Ada apa call I ni Faezah?" Tanya Sean semula.

"Cherry lah, bukan Faezah. Hisyhhh. Naik apa?" Tanya Cherry lagi dengan nada suara meluat.

"Naik lah apa-apa pun. Asalkan sampai. Cepatlah cakap, ada apa ni?" Tanya dia geram.

"Tuan Sharif tanya you dekat mana. I cakaplah you tak masuk lagi lepas keluar makan tengahari tadi. Bila dia tanya kenapa, I jawablah tak tahu. So, dia suruh I call tanya you. Pukul berapa nak masuk ni?" Tanya Faezah, gaya pengasuh dah ni.

"Dah on the way nak masuk office kafe dah ni. Lambat sikit je pun. Tengah tunggu Grab Taxi ni." Keluh Sean, nasib baik tak beritahu dia pergi ke hospital menziarahi Hilmi.

"Okey lah. Eh dia yang lambat, dia yang marah orang pulak." Sempat Cherry membebel sebelum dia memutuskan panggilan.

Aik, siapa marah?

*****

"Senyap-senyap je belakang saya awak buat plan dengan Hilmi kan?" Marah Sharif.

Sean terkulat-kulat memandang Sharif. Invois tempahan barang-barang kafe masih ditangannya. Tetapi hati dan jiwa tidak lagi di jasadnya. Terbang dibawa angin bersama tengkingan Sharif.

"Saya ikut je bos kecik sebab bos kecik mintak tolong. Bos besar kena tanya bos kecik, saya ikut dia je. Saya nak cakap pergi mana pun tak tahu sangat." Jawab Sean membela diri.

"Pandai lah. Awak ingat saya tak tahu apa plan awak dengan dia? Lepas habis buat keja kat sini awak jadi spy tak bertauliah untuk si Hilmi tu. Awak mengendap siapa?" Tanya Sharif lagi.

"Eh mana ada bos. Saya buat part time lain. Mana ada saya jadi spy bos kecik." Jawab Sean lagi.

Dalam kepalanya dia sedang memikirkan, kalau Sharif buang dia dari bekerja sebagai pembantu akauntan disini, kat mana lagi dia nak kena cari kerja ni?

"Tengok tu, saya bercakap ni pun awak boleh melangut lagi. Ya Allah. Apa lah Sean." Marah Sharif lagi.

"Arrrr, bos saya mintak maaf. Jangan buang saya. Saya tak nak kena buang." Rayu Sean.

Telefonnya di atas meja itu yang tiba-tiba berbunyi dijeling sahaja. Sharif turut sama menjeling.

Bos Hilmi calling.

Sharif memandang Sean semula. Sean diam tidak berkutik.

"Nak jawab ke, nak kerja?" Tanya Sharif.

"Nak kerja bos."

Sharif mengambil telefon Sean, tanpa ragu dia menekan butang menerima panggilan itu.

"Sean, aku lupa nak pesan. Kerja kau tengok-tengokkan Azah petang ni macam biasa tau. Tapi kau kena guna kereta sendiri. Tak apa, minyak boleh claim dengan aku." Lancar sahaja Hilmi bersuara.

Anehnya, kenapa Sean diam?

"Sean, kau dengar tak ni?" Tanya Hilmi.

"Dengar Mi. Papa pun dengar sekali ni haaa." Sharif bersuara.

Alamak!

Sean menelan air liurnya yang terasa pahit. Hilmi disebelah sana talian juga menelan air liur.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience