Rate

Bab 67 : Coke

Romance Completed 402255

"Sayang..." Panggil Hilmi memandangkan Azah yang dari tadi melekat di dadanya cuma berdiam diri.

Ya, dua-dua tak pergi kerja pada hari itu. Kebetulan, sebelah petangnya Azah perlu ke klinik untuk pemeriksaan kandungannya. Yeayyy, boleh tayang suami dekat klinik nanti :p

"Hmmmmm..." Sahut Azah.

"Ingat tak masa abang mula-mula cakap dekat sayang yang abang suka sayang?"

Azah tersenyum.

"Tak ingat." Balas Azah.

"Betul ke tak ingat? Masa kita 3rd year tu?" Tanya Hilmi lagi.

"Ya, tak ingat dah. Abang cerita lah balik, ingatkan sayang. Bagus ingatan abang eh, sampai sekarang masih ingat." Eheksss, mengada!

"Abang tak pernah lupa. Setiap saat pasal sayang, abang ingat. Abang takkan lupa lah, hari pertama kali abang bercakap dengan sayang tu. Masa tu, sayang dengan Nurul tengah makan, tapi sayang lupa nak beli air.

Kebetulan, kita sama-sama beratur masa tu. Masa mak cik tu tanya sayang nak air apa, duit sayang jatuh. Abang tolong kutip. Bila abang hulur, sayang ambik lepas tu cakap terima kasih tanpa pandang abang.

Bila abang cakap sama-sama, sayang pandang abang, terus cakap Coke. Mak cik tu pun hulur Coke dekat sayang. Tapi muka sayang masa tu, macam terkejut sangat. Sayang ambik air Coke tu, bayar, terus pergi dekat Nurul." Hilmi tersenyum sambil menceritakan kisah itu.

*****

~Apa lagi, mengimbas kenangan lah~

"Eh kenapa Azah beli Coke?" Tanya Nurul.

"Hah? Coke?" Azah melihat tin minuman di tangannya.

"Azah nak beli air mineral tadi. Tak apalah, Nurul nak?" Tanya Azah.

Nurul menggelengkan kepalanya.

"Azah lupa eh, Nurul tak minum air gas." Nurul tertawa manis.

Azah turut tergelak sama, menutup rasa malunya. Tiba-tiba pula dia berperangai seperti kucing hilang anak. Tak tentu arah, hanya kerana dia ditegur Coke tadi. Dah kenapa aku ni? Jangan cakap hati aku pulak yang terusik dengan Coke.

Sempat dijeling Coke yang sedang duduk bersama rakan-rakannya di meja yang bertentangan, tidak jauh dari meja yang diduduki mereka. Sempat pandangan mereka bertaut seketika. Membenihkan bibit-bibit perasaan yang sukar dimengertikan oleh Azah.

'Azah, ingat sikit, Coke tu Nurul punya!'

*****

"Alah, Azah pulak yang satu group dengan Coke." Omel Nurul.

"Nurul nak Azah mintak tukar?" Tanya Azah lurus.

"Tak lah. Tak berani lah Nurul. Nanti kalau Madam Su marah, uish, tak sanggup nak fikirkan kemungkinan apa yang akan jadi nanti. Tak apalah. Tapi kan Azahhhhhhh..." Nurul meleretkan nada nya.

"Tapi apa?" Soal Azah yang sudah menahan nafasnya dek kerisauan yang bertandang apabila Nurul sudah berkelakuan manja begitu.

"Boleh tak Azah curi-curi tangkap gambar Coke, lepas tu bagi dekat Nurul?" Tanya Nurul.

Azah tergelak, sempat dia menghembuskan nafas yang ditahan tadi.

"Okey, nanti Azah cuba." Janji Azah.

Mereka kemudiannya berjalan bersama-sama menuju ke kafe di bangunan HS, tanpa menyedari perbualan mereka tadi, separuhnya didengari oleh Hilmi.

'Coke? Aku ke? Sebab aku je lelaki dalam group Azah tu. Takkan Nurul suka perempuan lepas tu suruh Azah curi-curi tangkap gambar dengan perempuan kan? Kalau sesama perempuan, kan dorang boleh selfie je.

Ish, astaghfirullah hal azim! Apa ni Mi, kau tuduh Nurul tu suka perempuan. Kalau tak betul, kan dah jadi fitnah. Tapi, siapa Coke?' Bebel Hilmi dalam hatinya sehinggalah beberapa kejadian sebelum ini terimbau kembali di fikirannya.

Peristiwa terbaru, Azah yang menyebut Coke sebaik terpandang wajahnya di kafe tatkala mereka beratur bersama tempoh hari. Kejadian beberapa sahabat mereka yang lain yang mengusik Nurul dengan menyebut Coke sebaik sahaja ternampak dirinya dan Syukri berjalan bersama.

'Aku ke, Coke tu? Kalau aku, kenapa panggil aku, Coke?' Tanya Hilmi kepada diri sendiri.

*****

"Nurul, ni nombor telefon Coke!" Azah cepat sahaja menunjukkan skrin telefon Sony Ericsson nya itu.

"Eh cepatnya dapat! Azah mintak, ke Coke bagi?" Tanya Nurul.

"Dia sendiri yang bagi tadi. Sebab dia cakap senang sikit kalau nak buat group discussion nanti." Jawab Azah.

Nurul sudah mengerutkan keningnya. Semua orang tahu Hilmi bukan manusia yang mudah memberi nombor telefonnya kepada sesiapa sahaja. Hmmmm, macam mana Azah dengan mudahnya boleh mendapat nombor telefon Coke tanpa dia minta?

Entah-entah....,

"Azah, saya suka awak Azah."

Azah tercengang. Ini bukan mesej untuk study group ni. Ini mesej yang boleh menimbulkan pergaduhan in group ni. Habislah kalau Nurul tahu. Matanya masih terpaku pada bait-bait ayat yang dihantar oleh Hilmi.

Bunyi ketukan pada pintu biliknya mengejutkan Azah. Tentu Nurul yang datang. Azah yang tergesa-gesa meninggalkan telefonnya di atas meja belajar sementara dia pergi membuka pintu untuk Nurul.

"Nurul tunggu kejap, Azah tak pakai tudung lagi."

"Okey tak apa. Nurul tersiap awal sebab pagi-pagi tadi roommate Nurul bising pasal apa entah. Terus tak boleh tidur dah." Nurul duduk sahaja di kerusi memandangkan cadar katil Azah sudah pun dikemaskan.

Sempat matanya melilau di meja itu, melihat kalau-kalau ada buku novel baru yang boleh dipinjam. Sehinggalah matanya terlihatkan skrin telefon Azah. Terasa tidak sopan untuk membaca namun nama penghantar nya menggamit hati Nurul untuk mengetahui lebih lagi.

Zapp!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience