Rate

Bab 3 : Beri Nombor

Romance Completed 402255

"Hah?" Itu reaksi Azah sebaik sahaja seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun mendekatinya dan menghulur satu kertas.

"Siapa bagi?" Tanya Azah.

"Abang handsome yang makan dekat situ tadi." Jawab Huzair, anak seorang kakak tukang sapu yang bertugas menyapu disekitar kafe di bangunan Education itu.

"Abang pesan, suruh telefon dia." Sambung Huzair.

Minggu kedua itu, mereka sudah lali dengan kehadiran Huzair. Kata Kak Embun, dirumah tiada sesiapa yang boleh menjaga Huzair. Dia diberi kelonggaran untuk menjemput Huzair di PASTI Batu 8 Jalan Gombak dan dibawa kesini sehingga tamat waktu Kak Embun bekerja pukul 5 nanti.

Tapi waktu cuti sekolah hujung tahun begini, setiap hari Kak Embun bawa Huzair ke UIA. Adakalanya, Huzair ke perpustakaan. Bermain atau membaca bersama anak-anak pelajar lain di satu sudut yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Kadang-kadang sampai terlelap dek dinginnya penghawa yang ada di dalam perpustakaan.

"Huzair dah makan?" Tanya Azah, mengalih topik perbualan.

Huzair menggeleng.

"Huzair tunggu mak." Jawab Huzair.

"Jom kita bungkus makanan untuk Huzair dan mak. Kakak belanja." Ajak Azah, dan tentunya disambut baik oleh Huzair.

Nurul pula mencebik. Azah ni suka sangat manjakan Huzair. Padahal, Huzair tu cumalah anak tukang sapu yang baru sahaja dikenali mereka minggu lepas. Buatnya Huzair tu berniat jahat, ha macam mana?

*****

Izzat masih berbaring di katilnya. Telefon bimbit dari tadi tidak lekang dari tangannya, menunggu seorang junior yang dikirimkan nombor telefon melalui Huzair menghubunginya. Namun hampa. Tiada khabar dari Azah walaupun sudah 2 jam dia menanti.

"Kau tunggu budak junior tu telefon ke?" Tanya Usman yang baru sahaja selesai mandi setelah berfutsal.

"Ha ah, tapi dia tak telefon pun. Aku nampak je yang memang Huzair bagi nombor telefon aku dekat dia tu." Jawab Izzat.

"Kau salah cara lah Zat. Mana ada perempuan nak mulakan langkah pertama. Kau lah kena mula dulu." Bantah Usman.

"Dah, aku bagi nombor telefon tu, bukan ke tu tanda aku yang mula dulu?" Tanya Izzat.

"Salah. Kau kena usaha mintak nombor telefon dia. Lepas tu, kau call dia dulu. Itu barulah cara lelaki gentle." Hurai Usman.

"Pulak dah!" Balas Izzat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Yaaaaa, jadi esok kau suruh Huzair tu mintak nombor telefon dia pulak dan bagi dekat kau." Suruh Usman.

"Terbang lagi RM10 aku." Omel Izzat.

"Allah, nak mengorat pun berkira. Baik tak payah." Sindir Usman.

Izzat mendengus.

"Hey, ni Izzat lah. Mustahil Izzat tak dapat apa yang dia nak tau. Okey, esok aku ayat si Huzair biar dia dapatkan nombor telefon junior tu dan bagi dekat aku. Kalau aku gagal, jangan panggil aku Izzat..."

"Kalau kau gagal, aku panggil kau Izzati depan-depan orang ramai seminggu!" Potong Usman pantas.

"...tapi kalau aku dapat, kau kena belanja aku makan Nasi Arab Kambing seminggu." Balas Izzat.

"Okey, kita tengok siapa yang kena!" Sahut Usman.

*****

"Kakak, abang tu mintak nombor telefon kakak." Huzair meluruskan jari telunjuknya, menunjuk ke arah Izzat yang berada di hujung sebelah sana kafe.

Lelaki yang memakai seragam hijau untuk ke makmal bagi pelajar jurusan Kejuruteraan itu mengangkat tangannya sahaja. Pelajar tahun 2 atau tahun 3, Azah tak tahu. Malas nak ambik tahu yang tidak penting begitu.

"Tak boleh bagi nombor telefon dekat orang macam tu je Huzair. Lagi-lagi kalau kita tak kenal orang tu. Bahayalah. Kalau abang tu jahat, dia cederakan kakak, macam mana?" Tanya Azah.

Huzair terdiam. Wajah Azah dipandang lama.

"Huzair mintak maaf kakak."

"Tak apa. Lain kali jangan buat lagi tau." Pesan Azah.

Huzair mengangguk lalu terus sahaja dia berlari ditengah ramai itu menuju ke arah Izzat. Duit not merah RM10 dihulur semula kepada Izzat.

"Kakak cakap, bahaya kalau beri nombor telefon dekat orang yang kita tak kenal. Nanti kalau orang tu cederakan kakak, macam mana?" Tanya Huzair lurus.

"Eh, tapi kan Huzair kenal abang. Abang selalu ada dekat sini je. Mak Huzair pun kenal abang. Takkan lah abang orang jahat pulak." Bebel Izzat.

Huzair tetap menggeleng. Dia kemudiannya berlari ke arah Azah semula. Izzat sudah mengepal tangannya geram. Hampir sahaja dia mendapat nombor telefon Azah, ish, Huzair ni memang nak kena!

"Okey Izzati, aku balik balik dulu. Byeeeee!" Usman menguatkan suaranya.

"Diamlah kau bab*!" Marah Izzat.

Beberapa manusia yang berada di sekitar meja mereka menoleh ke arah Izzat apabila mendengar dia mencarut begitu.

Usman sudah terbahak gelaknya. Padan muka Izzat. Yakin sangat!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience