Rate

Bab 16 : Terjumpa

Romance Completed 402255

"Masuk je Madi. Azah tak kunci pun." Laung Azah apabila mendengar ketukan pada pintu biliknya.

"Azah tengah sibuk ke?" Tanya Madihah selepas sahaja dia melabuhkan duduknya di katil Azah yang sedang menonton filem Bollywood pada komputer ribanya.

Azah menekan space bar pada keyboard komputer ribanya untuk dia menghentikan seketika filem Dhadkan yang sedang ditontonnya sebelum dia bersembang dengan Madihah.

"Tak pun, tengok movie ni je. Hafal-hafal lagu Bollywood takut lupa." Azah tergelak sendiri dengan jawapannya.

"Minggu depan kannnnn, boleh tak Azah tolong ganti kelas Madi?" Tanya Madihah.

Azah dipandang dengan penuh pengharapan.

"Haaa, boleh je. Tapi kenapa? Madi nak pergi mana?" Tanya Azah pula.

"Madi nak balik KL sekejap. Keluarga Shah nak datang jumpa mak abah Madi." Terang Madihah perlahan, segan pun iya juga.

"Eh serius? Alhamdulillah. Terus bertunang ke?" Tanya Azah teruja.

"Tak, jumpa dulu dan bincang. Kalau semua setuju tanpa apa-apa bantahan, baru bertunang dua tiga bulan nanti. Tapi tak lama. Mungkin bertunang pagi, tengahari terus nikah." Terang Madihah.

Dia bersama Shahrul tak pernah bercinta pun. Cuma sekadar dua orang manusia yang melebihi usia 30an yang menjalinkan persahabatan gaya orang dewasa. Tiada berborak sepanjang masa. Cuma sekali sekala sewaktu ada masa lapang, mereka bertiga akan bermain bowling.

Kadang-kadang kalau ada antara mereka yang mendapat tiket wayang percuma, mereka menonton wayang bertiga.

"Alhamdulillah, Azah happy sangat-sangat untuk Madi. Insya Allah, semoga Madi dan Shah berbahagia ke akhir hayat sampai lah ke syurga."

"Eh, Madi belum nak kahwin lah. Ni baru dua keluarga nak berkenal-kenalan dulu. Madi tak harap banyak, moga-moga kali ni jadi. Madi dah tua. Nak hidup tenang-tenang je, tak nak bergaduh sana sini." Madihah menarik nafas panjang.

"Kalau berdasarkan cerita Madi, dan selama kita keluar bertiga, Azah tak ada nampak apa-apa benda yang trigger red-flag. Tapi tak tahulah nanti macam mana. Doa yang baik-baik. Azah pun akan sentiasa doakan Madi bahagia."

"Azah, Madi mintak maaf kalau Azah teringat pasal rumahtangga Azah dulu." Ucap Madihah apabila dia terperasankan riak wajah Azah yang tiba-tiba muram.

"Eh tak lah. Azah okey. Lagi okey macam ni dari jadi isteri orang dulu. Jangan risau. Azah okey."

*****

"Azah!" Azah yang sedang seronok menikmati aiskrim sundae cone dari McDonald's di bangku berdekatan eskalator itu menegakkan badannya sebaik terdengar namanya dipanggil.

Siapa yang panggil? Pandangannya dihala ke sekeliling Berjaya Megamall Kuantan itu. Eh? Alamak!

"Azah buat apa kat sini? Bukan ke Azah ada kelas malam ni" Tanya Hilmi sambil tangannya pantas menyeluk poket seluar untuk mengambil sapu tangannya.

"Errrr, Azah, errr..." Haaaa gagap, nampak sangat tengah mencari alasan nak menipu.

"Comot dah tangan."

"Ehhh..." Azah yang terperanjat terkebil-kebil melihat Hilmi mengelap aiskrim yang mencair meleleh menuruni jarinya, terus ke tapak tangan.

"Azahhhhh!" Belum sempat hilang paniknya dengan perbuatan Hilmi, terdengar pula satu suara lain, wanita, memanggil namanya.

Sesaat kemudian, dia sudah berada dalam pelukan seseorang. Siapa ni? Aiskrim tadi sudah tiada di tangannya. Mana aiskrim? Jatuh ke? Peluk peluk jugak, ganti balik aiskrim akuuuu!

"Patutlah Hilmi happy sangat semenjak dua menjak ni." Tutur wanita yang masih memeluknya.

Kenapa rasa macam biasa dengar je suara ni?

"Nurul!" Seru Azah perlahan.

"Ya Azah, Nurul ni. Sampai hati kan, lepas pergi UK terus lupakan Nurul. Tak contact, tak ada update apa-apa dekat Fac. Nasib baik Hilmi ada update gambar sikit-sikit. Hilang lah jugak rindu dekat Azah" Nurul kembali memeluknya.

Hilmi ada letak gambar dia dekat Fac? Alamak, dah ramai yang tahu ke dia dan Hilmi rapat semasa mereka di UK? Azah sempat melirik kearah Hilmi yang sedang menghabiskan aiskrimnya tadi.

Eh, indirect kiss aku dah kena curiiiiiii!

"Meet my husband, Razak." Nurul memperkenalkan suaminya kepada Azah sebaik meleraikan pelukan mereka berdua.

Razak suami Nurul? Bukan ke Nurul dah kahwin dengan Hilmi? Tapi hari tu, masa dekat Starbucks, Hilmi cakap isteri dia nama Hannah. Kiranya betul lah tak kahwin dengan Nurul? Semakin banyak persoalan di dalam fikirannya.

"Jom ikut kami makan dulu. Banyaknya benda nak sembang dengan Azah." Tangan Azah ditarik sahaja oleh Nurul untuk mengikuti mereka bertiga.

Enjoy reading! :) Hero sebenar dah muncul. Tadaaaaa! Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience