Rate

Bab 77 : Tahu

Romance Completed 402255

Hilmi masih berdiam diri. Terkejut pun iya juga. Punca dia kehilangan Azah dahulu, hanyalah disebabkan Rm10,000.00?

Azah sempat mengerling ke arah suaminya itu. Wajah Hilmi menayang ekspresi yang sukar dia tafsirkan. Hilmi terkejut, tetapi tidak lah seterkejut dia dan abah. Riak wajahnya seakan, dia sudah tahu, namun terkejut kerana Azlinda akhirnya mendedahkan hal yang sebenarnya.

"Abang..." Panggil Azah.

Serentak itu juga kedengaran Aakif yang tadinya sedang tidur di dalam bilik tidur mereka merengek.

"Abang pergi ambik Aakif." Cepat sahaja Hilmi bangun dari sofa itu.

"Eh tak payah. Sayang nak masuk bilik. Abang bawak sayang masuk ya?" Tanya Azah yang tadinya menegah Hilmi dari mengambil Aakif.

Sejujurnya, dia pun mahu lari dari berdepan dengan ibu. Walaupun dia anak, tetapi apa yang ibu lakukan itu adalah sesuatu yang agak sukar di hadam. Kenapa ibu memilih untuk memperjudikan masa depan dia dari ibu berterus-terang untuk mereka mencari jalan penyelesaian bersama-sama?

"Okey." Hilmi menghulurkan tangannya untuk membantu Azah berdiri, perlahan sahaja mereka berjalan beriringan untuk masuk ke bilik tidur utama rumah itu.

Azah bersandar di kepala katilnya sambil memangku Aakif. Hilmi pula duduk di sebelahnya, ralit memerhatikan dia dan Aakif.

"Abang, sayang tanya sikit boleh?" Azah mula bersuara apabila melihatkan Hilmi masih berdiam diri begitu.

Hilmi mengangkat keningnya. Dia menghulur tangan mahu mengambil Aakif yang masih bulat matanya dari pangkuan Azah.

"Tanya apa sayang?"

"Kenapa masa ibu cakap tadi, abang macam tak terkejut sangat. Sebenarnya, abang dah tahu ke pasal ni?" Tanya Azah, berhati-hati.

Hilmi berdehem perlahan. Aakif yang berada di pangkuannya di tenung lama, mencari kekuatan untuk menceritakan hal sebenarnya pada Azah.

"Abang?" Panggil Azah lagi.

"Hmmmmm, ha ah. Dah tahu, masa abang pergi jumpa Izzat tu. Dia ada cakap pasal ni jugak." Jawab Hilmi.

"Hah? Abang jangan cakap yang Izzat dengan orang dia yang tipu ibu sebab nak buat helah ni." Marah Azah.

"I'm so sorry." Sebaris ayat dari mulut Hilmi itu sudah cukup menjawab soalan yang di lontarkan oleh Azah itu.

"Ya Allah, boleh sakit jiwa sayang kalau macam ni punya kejutan asyik datang je. Kenapa abang rahsiakan dari sayang?" Omel Azah sambil memegang kepalanya.

"Sayang, I'm so sorry. Tapi abang tak nak sayang stress lagi dah. Abang ingatkan cerita ini takkan muncul lagi. Tak tahu pulak yang ibu akhirnya nak mengaku jugak." Balas Hilmi sambil mengusap belakang isterinya yang sudah mula menitiskan air matanya itu.

"Untuk duit je, ibu sanggup buat sayang macam ni. Ya Allah, sakitnya hati. Macam mana lah tak jadi anak derhaka, kalau mak-mak selalunya buat perangai macam ni. Sayang baru je terdetik rasa nak maafkan ibu, tapi bila jadi macam ni, I can't..." Luah Azah.

"Shhhh, I'm so sorry you have to through all these crazy things. Sorry, sebab abang tak fight betul-betul untuk dapatkan sayang. Kalau abang fight betul-betul, mesti keadaan tak jadi macam ni." Azah sudah ditarik ke dalam pelukannya.

Bila terpaksa menerima dan menghadam berita buruk seperti ini, siapa sahajalah yang mampu untuk terus reda. Tentu akan ada pertikaian yang berlaku, susah untuk dipercayai, yang seorang ibu juga begitu mampu untuk mendera mental anaknya sendiri, demi menutupi kesalahan diri.

"Abang, sorry, abang dapat sayang tapi sayang dah tak ada apa-apa yang abang boleh banggakan dah walaupun abang dah korbankan banyak benda untuk sayang." Azah sudah mula merepek hal yang bukan-bukan.

"Eh apa pulak cakap macam tu. Itu kan takdir." Pujuk Hilmi lagi sementara Azah masih menangis dalam pelukannya.

*****

"Azah macam mana Mi?" Tanya Ghani sebaik sahaja Hilmi keluar dari bilik tidurnya.

"Azah tidur bah. Dia penat sangat rasanya tu." Jawab Hilmi.

"Tak apalah. Biarkan lah dia rehat. Kalau abah pun, abah akan penat. Mi, esok petang abah nak bertolak balik kampung dah." Maklum Ghani.

"Eh, awalnya bah?" Hilmi mengambil tempat di ruang tamu rumah itu yang hanya kelibat Ghani sahaja yang ada.

"Abah nak bawak ibu tu balik. Lagi lama dia ada dekat sini, lagi derita Azah tu Mi. Elok abah bawak balik, jauhkan mereka berdua dulu. Lagi pun, apa yang ibu buat ni, luar biasa gilanya. Layak lah untuk Azah marah. Kalau dia kahwin dengan Mi dari awal, abah percaya Azah takkan menderita sebagaimana dia menderita dulu." Balas Ghani.

"Mi ikut je abah mana-mana yang baik." Balas Hilmi, tentu sahaja Ghani yang lebih mengenali Azah dan Azlinda.

Jadi seeloknya dalam menyelesaikan masalah ini, dia ikut sahaja rentak bapa mentuanya itu.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-09 16:02:05 

maknya dah tersepit dan tak sempat fikir apa dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience