Rate

Bab 65 : Berbaik

Romance Completed 402255

"Madi, Azah tak tahu pun sebelum ni sampai macam tu sekali. Kenapa sebelum ni Madi tak pernah beritahu Azah apa-apa?" Bebel Azah sambil menangis, membuatkan Madihah di sebelah sana talian mengambil masa untuk memahami apa yang dituturkannya.

Hingus yang bereja di lap sahaja dengan tuala. Tadi sempat dia lihat wajahnya pada cermin, rupanya sudah hampir seperti badut. Hidungnya merah dan bengkak, mata pun sama bengkak. Kenapalah sebelum ini Hilmi tak pernah bercerita?

Hampir satu jam lamanya dia mendengarkan rakaman suara yang diberi oleh Madihah. Satu demi satu perkara baru diketahuinya. Patutlah selama ini Hilmi curiga. Dia trauma dengan kekurangannya. Punca itu terjadi, semuanya disebabkan dia mahu melindungi Azah.

"Masa tu Azah kan kepunyaan orang lain. Hilmi tak nak lah lebih-lebih. Azah, berbaik lah dengan Hilmi semula. Maafkan lah dia. Kita ni manusia, tak terlepas dari buat silap. Insya Allah, Madi yakin dia tak akan ulang lagi. Jangan risau, kalau nanti dia buat perangai lagi, Madi sendiri akan pukul dia." Pujuk Madihah.

"Tapi Azah malu, sampai macam tu sekali dia jaga Azah, lepas tu Azah buat dia sesuka hati je. Tak hormat dia. Biar dia je usaha sorang-sorang. Sampai tidur dalam kereta depan rumah sewa Azah semata-mata sebab nak bersedia kalau jadi apa-apa..." Sedang seronok dia bercerita, Madihah memintas percakapannya.

"Hah, Hilmi tidur dalam kereta?" Tanya Madihah.

"Ya, dia cakap dah beberapa minggu, bila malam, dia datang tidur dalam kereta yang dia park depan rumah sewa Azah." Balas Azah sambil menghembus hingus lagi.

"Ya Allah, sekarang pun ada ke?" Tanya Madihah.

Azah bangun dari katil, dia keluar dari bilik dan mengintai melalui tingkap di ruang tamu.

"Ha ah ada." Jawab Azah.

Hilmi sedang menghadap telefonnya, mungkin sedang menonton sesuatu sementara menunggu dia betul-betul mengantuk untuk dia melelapkan mata.

"Hujan-hujan macam ni?" Tanya Madihah lagi.

"Ha ah, ada tu. Kenapa?" Jawab Azah lurus.

"Azah, ajak lah dia masuk dalam rumah. Haaaa tak payah fikir lama-lama. Berbaik terus malam ni." Suruh Madihah.

"Macam mana? Takkan tiba-tiba je nak ajak masuk. Malu lah Azah." Omel Azah.

"Ya Allah, bagi je alasan apa-apa pun. Asal dia masuk dalam rumah. Tidur sama-sama tau. Jangan tidur asing-asing. Gaduh macam mana pun kita ni dengan pasangan kita, jangan tidur asing-asing, jarak-jarak macam ni. Tak baik.

Go go Azah. Azah mesti boleh punya!" Sempat Madihah menitipkan pesanan dan memberi kata-kata semangat sebelum dia memutuskan panggilan.

Ajak masuk, tidur tak boleh asing. Berbaik. Tapi, macam mana? Takkan tiba-tiba je. Malu lah.

Ting!

Sepantas kilat, ada idea bernas yang muncul dari kepalanya. Toto dan selimut yang digunakan Hilmi untuk bermalam di sini, dibawa ke bilik air serta dibasahkan. Kemudian, dia keluar dari bilik air, dan mengambil telefonnya. Satu pesanan WhatsApp dihantar kepada Hilmi.

Kemudian, Azah terus membuka pintu rumahnya. Tanpa perlu menunggu lama, muncul Hilmi yang basah kuyup, sempat ditimpa hujan lebat ketika dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam perkarangan rumah sewa Azah.

"Dekat mana?" Tanya Hilmi.

"Dekat dapur tu. Tadi dia masuk dekat belakang tong gas." Adu Azah.

Hilmi terus ke dapur. Penyapu di capai. Azah pula masuk ke bilik, mahu mengambil tuala untuk diberi kepada Hilmi yang bersusah payah meredah hujan demi menghalau seekor lipas yang muncul secara bayangan di dapur rumah Azah, hasil imaginasi kreatifnya supaya ada alasan untuk suaminya masuk ke rumah.

Hikss!

"Tak ada lah sayang. Dah keluar kot melalui pintu dapur." Tuala yang diberi Azah disambut sahaja.

Rambut dan badan yang basah di lap bersungguh. Takut pula kalau dia demam esok. Dalam kereta nanti tentu lah sejuk juga.

"Kalau tiba-tiba ada balik nanti macam mana?" Tanya Azah.

"Abang masuk dalam kereta dulu. Kalau sayang ada nampak lagi, call je abang. Okey? Jangan risau, tak ada dah tu biasanya kalau dah hilang macam tu." Beritahu Hilmi, yang dalam hatinya sedang merayu semoga Azah mengajaknya bermalam di dalam rumah ini.

"Kalau tiba-tiba ada lagi, mana sempat nak call dah." Komen Azah.

"Ehemmm, kalau macam tu, abang tidur sini lah. Boleh?" Tanya Hilmi, mencuba nasib.

"Okey. Hmmm, tapi toto dengan selimut basah. Jus oren tumpah petang tadi. Tak ada selimut lain dah." Jawab Azah berhelah.

Dia melangkah masuk ke bilik. Hilmi mengikutinya dari belakang. Sehelai tshirt dan sehelai kain pelikat dihulur.

"Pergilah tukar baju dulu."

"Patutlah abang cari kain ni dekat rumah tak ada. Sayang ambik rupanya." Luah Hilmi.

"Terambik. Bukan sengaja pun." Balas Azah pantas.

"Tak apalah, abang cakap je. Abang ingatkan hilang dah selama ni." Tutur Hilmi.

"Hmmmmm..." Beratnya mulut nak ucapkan perkataan untuk mengajak Hilmi berdamai tu.

"Sayang, kalau sayang tak selesa, tak apa. Abang tidur dekat luar pun okey."

"Tapi kat luar tak ada selimut."

"Tak apa je kot." Balas Hilmi.

Dua-dua sedang kekok. Mana taknya, berbulan-bulan saling menjauhi pasangan, bila sudah berjumpa dan mahu berbaik semula, mula lah tergagap-gagap keduanya.

"Abang..."

"Errr..."

Dua-dua bersuara serentak. Azah menggosok lengannya sendiri, perlahan. Untuk menghilangkan gugup. Melihatkan Azah berdiam, Hilmi bersuara dahulu.

"Abang pergi tukar baju dulu." Baju yang dihulur Azah tadi digenggam erat.

"Errr, okey."

Sementara menunggu Hilmi keluar, Azah memadamkan lampu bilik. Dia menyelinapkan diri di bawah selimut tebal itu. Sejuknya hingga ke tulang hitam malam ni. Sebelum masuk ke bilik, Hilmi sempat singgah di dapur untuk membasahkan tekaknya. Masuk sahaja ke bilik yang sudah gelap itu, jantungnya berdegup kencang.

Dia mengambil tempat di sebelah Azah dan berbaring terlentang. Terkebil-kebil di dalam gelap itu. Tadi, sewaktu di dalam kereta, mengantuknya tidak boleh ditahan lagi. Tetapi guruh berdentum-dentam, dengan bunyi hujan lebat menghentam bumbung kereta menghalangnya dari tidur.

Sekarang ini, matanya pula yang tidak boleh tidur. Tidak mahu tidur, sebetulnya.

'Ya Allah, Ya Halim, Ya Latif.
Lembutkan hati isteriku, dan sejukkan lah perasaannya Ya Rabb. Tautkanlah kami semula dengan cara-Mu yang terbaik Ya Allah.'

Sempat dia berdoa di dalam hati sebelum dia mengiring menghadap Azah yang membelakangkannya.

"Sayang, dah tidur ke?" Bisik Hilmi.

"Kenapa?" Sahut Azah.

"Boleh tak, kalau abang nak pegang perut?" Tanya Hilmi perlahan.

Azah menggigit bibirnya.

"Baby dah tidur." Jawab Azah.

"Oh, tak apalah. Sorry abang ganggu sayang. Good night sayang. I love you."

Kecewanya! Tapi tak apalah. One thing at a time. Rambut Azah itu, dia berani kan diri untuk dia usap perlahan.

Azah pula, bersusah-payah memusingkan badannya menghadap Hilmi. Dalam samar-samar suasana bilik itu, dia yang teragak-agak tetap menghulurkan tangan untuk mencapai tangan suaminya serta dilekapkan ke perutnya.

I love you too!

Tapi sayangnya, ayat keramat itu hanya bergema di dalam hati.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience