Rate

Bab 56 : Diekori

Romance Completed 402255

~Imbas kembali hari Azah kemalangan, hujung November 2013~

"Bos, saya rasa tak sedap hati lah. Dari tadi, ada kereta dok ikut je kereta Puan Azah ni." Lapor Sean.

Terjungkit kening Hilmi. Ada kereta ikut Azah? Kenapa?

Sejak dia semakin sibuk, adakalanya dia tidak berkesempatan menjenguk Azah, jadi dia senyap-senyap menyuruh anak muda kelahiran Sabah yang bernama Sean ini, yang juga merupakan pekerja papanya untuk membantunya menjaga Azah, terutama ketika Azah berulang alik ke Banting setiap minggu.

Perjalanan yang jauh begitu, membuatkan dirinya dirundung perasaan risau setiap kali Azah perlu berulang alik. Namun, setelah beberapa kali terserempak dengan lelaki-lelaki yang mencurigakan di kawasan rumah sewa Azah, dia mengambil langkah selamat untuk menjenguk Azah dengan lebih kerap.

"Confirm ke ni? Jangan-jangan kau silap tengok tak?" Tanya Hilmi.

"Confirm bos. Saya yakin. Sebab tadi Puan Azah berhenti isi minyak dekat stesen minyak sebelum masuk Federal Highway pun mereka berhenti. Dia bergerak semula baru mereka pun ikut bergerak." Terang Sean lagi.

"Kau dekat mana sekarang ni?" Tanya Hilmi lagi.

"Ada dekat traffic light dekat stesen LRT Jalan Universiti." Beritahu Sean.

"Okey, jangan bagi Azah hilang dari mata kau. Kejap lagi aku call kau balik." Arah Hilmi.

Kunci motosikal berkuasa tinggi yang dihadiahkan oleh papa dicapai. Tiada masa untuk dia menyarung kan jaket keselamatan. Jadi, cukuplah dengan baju t-shirt, sweater biasa dan seluar track yang sedang dipakainya kini. Sebelum memakai helmet, hands-free yang bersambung ke telefonnya di selit satu di telinga kanan.

Dengan lafaz Bismillah, Hilmi mula bergerak mencari keretanya yang dipandu Sean. Dia menyelit di celah-celah kereta dalam kesesakan lalulintas yang terkenal dalam kalangan warga Petaling Jaya.

"Sean, dia okey tak?" Tanya Hilmi.

"Okey bos. Dia ada depan saya. Kereta yang ikut dia ni ada sebelah 4x4 bos yang saya bawak ni. And bos, salah sorang dari mereka ada pistol." Beritahu Sean yang lututnya sedang menggigil, nak terkencing dah rasanya bila dia terlihat ada pistol sedang dipegang oleh salah seorang dari mereka itu.

Dia yang berada dalam 4x4 yang lebih tinggi dari mereka, tentu sekali dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku dalam kereta di sebelah kanannya. Tuhan, aku tak nak mati lagi hari ni.

"Kereta yang warna hitam ni ke?" Tanya Hilmi yang sudah berada di sebelah kereta yang dipandu Sean.

"Ha ah bos." Jawab Sean yang masih ketar lututnya.

Hilmi terdiam tetapi dia mendekatkan sedikit motosikalnya dengan kereta itu untuk mengintai manusia yang ada di dalam kereta itu. Manusia yang sama. Tetapi berlainan dari kereta yang selalunya digunakan. Sekejap lagi, mereka akan menaiki jalan atas, yang berdekatan dengan bangunan KWSP cawangan Petaling Jaya.

Dia perlu berfikir sesuatu sebelum apa-apa terjadi kepada Azah. Lelaki-lelaki yang sedang berada didalam kereta ini merupakan lelaki yang sama dia nampak untuk beberapa kali sewaktu dia menghendap Azah.

Kenapa lelaki yang bersenjata itu mengekori Azah? Kedudukan kereta mereka kini bersusun, Azah yang paling hadapan, kereta lelaki bersenjata di belakang Azah, dengan Hilmi dan beberapa motor lain beriringan. Manakala Sean berada pada kedudukan paling belakang.

Tiba sahaja di hadapan PPUM dalam perjalanan Azah balik kerumahnya, dalam kesesakan lalu lintas itu, kelihatan lelaki di bahagian penumpang itu menurunkan tingkapnya, dan melilaukan pandangan matanya ke sekeliling.

Kemudian lelaki itu keluar dari kereta dengan kedua tangannya berada di dalam saku jaketnya. Kereta mula bergerak sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

"Ya Allah, Sean, kau langgar kereta dorang tu, jangan bagi dia lari. Ya Allah..., Sean, langgar, langgar langgar langgar sekarang Sean." Tempik Hilmi di sebalik helmet full-face miliknya.

Melihat sahaja lelaki yang keluar itu tadi kini sedang berlari dan mula menghalakan pistolnya kearah Azah yang langsung tidak menyedari apa yang sedang berlaku diluar keretanya, Hilmi melajukan motosikalnya. Sean pula menekan minyak seperti yang diarahkan Hilmi.

Namun, lelaki yang memandu itu lebih cekap memulas stereng keluar dari barisan itu, meskipun mengundang hon bertalu-talu dari kereta lain, menyebabkan kereta yang dipandu Sean menghentam kereta Azah, menolaknya kuat sehingga mengena kereta di hadapan Azah.

Hilmi sudah hilang mengejar kereta itu tadi, sewaktu dia mengambil selekoh ke kiri di jalan bawah menuju ke Seksyen 14 itu, kereta itu tidak lagi kelihatan. Hilmi berhenti di bahu jalan, matanya melihat sekeliling mencari kalau ada kelibat kereta tadi.

Tiada. Hampa!

Motosikalnya di pusing untuk dia pergi ke tempat Sean dan Azah kemalangan tadi. Tanpa Hilmi sedari, kereta itu datang dari belakang dan merempuhnya kuat. Hilmi terjatuh dalam keadaan satu kakinya di tindih motosikal itu, berpusing diatas jalan raya beberapa kali sebelum akhirnya dia pengsan.

Sewaktu kemalangan itu, berlaku hentakan pada testisnya yang menyebabkan organ itu rosak. Pada masa dia dibawa ke hospital, doktor kebingungan kerana turut menjumpai satu kaca tajam turut tertusuk pada bahagian bawah perutnya, hampir memutuskan saluran urethra yang menjadi salur pembuangan air kecil, yang juga bersambung dengan organ pembiakan lelakinya.

Walaupun doktor cuba menyambungnya semula, tiada jaminan ianya akan berfungsi seperti sediakala, apatah lagi kerosakan pada testisnya juga agak teruk. Hilmi menerima perkhabaran itu dengan hati yang terbuka walaupun sedikit sedih. Tak apa, untuk Azah, asalkan Azah selamat, dia akan okey. Ini bukan hukuman seumur hidup. Ini bukti cintanya pada Azah, melebihi nyawanya sendiri.

Enjoy reading! :) N tak habis baca lagi pasal kemalangan tu. Nanti N betul kan semula lepas dah betul-betul faham. Until then, Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience