Rate

Bab 70 : Mencintai

Romance Completed 402255

"Abang tunggu dalam kereta je tau. Dekat ruangan menunggu dalam klinik tu, tak banyak kerusi. Jadi ibu-ibu mengandung ada yang kena berdiri sebab ada yang bawak suami lepas tu suami duduk situ sekali.

Kesian sayang tengok, tambah-tambah kalau yang dah sarat sangat tu." Arah Azah sewaktu mereka berdua sudah tiba di tempat meletak kereta di Klinik Kesihatan Indera Mahkota.

"Abang ikut masuk please. Abang janji abang tak duduk dekat kerusi. Abang akan utamakan ibu mengandung yang lain." Rayu Hilmi.

"Hmmmm, janji tau jangan duduk. Nanti sayang malu kalau jururawat jerit kuat-kuat, bapa-bapa yang duduk tu, sila beri tempat duduk pada ibu-ibu mengandung yang datang untuk pemeriksaan kesihatan." Balas Azah.

"Ya, abang janji. Jom masuk, buku pink dan IC tu semua ada kan?" Ajak Hilmi namun sempat dia bertanya buat kali terakhir sebelum mereka masuk ke dalam bangunan klinik itu.

"Ya ada, jangan lah nervous sangat ayah, daddy papa." Usik Azah.

Hilmi tersengih kekok lagi.

"Sorry, first time teman. Takut abang ada terlupa apa-apa." Balas Hilmi.

*****

"Doktor cakap apa? Baby okey?" Tanya Hilmi sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

"Doktor cakap baby tak pusing lagi. Risau sikit lah sebab dah 34 minggu kan." Jawab Azah.

"Pusing? Maksudnya?" Tanya Hilmi.

"Kan kalau nak bersalin, kena kepala baby pusing menghadap ke bawah. Keluar kepala dulu, baru tak songsang. Kalau songsang banyak risiko, pada baby dan pada ibu." Jelas Azah.

"Jadi, apa yang kita boleh buat supaya baby cepat pusing kebawah?"

"Doktor cakap, kena banyak cakap dengan baby. Dan doktor larang keras dari pergi jumpa bidan untuk urut. Minggu depan, masa check up, doktor akan tengok lagi.

Kalau tak pusing juga, kena refer doktor pakar supaya boleh buat prosedur pusing baby tu dekat hospital. Abang doakanlah sayang dan baby ya?" Azah mengukir kan satu senyuman manis, walaupun dia sendiri sebenarnya sedang kerisauan dan dalam ketakutan.

Dulu-dulu, dia hanya nampak yang indah-indah. Mengandung, bersalin, jaga anak sampai besar. Itu sahaja. Sedangkan di sebalik semua itu, banyak ketidakselesaan. Kadang-kadang menitik juga air mata. Serik? Tidak lah sampai ke tahap serik.

Cuma takut itu pasti ada. Bagaimana, andai dia tidak dapat melalui proses kelahiran itu dengan selamat? Atau, bagaimana jika bayinya tidak diberikan kesempatan melihat dunia. Kemungkinan demi kemungkinan yang menakutkan mula bermain di fikiran.

"Mungkin ada tips yang kita boleh buat selain dari pergi urut yang doktor tak bagi tu. Nanti kita cari sama-sama, ya?" Pujuk Hilmi bila melihatkan Azah termenung jauh.

"Okey, abang, kalau jadi apa-apa pada sayang, abang jaga nyawa sayang ni baik-baik ya. Jadikan dia anak soleh atau solehah. Jangan bagi dia lupa sayang. Mintak dia sentiasa doakan sayang."

"Hey, apa cakap macam tu. Tak boleh cakap macam tu lah. Insya Allah semuanya akan okey. Jangan risau, nanti stress, cepat dapat darah tinggi tau." Marah Hilmi, sekadar marah-marah manja.

"Tak lah abang. Sayang cakap je. Dulu Azah tak pernah rasa mengandung. Azah ingat mengandung ni senang, mudah je. Sekadar bawak perut selama sembilan bulan. Tapi sebenarnya, mengandung ni lebih dari itu.

Dalam masa sembilan bulan tu, walaupun tak nampak lagi baby, dah rasa sayang. Walaupun tak pangku lagi baby, dah rasa nak berikan semua yang terbaik untuk dia.

Patutlah, bila Azah buka page atau group Fac Ibu-ibu Hamil, ramai yang rasa stress bila suami mula tegur perubahan badan. Tegur kulit yang dah makin kusam, tegur itu ini. Sampai isteri jadi rendah diri.

Azah kerja, Azah tak kisah kalau Azah kena tanggung diri sendiri. Tapi satu je yang Azah tak nak, Azah tak nak rasa rendah diri sebab tu. Azah takut, kalau-kalau nanti abang benci Azah sebab semua itu. Kalau-kalau, satu hari nanti, perasaan abang pada Azah berubah." Sayu sahaja nada suaranya.

Tu dia, Azah dah masuk mode Overthinker.

"Sayang, cantik seorang isteri itu, bukan hanya pada rupa paras dan keadaan badan dia semata. Nak tahu tak kat mana terletaknya cantik seorang suami atau isteri tu?

Pada Act of Love Service mereka dalam perkahwinan yang konsisten. Act of Love Service tu, adalah perkara-perkara yang kita rasa macam kecil, tapi sebenarnya sangat besar maknanya. Contohnya, sayang pergi dapur, ambik air untuk diri sayang sendiri, bila sayang keluar, sayang bawak air untuk abang jugak. Itu Act of Love Service.

Komunikasi suami isteri, bila seorang bercakap, dan yang lagi seorang setia mendengar tanpa menghakimi, itu adalah Act of Love Service. Act of Love Service ni, dia macam baja. Tak cukup cinta semata, kena ada sesuatu yang sentiasa menyuburkan rasa cinta antara suami isteri tu.

Mungkin sayang rasa mengandung itu hanyalah benda biasa, tanggungjawab seorang isteri. Padahal tak, sebab bila mengandung, hampir semua benda berubah. Buat macam mana pun, ianya takkan kembali macam asal. Pada mata abang, itu adalah usaha sayang yang komited dengan rumahtangga kita.

Pengorbanan sayang tu, buat abang rasa segan. Sebab sepatutnya abang yang jaga sayang. Abang yang kena banyak berkorban, sebab abang suami. Tapi tak, sebenarnya sayang yang banyak berkorban. Abang mintak maaf dengan perangai abang yang kebudak-budakan sebelum ni.

Terima kasih jugak sebab sayang banyak bertolak ansur dengan abang. Bodoh lah seorang suami, bodohlah abang, yang hilang sayangnya pada seorang isteri, hanya dengan perubahan pada sayang, isteri abang, selepas bersalin.

Sayang jangan risau, kali ni, janji abang, abang akan usaha sedaya upaya untuk tepati. Melainkan jika Allah takdirkan jodoh kita didunia ni tak panjang. Masa itu, abang hanya mampu doakan sayang dan baby sentiasa dalam jagaan Allah." Hilmi sempat melempar kan senyuman manis buat Azah.

"Apalah cakap pasal mati pulak, sayang nak abang sihat walafiat. Jaga sayang dengan baby nanti bila dah lahir. Janji tau!" Marah Azah.

"Bukan, abang cakap kemungkinan je. Mati itu tiada syarat khas melainkan hanya semata sebab dah sampai ajal kita. Jadi sayang pun jangan fikir yang bukan-bukan. Banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita, ya?"

Cinta itu memerlukan kedua kita untuk sama-sama menjaga. Bukan sekadar melalui perkataan, tidak cukup juga hanya melalui perbuatan. Keduanya harus sama-sama dibuktikan.

Enjoy reading! :) Maaf lambat, mak mentua kita datang sebelum maghrib tadi, ni baru balik. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience