Rate

Bab 46 : Selamat

Romance Completed 402255

"Sayang, sayang, bukak mata sayang." Pipi Azah di tepuk perlahan untuk menyedarkannya dari tidur.

Azah mengerutkan dahi. Siapa yang sesuka hati mengganggu orang yang sedang lena tidur ni? Memandangkan suara itu masih belum berhenti dari memanggil namanya, Azah memaksa diri membuka mata.

Hilmi!

Eh macam mana Hilmi boleh masuk ke dalam rumahnya ini? Masuk bilik tidur pulak tu. Azah pantas bangun dari pembaringan.

"Macam mana awak masuk rumah saya ni?" Tanya Azah sambil merenung kearah Hilmi garang.

Seketika kemudian baru dia sedar ada manusia lain juga di sekeliling mereka.

"Sayang okey tak ni? Sayang tak ingat abang?" Tanya Hilmi.

Azah sudah terkebil-kebil. Abang? Ingat? Kenapa Azah nak kena ingat Hilmi? Eh sekejap. OMG!

"Abang! Ya Allah, abang, sorryyyyy." Hilmi yang berada di hadapannya dipeluk erat.

Hilmi menarik nafas lega. Mujur Azah hanyalah mamai. Hampir sahaja dia meraung tadi apabila Azah bertanya kenapa dia masuk ke rumah Azah. Gila tak takut. Pelbagai andaian melintasi ruang fikirannya. Sempat juga dia terfikir yang Azah sudah melupakannya.

Manalah tahu, selama Azah dikurung Izzat, dia dipukul sehingga hilang ingatan. Ya Allah, mintak jauh lah dari berlaku hal yang sedemikian. Pelukan Azah dibalas kembali. Erat.

"Sayang okey tak? Baby okey?" Tanya Hilmi separuh berbisik.

Azah mengangguk.

"Dua-dua okey. Macam mana abang tahu?" Tanya Azah dengan air matanya sudah berjuraian di pipi.

"Abang jumpa kotak hadiah sayang tu, tersorok dekat meja kecik laluan kita ke dapur. Abang tak lena tidur sepanjang tempoh sayang hilang. Ada kena pukul tak?" Tanya Hilmi lagi sambil kedua lengan Azah diperiksa.

"Tak ada. Abang, Izzat mana?" Tanya Azah risau.

"Ada dekat luar, dalam kereta polis. Dia dah kena tahan dengan polis. Nasib baik Azah cerdik letakkan rantai Azah dalam kereta kancil tu. Ada jugak bukti. Jom, kita pergi hospital dulu check Azah. Lepas tu kita balik." Hilmi membantu Azah untuk berdiri.

Hanya tuala yang diberi Izzat dapat Azah letakkan di kepalanya untuk melindungi rambutnya dari dilihat orang. Beberapa orang yang lain, abang dan papa Hilmi serta beberapa orang anggota polis yang ada di dalam bilik itu tadi bersama dia dan Hilmi berjalan mengekori mereka.

"Azah, sampai hati Azah mainkan perasaan abang. Azah cakap nak jadi isteri abang lepas tinggalkan Hilmi. Jaga anak kita sama-sama. Tapi sekarang, Azah ikut Hilmi. Azah sama macam Haneesya. Suka-suka hati je nak tinggalkan abang." Tempik Izzat dari dalam kereta itu.

Azah hanya meneruskan langkahnya, berjalan seiring dengan Hilmi.

"Jangan tengok belakang sayang, jalan je." Tegur Hilmi apabila dirasakan seolah-olah Azah ingin mengarahkan pandangan matanya, untuk memandang ke arah Izzat.

"Padan muka Haneesya. Aku dah bunuh dia. Padan muka dia. Siapa suruh dia pergi UK, tinggalkan aku? Padan muka Haneesya. Aku benci kau. Aku benci keluarga kau!" Teriak Izzat lagi.

Langkah Hilmi terhenti. Dia berpaling melihat Izzat yang sedang tersenyum sinis. Itu, adalah satu pengakuan dari Izzat kan? Namun, Sharif hanya menolaknya supaya dia terus berjalan hinggalah tiba di kereta mereka.

"Pa?" Tegur Hilmi.

"Jangan pedulikan dia. Biar polis yang uruskan. Kita balik je. Jangan biar dia provok kita Mi." Sharif sendiri, sudah basah matanya.

*****

"Macam mana abang boleh jumpa Azah?" Tanya Azah, yang cuba berbual kosong kerana dia kini tidak dapat kembali melelapkan mata.

"Panjang kisahnya. Nanti abang ceritakan. Tidurlah dulu, rehat cukup-cukup." Rambut Azah yang sedang bersandar padanya diusap lembut.

Azah merenung Hilmi yang dirinya sendiri juga tidak mendapat tidur yang cukup. Sebentar tadi, usai Subuh, keluarga Izzat, bonda dan isterinya, Ayu bersilih ganti menelefon Hilmi supaya Hilmi menarik balik kes supaya Izzat dapat dibebaskan.

Namun Hilmi tetap berkeras dengan keputusannya untuk meneruskan kes supaya Izzat dapat didakwa. Disebabkan itu, pelbagai caci maki diterima Hilmi. Pengakhirannya, Hilmi memutuskan sahaja panggilan telefon. Malas mahu menambah keserabutan yang sedia ada dalam kepalanya.

"Izzat ada cakap apa-apa dekat sayang selama dia kurung sayang?" Tanya Hilmi.

Azah mengangguk perlahan.

"Dia cakap, masa dulu-dulu tu, dia bagi Azah ubat supaya tak mengandung. Campur dalam air yang Azah minum. Dia kahwin dengan Azah bukan sebab cinta, tapi sebab tak nak Azah kahwin dengan abang." Beritahu Azah.

Bagaikan terhenti jantung Hilmi mendengar cerita itu. Kasihannya Azah.

"Dia cakap dekat ibu yang Azah jual maruah selama belajar dekat universiti. Kalau ibu tak nak kahwinkan Azah dengan dia, jangan harap ada orang lain nak kahwin dengan Azah kalau dia sebarkan pasal tu." Sambung Azah lagi.

Bangsat Izzat!

"Cukuplah Azah. Tak payah cerita lagi. Abang tertanya-tanya, macam mana boleh timbul idea gila ni dalam kepala dia. Azah tak salah. Kenapa dia nak rosakkan hidup Azah jugak dalam usaha dia nak balas dendam pada keluarga abang."

"Dia cakap dia tahu abang sukakan Azah. Dia pun pernah mintak nombor telefon Azah, tapi Azah tolak. Sebab itu dia berdendam dengan kita dua." Jawab Azah perlahan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience