Rate

Bab 84 : Arnab

Romance Completed 402255

"Kenapa setiap minggu abang shave kepala Aakif?" Tanya Azah.

Sebenarnya sudah beberapa kali dia ingin bertanya, namun sering kali terlupa. Hari ini, kebetulan Azah teringat sewaktu membantu Hilmi mempersiapkan alatan yang diperlukan, dia terus sahaja bertanya.

"Dulu, sebelum Aakif lahir, abang ada dengar satu ceramah dari seorang ustaz ni dekat radio. Dia cakap, banyak kelebihannya kalau kita cukur rambut anak lelaki setiap minggu sampailah dia umur dua tahun. Antaranya memudahkan dia menghafal Al-Quran nanti. Belajar pun cepat faham, Insya Allah.

Tapi itulah, sekarang ni dia tak melasak sangat. Boleh lah cukur kan kepala dengan senang. Dah besar sikit lagi tak tahu lah. Mungkin kena mintak tolong dengan papa." Balas Hilmi.

"Ohh, okey. Ingatkan saja nak tengok anak botak. Mudah-mudahan Aakif cepat faham apa yang dia belajar macam daddy sentiasa doakan. Eh, siapa yang datang tu?" Kedengaran bunyi loceng di luar rumah, mengejutkan Hilmi dan Azah yang sedang berada di pintu dapur.

"Abang pergi tengok." Hilmi menawarkan diri, pada masa yang sama dia sudah mengatur langkah menuju ke pintu utama. Buka sahaja pintu, kelibat Ghani menyapa matanya. Salam yang diberi Ghani pantas sahaja dijawabnya.

"Kenapa abah tak cakap nak datang? Mujur Kam ada dekat rumah." Tanya Hilmi yang sudah mendekati kereta Ghani.

"Abah pergi ziarah mak cik abah dekat Dungun tu. Dua malam dekat rumah dia, masa nak balik tadi, terus pusing kereta hala ke sini. Alang-alang, boleh jenguk Aakif. Azah ada? Ke, kerja?" Tanya Ghani sambil menghulurkan beg bajunya kepada Hilmi yang sudah siap sedia menyambut.

"Eh tak kerja lah bah, hujung minggu ni. Ada dekat dalam tu. Kami tengah bersiap nak cukur kan kepala Aakif tu tadi. Jemputlah masuk bah, ibu." Beritahu Hilmi.

Tadi sewaktu dia menghulur tangan kepada Azlinda, Azlinda menyambut sahaja walaupun riak wajahnya tiada menunjukkan roman yang manis.

"Sayang, ibu dengan abah datang." Laung Hilmi, walaupun dia yakin benar Azah sudah pun tahu siapa gerangan tetamu yang baru sahaja tiba.

Azah menarik nafas panjang sebelum dia memangku Aakif dan dibawa keluar dari bilik tidur untuk menyambut kedatangan ibu dan abahnya.

"Abah, ibu." Azah menghulur tangannya, menyalami tangan kedua mereka.

"Cucu atuk, kenapa dah makin kurus ni?" Aakif bertukar tangan.

"Aakif dah mula meniarap atuk. Itu yang dah susut sikit. Abah dah sarapan ke? Kalau belum, boleh Azah siapkan apa-apa dulu sementara menunggu makan tengahari." Tanya Azah sambil menjeling kearah ibunya.

Berat rasa hatinya menerima kedatangan ibu, kalau abah sahaja yang datang, tak apa lagi.

"Dah, tak payah Azah nak susah-susah. Abah dengan ibu dah sarapan dekat rumah Tok Umi Ngah tadi sebelum bertolak dari rumah dia. Ada jugak dia bekalkan nasi tu. Kuih-muih pun ada sikit dia kirim untuk Azah." Balas Ghani.

Lengan isterinya disenggol dengan siku. Memberi isyarat supaya berkata sesuatu. Bila Azlinda memandang dia, dijegilkan matanya. Aih, buat-buat lupa pulak orang tua ni. Dalam kereta bukan main lagi berjanji.

"Hmmm, dah makan. Masak untuk tengahari nanti jelah." Ujar Azlinda dengan nada terpaksa.

Seram bila suami sudah memberi isyarat menggunakan mata.

"Kalau macam tu, tak apalah. Azah siap-siap untuk masak tengahari lah." Habis modalnya untuk berbual dengan abah.

Dengan ibu? Lagi lah tiada apa-apa yang boleh disembangkan.

"Mi, tadi Mi cakap dengan abah, tengah bersiap nak cukup kepala Aakif ni. Kenapa cukur lagi rambutnya?" Tanya Ghani.

"Saja je bah. Mi ada dengar ustaz tu cakap, kalau cukur rambut anak lelaki setiap minggu, Insya Allah mudah dia nak menghafal apa-apa. Bila belajar, insya Allah mudah ingatnya.

Sementara Aakif masih kecil ni, Mi buat lah setiap minggu sendiri. Azah je yang tolong. Kalau dah besar sikit nanti, rasanya kena mintak tolong papa lah ni." Ramah sahaja Hilmi membalas, melayan Ghani bercakap memandangkan dua wanita yang ada dihadapan mereka ini masih berdiam diri.

"Marilah kita teruskan. Abah nak tengok jugak. Boleh bantu sikit-sikit." Ghani sudah berdiri sambil mendukung Aakif.

"Kat belakang abah. Jom lah." Hilmi juga sudah turut berdiri.

Aakif diserahkan kepada daddynya semula. Sebelum dia mengatur langkah, sempat Ghani berbisik ke telinga Azlinda.

"Ingat apa yang awak janji dengan saya. Awak cakap nak mintak maaf dengan Azah. Jangan lengahkan. Kalau tak, awak tahu lah apa yang saya buat nanti." Ugut Ghani.

Sebaik dia menjarakkan wajah dari Azlinda, Ghani membuat isyarat potong leher. Azlinda mencebik. Faham sangat apa yang suaminya maksudkan itu. Andai dia tidak meminta maaf dari Azah kali ini, sebaik balik ke rumah mereka semula nanti, lima ekor arnab kesayangannya akan menjadi satay, dan bakal disantap oleh Ghani beserta dua lagi anak lelakinya. Penggemar tegar daging arnab. Nahas!

Azah hampir tersenyum, namun sempat ditahan apabila dia melihat ibunya yang selama ini garang, bertukar menjadi senyap dan patuh sahaja pada abahnya.

"Azah masuk dapur dulu lah bah. Nak bersiap masak lauk tengahari." Maklum Azah.

"Haaa yalah, ajak ibu tu tolong. Kalau boleh, ajak lah besan abah datang makan tengahari sama-sama hari ni." Ghani memberi cadangan.

"Okey, Azah telefon mama dengan papa, beritahu mereka datang makan dekat sini." Azah sudah cepat masuk ke dapur, kekok berdepan dengan ibunya yang masih berwajah ketat.

"Apa lagi, pergi lah tolong Azah tu. Besan kita nak datang makan sama-sama nanti. Awak jangan lupa, kalau awak buat-buat lupa, beraya saya dengan anak-anak saya nanti. Rendang arnab, satay arnab. BBQ arnab. Haih, banyak menu sedap-sedap ni." Usik Ghani lagi.

"Yalah yalah. Tak payah lah nak mengugut saya dengan arnab tu." Balas Azlinda dengan nada sedikit garang.

"Tahu takut! Bangun, pergi masuk dapur sekarang." Arah Ghani.

Sedikit membentak, namun Azlinda tetap bangun dan terus sahaja masuk ke dapur.

"Tak apalah, Azah boleh je masak. Ibu pergilah rehat dalam bilik." Beritahu Azah tatkala pandangannya singgah ke wajah Azlinda, dibelakangnya ada Ghani.

"Azah suruh saya masuk rehat dalam bilik. Tak payah ada kat sini pun tak apa saya ni." Bisik Azlinda kepada Ghani.

"Pergilah masuk rehat dalam bilik, nanti balik rumah, arnab-arnab awak pulak yang berehat dalam perut saya." Bisik Ghani semula, dia kemudiannya meninggalkan Azlinda dan terus mendekati Hilmi.

Wajah Azlinda sudah masam mencuka. Nak suruh berbaik dan mintak maaf dengan Azah pun susah. Mengalahkan budak-budak!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-13 11:22:21 

abah ni siap ugut bagai huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience