Rate

Bab 21 : Melamar

Romance Completed 402255

"Azah." Panggil Hilmi yang sedang bersandar dengan penuh gaya acah-acah model lelaki rebutan yang terhangat di pasaran.

"Imi buat apa dekat sini?" Tanya Azah sekadar berbasa-basi dengan Hilmi.

Padahal dia sudah tahu sangat kenapa Hilmi tercongok menunggu dia di sini. Mesti sebab nak serahkan kunci kereta dia yang telah pun ditukar tayar yang pancit itu.

"Nak pulang kunci Azah."

Hilmi menayangkan segugus kunci kepada Azah, namun sebaik sahaja Azah ingin mengambil kunci itu dari tangannya, Hilmi menyimpan kunci itu kedalam poket seluarnya.

"Makan dengan Imi dulu sebelum balik, please?" Rayu Hilmi.

"Azah nak balik..." Balas Azah.

Hilmi pula berubah riaknya. Sampai hati Azah, asyik menolak pelawaan dia.

"...nak mandi dulu sebelum keluar makan dengan Imi." Sambung Azah.

Hilmi ternganga. Seriuslah Azah?

"Betul ke ni?" Tanya Hilmi.

Azah tertawa halus sebelum dia mengangguk. Cukuplah bermain tarik tali dengan Hilmi. Apa salahnya kalau berkawan semula seperti dahulu, kan?

"Yess! Alhamdulillah Ya Allah."

Hilmi mengucap syukur berkali-kali, membuatkan mata Azah basah dengan air mata tetapi ditahan sahaja empangan air mata itu dari pecah dan mengalir ke pipinya.

"Azah balik dulu ya. Jumpa malam nanti." Azah menadah tangannya, meminta kunci dari Hilmi.

"Okey. Malam ni. Azah ajak lah Madi. Imi bawak Hannah jugak, ya?"

"Okey. Nanti Imi beritahu Azah nak jumpa dekat mana. Azah pergi sana dengan Madi."

Azah masuk ke dalam kereta dengan senyuman.

"Azah, terima kasih, sebab layan Imi dengan baik, macam dulu-dulu."

"Sama-sama. Terima kasih jugak, sebab Imi pun tetap layan Azah baik-baik walaupun Azah macam kerek sikit awal-awal tu."

"Baguslah kerek, jangan manis-manis sangat. Imi tak nak berebut Azah dari sesiapa dah." Pendek, tapi padu.

*****

"Kita kahwin?"

Terlalu tiba-tiba, terkejut Azah tu nanti. Ada lelaki yang bakal menangis dekat bucu katil lepas ni sebab tiada lagi pertemuan seterusnya.

"Will you marry me Azah?"

Pfffttt too Western. Kita orang Melayu, orang Islam. Ada adab, ada tatatertibnya Hilmi oiii.

"Azah, jadi rusuk kiri saya?"

Aduhh, dah tu selama ni apa yang melindungi paru-paru dan segala organ kau tu Hilmi?

Lama menghadap cermin dengan pelbagai gaya dan skrip, tapi satu idea pun tak dapat. Dia nak lamar Azah dengan cara yang Azah takkan dapat tolak langsung. Tapi, bagaimana?

"Huarghhhhhh, susahnya nak propose." Teriak Hilmi.

Dia berbaring di katil, ada 5 minit lagi sebelum dia keluar untuk makan malam bersama Azah dan dua dayang pengiring mereka. Cincin yang dibeli sejak tujuh tahun yang lalu sudah diisi di dalam poket seluarnya.

Harap-harap kali ni, Azah lembut hati untuk menerimanya sebagai peneman, sampai ke usia tua bersama.

*****

Selesai makan, mereka duduk menghadap sungai, melihat orang lalu lalang. Ada yang bawa anak memancing. Ada pasangan kekasih yang seronoknya bergelak ketawa, ada keluarga bahagia berjalan-jalan bersama.

"Seronok tengok keluarga luangkan masa sama-sama macam ni." Azah bersuara dahulu, memecahkan sunyi antara mereka berdua.

Madihah dan Hannah entah ke mana. Kata mereka, hendak membeli ais krim di gerai yang ada. Hilmi berdehem untuk menghilangkan getar pada suaranya yang sedang berdebar sebelum dia membalas apa yang dikatakan Azah tadi.

"Azah dengan keluarga Azah, macam mana?"

"Abah okey. Ibu, masih tak dapat terima hakikat lagi. Ibu tetap salahkan Azah." Ada nada sedih dan sayu pada suara Azah.

Mana tidaknya, sejak bercerai, ibu menjadikan dia musuh. Ibu lebih percayakan Izzat dari dia. Apa yang Izzat cakap, semua ibu percaya. Apa yang Azah cerita, ibu cakap Azah reka.

"Imi pun mesti dah jadi salah seorang dari manusia yang dibenci ibu." Komen Hilmi.

"Sort of. Tapi Imi tak salah pun. Imi..." Panggil Azah.

"Hmmm, yes?"

"Azah mintak maaf ya, sebab dah libatkan Imi dalam life Azah yang bermasalah 3 tahun lepas. Sampai Imi kena buang kerja. Azah tak pernah mintak maaf betul-betul dekat Imi.

Jujurnya, Azah malu sangat nak berdepan dengan Imi. Tapi Azah nak ucapkan terima kasih jugak, sebab Imi selamatkan Azah. Azah mintak maaf jugak, untuk apa yang jadi lepas kita balik dari UK."

Kalau nak pendam pun, entah sampai bila.

"Dosa sesama manusia ni, selagi manusia itu tak maafkan, selagi itulah tak terampun." Azah menyambung bicaranya yang sudah lama disimpan.

"Kenapa Azah nak mintak maaf? Azah tak perlu pun ucap mintak maaf dan terima kasih tu. Azah tak drag Imi. Imi yang memang nak sentiasa jadi sebahagian dari hidup Azah.

Azah, kita kahwin? Imi tahu Azah takut. To be honest, Imi pun takut. Tapi lagi baik, kalau kita boleh hadap ketakutan kita tu sama-sama. We've got each other's back. Like always." Hilmi berpaling menghadap Azah.

"Imi dah fikir masak-masak? Sebab Azah susah nak mengandung. Mungkin, Azah tak boleh mengandung langsung. Imi takkan ada zuriat kalau kahwin dengan Azah." Kedua tangannya dikepal kuat, erat.

Menyatakan kekurangan diri bukanlah satu perbuatan yang boleh dibanggakan.

"Imi tak kisah. Asal Azah ada dengan Imi."

Bekas cincin dikeluarkan dari poket seluar.

"Masa Richard dan Anna kahwin dulu dekat taman masa kita di UK, mereka bertukar wedding vow. Kan? They said something like, to be together in sickness and health, happy and sad, yada yada yada!

Itu pun Imi rasa sayu dah. Tapi bila hayati lafaz akad nikah, bila baca tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri dalam perkahwinan dalam Islam, sebenarnya itu lagi indah.

Akad nikah tu penyerahan tanggungjawab seorang ayah akan anak perempuannya kepada seorang lelaki yang tiada hubungan darah langsung, hanya atas dasar percaya dan janji yang dilafaz oleh lelaki itu bersaksikan Allah dan manusia-manusia lainnya.

Pada Imi, itu lagi indah sebab maksud tersiratnya lebih dari sekadar menjadi suami isteri dalam perkahwinan. Sebab nak mengekalkannya itu, kita tahu tak mudah. Imi nak jadi suami Azah bukan untuk dapat anak semata. Imi nakkan Azah. You and you alone! Imi dah fikir lama dah. Bertahun fikir, keputusan Imi tak berubah.

Azah, terima lah Imi, benarkan Imi jaga Azah, kongsi suka duka dengan Azah, dari sekarang sampai lah kita tua nanti, insya Allah, jika diizinkan kita panjang umur. Imi tak nak orang lain. Imi nak Azah je, dari dulu sampai sekarang." Cincin itu dihulur kepada Azah.

Azah masih terpaku. Ini lamaran, ke?

"Yes akak, tak sia-siap Hannah pau duit abang dan ajak akak pergi beli aiskrim. Mereka dah ke fasa seterusnya." Bisik Hannah yang sedang bersembunyi disebalik pokok bersama Madihah.

"Sabar, belum boleh happy lagi. Sebab belum diterima." Bisik Madihah.

"Ha ah, betul jugak tu." Sahut Hannah.

Aduh, terima je lah abang tu Kak Azah. Abang confirm baik!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience