Rate

Bab 43 : Kurung - 2

Romance Completed 402255

Memandangkan laporan orang hilang hanya boleh dibuat selepas 24 jam tiada khabar berita dari tuan punya badan, Hilmi terpaksa menunggu beberapa belas jam lagi sehingga dia boleh meminta bantuan pihak polis.

Hasil pemeriksaan pada rekod CCTV pada pintu masuk taman perumahan mereka juga tiada yang luar biasa. Ada satu kereta bukan milik penduduk taman itu, namun setelah dirujuk dengan AJK taman, itu merupakan kereta yang dinaiki oleh seorang tukang paip yang datang membaiki paip dirumah salah seorang penduduk taman mereka.

Pintu keluar masuk ke taman itu juga hanya ada satu. Hilmi buntu. Lauk yang dimasak Azah tadi disimpan di dalam peti sejuk. Tidak mampu untuk dia makan hasil air tangan isterinya itu. Memikirkan Azah sahaja sudah cukup untuk dia mengalirkan air mata. Ya Allah, Azah dekat mana? Selamatkan isteri aku ya Allah.

"Buat solat hajat Mi. Doakan semoga Azah tak apa-apa, walau siapa pun yang larikan dia." Sharif menepuk bahu anaknya itu lembut.

Dari tadi, Hilmi berkampung dirumah mama papanya supaya apabila pihak polis mahu menyiasat rumahnya itu, tiada bukti terganggu. Mana lah tahu, ada kesan cap jari atau apa-apa yang boleh memberi klu tentang manusia yang melarikan Azah.

Kotak hitam yang mengandungi hadiah yang disiapkan oleh Azah untuknya dipegang erat. Izzat memang jahanam. Andai jadi apa-apa pada Azah, tidak akan dia maafkan Izzat.

"Jangan lupa makan. Mi nak cari Azah, perlu tenaga jugak. Kena makan." Berkali-kali Sharif ingatkan.

Seharian Hilmi tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya roti sandwich yang dibekalkan Azah yang dia sempat makan pagi tadi ketika di biliknya sebelum dia mula mengajar. Dalam keadaan terpaksa, Hilmi memaksa dirinya menapak ke meja makan.

Lauk yang dimasak mamanya sedap-sedap belaka, namun seleranya tidak terbuka. Fikirannya hanya memusat pada Azah. Disebabkan Azah juga dia memaksa tangan menyuap makanan itu. Cukup untuk mengalas perut sahaja sehingga tindakan lanjut boleh diambil oleh pihak polis.

*****

"Ayang nak sarapan apa hari ini?" Tanya Izzat yang berada diruang tamu sebaik sahaja Azah selesai mandi dan keluar dari bilik tidur lengkap berpakaian.

Setelah merayu berkali-kali untuk meyakinkan Izzat supaya melepaskan ikatan pada tangan dan kakinya, Izzat akhirnya akur. Namun Azah masih lagi terkurung dirumah itu walau bebas bergerak ke seluruh ruang rumah itu.

Kesemua pintu dan tingkap dipaku kan dengan papan kayu dari luar menutupi keseluruhan bukaan. Setiap masa rumah itu perlu dibuka lampunya kerana gelap tanpa cahaya matahari. Semalaman Azah berjaga, mencari ruang untuk dia melepaskan diri.

"Errrr, Azah nak nasi lemak, sambal sotong, paru, kerang, telur dan ayam goreng. Nasi nak lebih. Air Azah nak air mineral empat botol. Nak yang jenama Evian tu. Dekat 7-Eleven boleh beli, nak ais jugak banyak-banyak. Sini panas." Azah membetulkan tuala di atas kepalanya untuk memastikan keseluruhan rambutnya bertutup.

"Banyaknya Azah nak makan?" Komen Izzat.

Padahal Azah cuma mahu Izzat berlama-lama di luar sementara dia mencari jalan untuk melarikan diri lagi. Harapnya juga, apabila Izzat membeli air, resitnya tidak dibuang. Azah perlu tahu di mana tempat dia dilarikan ini.

"Yalah, semalam makan roti je. Air pun catu. Tapi kalau tak boleh tak apa. Azah puasa je." Azah berpura-pura merajuk.

"Takkan tak boleh. Untuk ayang, semua boleh." Balas Izzat.

Uwerkkk, gelinya telinga ni. Mualnya tekak ni kau bahasakan aku macam tu Izzat.

"Pergilah cepat. Azah nak telekung jugak." Beritahu Azah.

Baju yang dibawa Izzat tadi hanya lah baju pakaian santai tanpa telekung.

"Okey ayang! Nanti abang bawakkan semua yang Azah nak tu." Izzat hadiahkan senyuman yang paling manis.

Tidak disangka, mudah sahaja Azah menunduk patuh padanya. Izzat masih mahu berlama-lama disitu apabila perut Azah berbunyi dengan kuatnya membuatkan dia tersentak.

"Kesian ayang abang lapar. Okey, abang pergi sekarang ya." Flying kiss yang diberi Izzat itu, Azah biarkan sahaja sambil mengusap perut yang lapar.

*****

"Gambar Puan Azah kami dah sebarkan untuk maklumat dari orang awam. Sekiranya ada apa-apa perkembangan, kami akan maklumkan pada encik." Maklum Tuan Dinie.

Hilmi hanya mengangguk tanda faham. Tetapi dalam fikirannya berlegar-legar persoalan, dimana Izzat menyembunyikan Azah. Ya, Izzat. Tiada orang lain yang disyakinya sekarang ini.

"Kami balik dulu tuan. Kalau kami pun ada maklumat, kami akan maklumkan pada tuan." Maklum Sharif sambil menepuk bahu Hilmi, menyedarkannya dari terus hanyut dalam lamunan.

Hilmi terpinga-pinga namun dia menurut sahaja langkah bapanya keluar dari bangunan balai polis itu menuju ke kereta.

"Jangan buat apa-apa tindakan yang bodoh Mi. Kita kena fikirkan keselamatan Azah. Kalau betul Izzat yang buat semua ini, lagi lah kita kena berjaga-jaga." Nasihat Sharif.

"Mi tahu memang semua ini kerja Izzat. Bukti kukuh je belum ada." Hilmi membalas dengan nada yang tinggi.

"Sebab tak ada bukti yang kukuh tu lah kita kena berhati-hati. Takut jadi fitnah pada Izzat. Jangan buat tindakan melulu. Mi yang akan menyesal nanti. Sabar dan rancang betul-betul." Sekali lagi Sharif mengingatkan Hilmi.

Risau, kerana dia tahu sangat perangai Hilmi yang satu itu bila berkait dengan apa-apa yang penting buatnya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience