Rate

Bab 34 : Syarat

Romance Completed 402255

Hilmi mengetap giginya, menahan perasaan marah yang bertandang. Beraninya Izzat datang ke Kuantan semata untuk mengganggu Azah!

"Imi? Imi okey tak ni?" Tanya Azah yang sejak dari tadi dia sudah terperasankan perubahan pada riak wajah Hilmi.

"Okey, tapi lepas ni, kalau dia datang lagi, Azah beritahu Imi cepat-cepat ya. Imi risau betul bila teringatkan dia. Takut kalau dia cederakan Azah lagi."

"Okey, sorry Azah lambat beritahu Imi." Balas Azah.

"Tak apa. Imi tak marah pun. Imi cuma risau je." Pujuk Hilmi.

"Imi, masa Izzat datang semalam tu, dia ada beritahu jugak yang, dia kahwin dengan Azah sebelum ni bukan sebab cinta. Tapi sebab dendam." Beritahu Azah.

"Dendam?" Tanya Hilmi.

Azah mengangguk.

"Izzat ada beritahu apa dendamnya?" Tanya Hilmi.

Azah menggeleng.

"Dia cakap jangan tanya dendam apa. Kena tanya dendam dengan siapa. Masalahnya, kalau dia berdendam dengan orang lain, kenapa nak lepaskan pada Azah. Kan gila perbuatan tu." Balas Azah.

Hilmi mengepal kedua tangannya dan mengetap giginya lagi. Jangan cakap, yang tak lain tak bukan, pada keluarganya lah itu dendam Izzat. Tapi kenapa Azah yang jadi mangsa?

"Azah, kalau dia datang lagi nanti, Azah elak dari berdepan dengan dia ya? Bahaya lah. Imi tak nak apa-apa jadi pada Azah. Kalau dia datang sini lagi, menyorok, call Imi dan tunggu sampai Imi datang." Pesan Hilmi entah buat kali ke berapa.

"Okey Imi." Segaris senyuman diberi kepada Hilmi, moga-moga hilang perasaan marah Hilmi.

*****

"Kau dah melampau. Apa hak kau nak ganggu Azah lagi?" Kolar baju Izzat di cengkam kuat.

"Kau panas ke? Panas kenapa? Sebab dia sisa aku? Aku tak hairan sangat lah dengan Azah. Yang aku hairan, kenapa kau nak dia. Keluarga kau bukan ke mementingkan harta?" Tangan Hilmi ditarik kasar dari terus-terusan mencengkam kolar bajunya.

"Kau ni macam ular, kau tahu tak? Lain orang cakap, lain kau faham, lain kau dendam. Apa yang papa aku buat tu, ada sebabnya. Ada kau tanya? Tak langsung.

Kau ambik tindakan ikut kefahaman kau sendiri. Macam mana papa aku nak terima orang yang tak matang macam kau? Berdendam dengan perkara yang kau sendiri tak faham." Marah Hilmi.

"Cakap lah kau nak cakap apa. Yang penting aku gembira." Izzat melangkah kan kakinya.

"Gembira ke bila kau dah rosakkan hidup Azah? Gembira ke bila kau dah hancurkan perasaan dia?" Tanya Hilmi.

"Gembira. Sebab aku nak kau pun faham perasaan aku bila aku tak dapat Haneesya. Tak dapat bersama dengan orang yang kita cinta, bukan ke itu perasaan yang paling menyedihkan dalam dunia?

Aku tak kisah siapa jadi mangsa. Asalkan hati aku puas."

"Kau gila Izzat. Aku tak tahu apa yang mak kau cakap pada kau. Tapi, papa aku tak pernah tolak kau. Syarat yang dia beri, ada mak kau terangkan apa sebab di sebaliknya?

Kau nak marah pada aku, pada keluarga aku, aku tak kisah. Tapi bukan tarik Azah terjebak sama. Kau gila. Cuba kau bayangkan benda yang sama orang buat pada kakak kau.

Kau lupa jugak hakikat, yang macam mana sayangnya pun kau pada Haneesya, masih takkan dapat menandingi sayang papa aku pada Haneesya. Kau cakap kau sayang Haneesya, tapi disebabkan perbuatan kau lah Haneesya kemurungan dan buat keputusan yang salah bila dia rasa hidup ni tak bererti dah bagi dia.

Kau punca semua itu, tapi ada tak kami salahkan kau? Ada kami musnahkan hidup orang yang tak berkaitan? Kau tak pernah datang tanya kami apa yang berlaku sewaktu mak kau merisik Haneesya. Kau gila Izzat. Kau perlukan bantuan yang pakar." Marah Hilmi.

Hatinya tak kuat untuk mengungkit semula apa yang berlaku pada kak ngah nya, Haneesya, tetapi Izzat semakin melampau.

Langkah Izzat terhenti. Dia menoleh ke belakang. Wajah Hilmi diperhatikan dengan penuh rasa puas.

"Perlu ke aku tanya benda yang kita semua dah tahu? Papa kau tak nak terima aku, jadi dia sengaja letakkan syarat merepek." Balas Izzat.

"Kau salah faham kalau syarat itu sahaja yang mak kau sampaikan. Sebab papa ada beritahu kenapa setiap syarat itu diminta kalau kau betul nak kan Haneesya."

"Berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi depan mata aku. Tak payah nak buang masa datang KL semata nak cari aku. Dan tak payah nak buang masa seolah-olah aku ni perlukan penjelasan. Cukup lah syarat merepek itu untuk aku faham betapa keluarga kau memandang rendah keluarga aku, dan aku." Izzat bersuara sebelum dia kemudiannya meninggalkan Hilmi yang masih belum habis luahannya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-18 19:04:44 

pijjat memang sengal dan hati busuk...

rimatanti
2021-08-18 18:59:11 

cerita makin best ni. tak sabar nk tunggu next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience