Rate

Bab 20 : Langkah Pertama

Romance Completed 402255

"Assalamualaikum Madi, Madi ada dekat mana?"

"Waalaikumussalam. Madi ada dekat Gambang lagi ni. Tak balik sebab hari ni Madi ada kelas ganti waktu malam. Kenapa Azah?" Tanya Madihah.

Azah menggigit kukunya. Alamak, kalau nak suruh Madihah ambik dia, nanti Madihah kena bersusah payah pergi kesana semula. Madihah buat masa sekarang perlu bergilir-gilir mengajar di kampus Indera Mahkota dan Pusat Asasi di Gambang.

"Tak, Azah tanya je kalau Madi ada dekat rumah. Kereta Azah pancit."

"Lahhh, tak balik lagi lah ni?" Soal Madihah dengan nada risau pada suaranya, jam tangannya menunjukkan pukul 6.30 petang.

"Ha ah, tapi tak apa. Azah naik Grab je balik rumah. Sorry kacau Madi. Madi jangan datang tau." Pesan Azah.

"Okey, Madi tak datang. Dah dapat Grab nanti WhatsApp Madi." Balas Madihah.

"Okay darling. Bye." Ucap Azah sebelum memutuskan talian.

Madihah cepat sahaja mendail nombor telefon Hilmi.

"Memanglah Madi tak datang. Tapi Madi kirim hero untuk Azah. Okey?" Madihah bermonolog sebelum dia terkekeh gelak memikirkan idea bernasnya ini.

"Hilmi, kereta Azah pancit. Kau pergi ambik dia dan hantar dia balik rumah boleh? Dia nak naik Grab tapi dah dekat waktu Maghrib ni susah nak dapat Grab."

"Okey boss. Kau memang kawan terbaik lah Madi." Balas Hilmi.

"Kau ni, kalau tak berterima kasih dekat aku, memang nak kena pau dengan aku habis-habisan." Bebel Madihah.

Mula berkenalan hampir 4 tahun yang lalu sewaktu Hilmi dan Azah menyambung pengajian Master di UK, dia sendiri sudah terbiasa memanggil Madihah menggunakan nama Madi. Apatah lagi sekarang ini mereka mengajar di tempat yang sama.

Hilmi mencapai kunci kereta dan walletnya. Dia tergopoh-gapah menuruni tangga menuju ke pintu rumah.

"Ehhh, nak pergi mana dekat Maghrib ni? Maghrib pun nak keluar lagi?" Alamak, mama dah masuk mode membebel.

"Tayar kereta Azah pancit. Mi nak pergi..."

"Okey pergi pergi cepat, kalau nak tolong Azah tak apa." Tak sempat anaknya menghabiskan ayat, laju sahaja Zainab memberi kebenaran.

Hilmi tersenyum. Sebut nama Azah je boleh terus keluar tanpa banyak soal. Ni belum dia kahwin dengan Azah lagi, kalau dah kahwin, agaknya baik macam mana mama?

"Ya Allah, permudahkan urusan anak aku dan Azah ya Allah. Lembutkan hati Azah semoga cepat-cepat terima Hilmi dan setuju nak kahwin. Semoga mereka boleh berbahagia bersama sampai ke syurga. Aamiinn..."

"Aamiinn..." Sampuk Hannah turut mengaminkan doa mamanya, sambil meraup kedua tangannya ke muka.

"Hisy dua beranak ni, buat apa depan pintu macam ni? Jampi ke apa?" Tegur Sharif.

"Heyyy, jampi jampi jangan sebut bang. Berdosa. Salah jampi terpesong aqidah. Kami ni doa je. Moga-moga Azah cepat-cepat terima Hilmi tu. Dah sampai masanya mereka berbahagia bersama-sama." Jawab Zainab.

"Haaa betul lah tu. Baguslah kalau macam tu. Dah Hannah, pergi mandi. Dari tadi balik jogging dengan baju itulah papa tengok. Ada anak perempuan sorang pun, malas mandi. Apalah nasib. Hannah punya bau sekarang ni boleh komakan gajah seekor tau." Bebel Sharif pula.

"Eh papa ni. Tiba-tiba Hannah yang kena. Apalah." Hannah sudah menarik muka masam.

Tahulah Hannah tak mandi lagi. Tak payah lah nak perli boleh komakan gajah. Papa ni suka betul bergurau kasar.

*****

Kurang dari 10 minit, Hilmi sampai betul-betul dihadapan Azah. Azah tentulah tercengang melihatkan the handsome knight in shining car itu tiba. Berpakaian kasual t-shirt dan seluar tidur bercorak kain pelikat.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Azah.

"Imi datang nak ambik Azah dan hantar Azah balik lah. Esok Imi mintak orang datang bawak kereta Azah pergi bengkel untuk tukar tayar. Sehari pun dah siap. Esok petang Azah boleh dapat kereta Azah ni semula."

"Tak apalah, tak payah susah-susah. Azah dah book Grab." Azah menolak dengan baik.

"Tapi tak ada, kan? Kalau ada, mesti Azah dah balik dulu sebelum Imi sampai. Pergi masuk dalam kereta. Ke, ada apa-apa yang Azah nak ambik dulu dari kereta ni?" Tanya Hilmi melihatkan Azah yang keberatan untuk menerima pelawaannya.

"Tak ada pun, tapi..." Azah berjeda.

Macam mana nak cakap eh, yang aku tak nak naik kereta berdua dengan dia?

"Sorry, Imi tahu Azah tak suka kita berdua-duaan dalam kereta. Tapi itulah, Hannah tak mandi lagi tadi. Kalau Imi bawak dia, Imi takut Azah yang pengsan dalam kereta." Balas Hilmi yang memahami perangai Azah yang satu itu sejak dari dulu.

Azah tergelak kecil. Selamba je dia mengata adik dia.

"Takkan lah busuk sampai macam tu sekali." Bantah Azah, dia sudah berdiri.

"Ya, memang busuk. Tadi kami berdua jogging sekeliling kawasan perumahan tu. Nak sangat ikut Imi. 10 pusingan jugak tadi. Membebel dia, cakap nak pengsan dah.

Tapi itulah, dalam nak pengsan sangat tu, mulut tak berhenti lagi membebel." Hilmi membantu Azah membawa beg yang mengandungi beberapa dokumen serta alat tulis, juga beg laptop Azah dan diletakkan di tempat duduk belakang.

"Kalau Azah nak duduk belakang pun tak apa. Tapi kalau nak duduk depan, Imi lagi suka." Usik Hilmi.

Azah mengulum senyum yang hampir sahaja terlepas.

"Tak apalah. Azah duduk depan. Imi bukan driver Grab." Balas Azah.

"Nasib baik. Tapi, kalau Azah duduk belakang pun, Imi tak rugi sebab Azah kena bayar Imi nanti dengan satu dinner." Usik Hilmi lagi.

"Kena tunggu Azah gaji lah kalau nak dinner." Balas Azah spontan sambil dia memakai tali pinggang keselamatan.

Alamak! Ni bukan Madi nak gurau-gurau macam tu.

"Laaa, Imi cakap dinner. Bukan bayarkan dinner. Tak payah tunggu gaji pun tak apa, kan?" Tanya Hilmi.

Azah terdiam.

'Azah, jangan lupa diri please. Hilmi tu siapa, awak tu siapa, jauh jurang tu Azah.' Bebel hatinya.

Melihatkan Azah berdiam diri macam tu, Hilmi tertanya-tanya apa yang dia tersalah cakap. Buntu!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience