Rate

Bab 60 : Zalim

Romance Completed 402255

"Saja dia je tu, mengada. Asiah tu okey je kahwin dengan suami yang zalim. Izzat tu tak adalah sampai ke tahap perangai macam Firaun walaupun dah pukul dia. Salah dia lah, tak boleh bagi anak, memang patut pun Izzat kahwin lain.

Menjanda tak berapa lama, menggedik nak kahwin dengan anak teruna pulak." Berapi Azlinda bercakap soal anak perempuan bongsunya itu, Azah.

Bagi dia, Azah terlalu mengada. Sampai tergamak untuk memfailkan cerai. Padahal Izzat bukan tak mampu untuk berpoligami. Kan bagus kalau Azah bertahan sahaja, tidaklah dia menjanda.

"Eh ada pulak kau cakap macam tu pasal anak kau Da?" Marah kakaknya, Embong.

"Benda betul kak ngah." Balas Azlinda.

Dia terdiam seketika sewaktu anak saudaranya keluar bersama dulang yang berisi air minum petang mereka dan sedikit kuih. Kemudian Azlinda menyambung kembali.

"Betulkan Nida apa yang Cik Da cakap. Asiah tu bersabar dengan suami dia, Firaun yang zalim tu. Sebab tu Allah janjikan dia syurga."

Nida mengambil tempat disisi ibunya.

"Salah pemahaman macam tu Cik Da. Firaun tu, orang dok kata dia zalim, dok kata dia sombong, isteri dia bertahan dan dapat istana di syurga sebab bersuami kan dia.

Hakikatnya Cik Da, Firaun tu zalim dengan rakyat jelata dia sahaja. Dengan Asiah tu, dia cukup sayang, sangat kasih dan cinta. Sampaikan Asiah ni tidak dibenarkan buat apa-apa. Cik Da tahu kisah Masyitah, tukang sikat rambut di istana Firaun?

Masyitah tu, kalau tak salah Nida, tukang sikat rambut anak perempuan Firaun. Bayangkan, anak dia je ada tukang sikat. Apatah lagi isteri yang paling disayanginya. Apa sahaja yang Asiah nak, Firaun tak akan cakap tidak.

Sebab itulah bila Asiah terjumpa Nabi Musa A.S yang hanyut di sungai dan melalui kawasan istana sewaktu Asiah ada disitu, Asiah merayu supaya dibenarkan dia menjaga Nabi Musa A.S sebagai anak angkatnya sebab dia dah jatuh suka.

Kita semua pun tahu, Firaun izinkan walaupun, pada masa itu Firaun sedang mengganas, membunuh kesemua kanak-kanak lelaki dan bayi lelaki, termasuklah yang baru dilahirkan. Punyalah sayang dia pada Asiah.

Apa sebab Firaun arahkan Asiah dibunuh? Sebab Asiah tak nak tinggalkan agama Islam ketika itu. Firaun rasa tercabar. Pujuk dengan segala harta pun, Asiah tak nak. Asiah tetap memilih Islam. Asiah yang reda menerima hukuman bunuh itu, sebab dia memilih Islam.

Kisah Asiah bukan kisah isteri didera dipukul Cik Da. Jauh sekali dari pemahaman orang kita yang menggunakan kisah Asiah bersuamikan lelaki kejam seperti Firaun untuk menghalang isteri yang didera suami dari menuntut cerai. Berbeza, sangat jauh bezanya.

Nida sokong keputusan Azah menuntut cerai dari perkahwinan pertamanya. Biar dia jadi janda dari dia balik sebagai jenazah isteri yang mati dibunuh suami." Panjang lebar Ranida berceramah kepada mak ciknya itu.

"Betul tu Nida. Orang kita ni lah yang membenarkan keganasan rumahtangga berlaku. Membiasakan perbuatan suami memukul isteri. Padahal, untuk isteri yang buat silap ini, bukan senang-senang boleh pukul. Ada prosesnya, ada tatacaranya.

Bukan boleh sesuka hati. Sampai masuk ICU si Azah tu. Cukuplah dengan perangai tak matang kau ni Da. Sudah-sudahlah kau jadikan anak sendiri musuh. Azah tu anak kau. Anak perempuan kau. Jangan dilayan apa yang bekas menantu kau bercerita tu." Nasihat Embong.

"Tak pernah ada dalam keluarga kita ni bercerai-berai kak ngah."Jawab Azlinda, bengang pula dia diceramah panjang lebar oleh Ranida.

"Tak salah pun bercerai kalau itu yang lebih baik. Allah halalkan penceraian itu." Balas Embong.

"Tapi Allah benci penceraian tu kak ngah." Tingkah Azlinda.

"Allah benci jugak sikap kita melulu percaya pada satu pihak dan bersangka buruk pada satu pihak yang lain Da. Macam apa yang kau buat sekarang ni lah. Azah dah kahwin lain, dah mengandung, dan bahagia. Allah mungkin tak rezeki kan dia anak dengan perkahwinan pertama sebab tak nak dia terikat sebagai ibu kepada anak itu dengan bekas suami dia tu.

Tak ada yang sia-sia bila Allah takdirkan berlaku perkara buruk atas kita. Tak adanya Azah tu kahwin dengan niat supaya kena pukul kena cerai. Tak usahlah kau nak cakap benda yang bukan-bukan lagi. Reda kan Azah tu. Jadi lah orang paling banyak menyokong dia. Bukan paling banyak mengecam dia. Tu anak kau Da. Bukan musuh yang kau kena raikan bila dia dalam kesusahan." Nasihat Embong.

Azlinda terdiam sahaja.

"Nak balik lah."

"Eh, air ni tak minum lagi." Tegur Embong.

"Tak ada mood lah nak minum. Assalamualaikum." Azlinda terus sahaja mengatur langkah menuju ke rumahnya.

Embong dan Ranida berbalas pandang.

"Merajuk dah tu agaknya kena ceramah banyak dengan kita dua ni Nida." Ujar Embong.

"Eh mak ni, Nida perbetulkan aje apa yang salah tu."

"Tak apalah Nida, asalkan dia faham apa yang kita nak sampaikan."

*****

Azah sedang mengunci gril besi rumahnya ketika Hilmi sampai di hadapan rumah sewanya. Berpakaian kemas kerana mereka masing-masing mahu pergi ke rumah rakan sekerja mereka yang mengadakan majlis aqiqah bersempena kelahiran cahayamata pertama.

"Assalamualaikum sayang. Abang ada WhatsApp sayang tadi. Tapi sayang tak balas. Kita pergi sama-sama eh? Takut orang cakap apa pulak bila kita pergi asing-asing." Ajak Hilmi.

Beg tangan Azah diambil perlahan dan di sangkut ke bahunya. Azah membiarkan, tetapi dia memberikan jelingan tajam.

"Saya tak pernah kisah pun apa orang nak cakap, sebab kalau saya sayang orang tu, saya percaya dekat dia, dan saya tak akan kisah pun apa kata-kata orang. Orang je tak percayakan saya." Tutur Azah perlahan, tetapi berbisa.

Bukk! Hampir sahaja Hilmi terduduk, bagaikan baru sahaja ditumbuk pada bahagian perut.

"Pergi dengan abang ya?" Hilmi mengajak lagi.

Azah mendiamkan diri. Namun langkahnya susah diatur menuju ke kereta Hilmi. Sebenarnya, satu rahmat juga munculnya manusia di hadapan dia ini. Dia betul-betul tidak larat untuk memandu, apatah lagi untuk pergi ke Pekan, memakan masa hampir sejam perjalanan.

Namun dia sudah terlanjur berjanji untuk hadir. Hendak menumpang Madihah, Madihah tiada disini. Hilmi di belakang Azah mengukir senyum. Tak apa jika Azah memilih untuk berdiam diri. Sekurang-kurangnya, Azah tidak menolak ajakannya. Ini sudah satu petanda yang agak baik.

"Sayang nak dengar lagu dekat radio mana?" Tanya Hilmi.

"Saya nak tidur. Dekat nak sampai nanti kejutkan saya." Balas Azah sambil memejamkan mata, mengelak dari bersembang dengan Hilmi.

"Okey sayang."

Sayang sayang, tapi peel tak macam sayang langsung. Dasar lelaki!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience