Rate

Bab 11 : Hilang

Romance Completed 402255

"Azah kat mana?" Tanya Madihah.

"Kenapa Madi?" Azah tidak menjawab, sebaliknya dia menyoal Madihah semula.

"Izzat datang ni. Cari Azah." Beritahu Madihah, matanya sempat mengintai melalui cermin tingkap bilik mereka.

Izzat masih ada di bawah. Dalam keretanya. Madihah memberitahu Izzat yang Azah menerima MC. Tetapi malangnya Azah tiada dirumah. Madihah lagi lah tidak tahu kemana Azah. Balik sahaja dari kerja, Azah sudah tiada.

"Izzat datang? Wow, hari ini dalam sejarah nampaknya ni. Patutlah dia telefon banyak kali. Biar lah dia. Azah ada somewhere dekat sini je. Nak tenangkan fikiran. Malas lah nak jumpa Izzat" Balas Azah.

"Kalau dia tanya lagi, Madi nak kena cakap apa ni? Sebab dia tak balik lagi ni. Ada lagi dekat bawah." Madihah sudah duduk di katilnya.

"Tak payah cakap apa-apa. Biar je dia. Semalam seronok sangat marah orang, ingat Azah ni tak ada hati dan perasaan ke? Biar lah dia." Balas Azah lagi.

Sempat dia menguap. Mengantuk, sejam yang lepas dia makan ubat tahan sakit apabila terasa sakit pada bahunya lebih kuat dari biasa. Seperti biasa, bila Azah makan ubat, dia akan mengantuk. Sudah sampai masa untuk dia tidur agaknya.

"Tapi nanti kalau jadi isteri derhaka?" Tanya Madihah, tidak sedap hati untuk mencampuri urusan suami isteri ini.

"Madi buat tak tahu je. Eh Madi, Azah nak lelap kan mata sekejap tau. Mengantuk lah. Tadi bahu sakit. Azah makan ubat tahan sakit. Ni mengantuk pulak." Azah menguap lagi, berair matanya menahan kantuk.

"Okey okey. Nanti kalau ada apa-apa, call Madi ya." Pesan Madihah.

"Okey boss!" Jawab Azah dengan penuh semangat.

*****

"Kemana jelah Azah ni pergi." Stereng kereta dihentak kasar.

Bengang. Tak pernah Azah bercakap kasar dengan dia selama mereka berkenalan. 4 tahun berkenalan, 2 tahun menjadi suami isteri. Tapi sewaktu dia telefon Azah, bukan main lagi Azah marahkan dia. Paling menyebalkan, bila Azah bahasakan dia abang.

Izzat keluar dari kereta. Dari petang tadi dia menunggu disini. Sekarang sudah pukul 9 malam. Memandangkan kereta Azah sudah pun dibawa ke bengkel, susah untuk dia mencari Azah. Kalau ada kereta itu, mudah sahaja untuk dia mencarinya.

Tapi, takkan dari tadi Azah tak balik? Atau, Azah dah balik tetapi dia yang tidak menyedarinya? Izzat keluar dari kereta. Dia segera memanjat tangga untuk ke rumah sewa Azah. Pintu diketuk berkali-kali. Hampir 5 minit kemudian, muncul wajah Madihah di sebalik pintu yang dibuka.

"Ada apa lagi?" Tanya Madihah.

"Azah, takkan dia tak balik lagi?" Tanya Izzat kembali.

"Belum. Awak ada nampak dia naik tangga tak? Awak parking betul-betul depan tangga nak naik ke rumah kami ni. Satu tu je tangganya." Balas Madihah malas.

"Awak jangan tipu saya. Jangan sampai saya panggil polis untuk geledah rumah ni." Ugut Izzat.

"Haaa panggil lah. Tapi kalau Azah tak ada, aku pulak saman kau balik eh sebab kacau privasi aku dengan kawan-kawan yang ada dekat rumah ni." Balas Madihah yang sudah bertukar kata ganti nama dirinya.

Menyampahkan betul lelaki ni. Macam mana eh Azah boleh tahan? Kalau bagi free, aku pun tak nak.

Izzat menguak rambutnya ke belakang. Dia turun ke bawah semula, terus masuk ke dalam kereta. Azah ni menyusahkan betul lah! Sempat Izzat mendengus beberapa kali. Enjin kereta dihidupkan.

Dia meninggalkan kerja semata-mata untuk datang bertemu Azah pada hari ini. Azah pula tiada. Sekarang ini nampaknya dia perlu balik ke Banting semula memandangkan hari sudah pun beransur gelap.

Tidak pernah dia jangkakan yang Azah akan meninggikan suara kepadanya. Telefonnya dicapai, tetapi bukan nombor Azah yang didail.

*****

"Helo, Sean! You dekat mana?" Tanya pemilik suara disebelah sana talian, Cherry.

Nama panggilannya bukan main lagi Cherry. Tapi orang Melayu kita ni je. Faezah nama betul si Cherry ni.

"Pergi tengok kereta yang kemalangan tu lah. Ada apa call I ni Faezah?" Tanya Sean semula.

"Cherry lah, bukan Faezah. Hisyhhh. Naik apa?" Tanya Cherry lagi dengan nada suara meluat.

"Naik lah apa-apa pun. Asalkan sampai. Cepatlah cakap, ada apa ni?" Tanya dia geram.

"Tuan Sharif tanya you dekat mana. I cakaplah you tak masuk lagi lepas keluar makan tengahari tadi. Bila dia tanya kenapa, I jawablah tak tahu. So, dia suruh I call tanya you. Pukul berapa nak masuk ni?" Tanya Faezah, gaya pengasuh dah ni.

"Dah on the way nak masuk office. Lambat sikit je pun" Keluh Sean.

"Okey lah. Eh dia yang lambat, dia yang marah orang pulak" Sempat Cherry membebel sebelum dia memutuskan panggilan.

Aik, siapa marah?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience