Rate

Bab 66 : Luah

Romance Completed 402255

Jam telefonnya yang berbunyi mengejutkan Azah dari lena. Dia menekan pangkah sahaja jam itu supaya bunyinya berhenti. Matanya dipejamkan kembali. Seronoknya tidur malam tadi apabila ada yang membantunya disaat kakinya kekejangan.

Selalunya, dia hanya berseorangan, dan yang boleh dilakukan hanyalah bersabar sehingga kekejangan kakinya itu berhenti dengan sendirinya. Eh sekejap. Malam tadi tidur bersama suami. Tetapi, mana perginya Hilmi ni?

Meskipun terasa malas, harus dia gagahkan diri untuk bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Kalau tidak bekerja, nak makan apa oiii? Pasir? Memang lah suaminya itu tak pernah lupa memberikan duit belanja, tetapi dia suka kerjanya. Tuala dicapai lalu dia melangkah keluar perlahan untuk ke bilik air.

"Eh dah bangun?" Tegur Hilmi.

"Hmmm, ha ah. Dah. Nak mandi, siap-siap pergi kerja." Jawab Azah.

"Betul nak pergi kerja ni?" Tanya Hilmi kehairanan.

Azah hanya mengangguk. Kenapa?

"Kenapa tanya macam tu?"

"Malam tadi kan sayang sakit kaki? Jadi, abang ingatkan sayang cuti hari ni. Abang dah cuti." Jawab Hilmi.

"Ohhh, kaki tu memang kalau cuaca terlebih sejuk malam-malam, terus kejang. Tapi kalau tak sejuk pun, selalu je jadi. Tak pelik sangat dah pun. Bangun pagi okey je, cuma ada rasa sengal-sengal sikit. Mengajar pun kena banyak duduk." Balas Azah.

Selalu je jadi? Habis selama ini, bila kakinya kejang, siapa yang membantu?

"Selalu jadi?" Tanya Hilmi.

Bayangan Azah menjerit dan menangis teresak-esak sewaktu kakinya kejang malam tadi terimbau di fikiran Hilmi. Malam tadi Azah menggenggam tangannya kuat dalam usaha menahan kesakitan itu. Satu lagi tangannya mengurut perlahan kaki Azah untuk melegakan sakitnya.

Hampir sejam juga keadaan mereka begitu, barulah kejang pada kakinya berhenti. Azah yang tidak memikirkan apa-apa hanya mengangguk.

"Doktor cakap sebab kurang kalsium. Dah dapat pil kalsium dah. Tapi entah lah kenapa masih lagi kejang malam-malam." Hurai Azah.

Hilmi terdiam. Kurang kalsium sebab mengandung dah satu hal. Azah pula memang sejak dari dulu tidak suka susu. Ya Allah Hilmi, cuainya kau sebagai seorang suami dan seorang ayah. Dia mendekati Azah, kali ni secara automatik sahaja tangannya memeluk Azah.

"Abang mintak maaf sangat-sangat. Patut abang jaga sayang dengan baby baik-baik. Lepas ni, abang ada dengan sayang, abang takkan bagi sayang sakit sorang-sorang. Abang janji, abang akan cuba cover balik masa yang abang terlepas dulu.

Abang tahu, masa tu tak boleh nak diputar semula, tapi abang akan buat yang terbaik untuk sayang mulai hari ni. Abang mintak maaf. Abang cakap abang cinta dekat sayang, tapi abang hampakan sayang jugak. Abang mintak maaf banyak-banyak." Belakang Azah diusap perlahan.

Tak semena-mena, bahu Azah terhinggut-hinggut. Dia mula menangis teresak-esak lagi. Tangannya melingkar di pinggang Hilmi.

"Sampai hati abang. Tak percayakan sayang. Biar sayang keluar dari rumah. Tak pujuk sayang langsung. Abang cakap dah cintakan sayang lama-lama. Abang cakap nak jaga sayang.

Tapi lepas tu abang tinggalkan sayang jugak. Abang tahu tak sayang susah? Abang tahu tak sayang suffer sorang-sorang? Lepas sayang keluar dari rumah Madi, sayang mabuk teruk. Sayang tak boleh drive langsung.

Bila drive je muntah-muntah. I need you so badly, Tapi abang tak datang pun. Sampai hati abang." Bebel Azah sambil menangis.

Luluh hati Hilmi mendengar luahan isterinya.

"Abang bukan tak nak datang cari sayang, tapi abang takut. Kalau-kalau sayang dah tak nak abang. Sayang tak balas pun mesej abang. Abang call sayang tak jawab. Kalau sayang jawab, sayang tak bercakap.

Abang takut, bila abang muncul depan mata sayang, sayang mintak nak berpisah. Wallahi abang tak kuat. Sebab, despite of everything that happened, Cinta abang dekat sayang tak pernah berubah." Giliran Hilmi pulak meluahkan perasaan.

"Abang cakap, abang kenal sayang dah lama. Patutnya abang lagi tahu, kalau sayang diam lama-lama tu tanda sayang tengah marah. Sayang tak nak nanti kita gaduh lagi teruk kalau sayang cakap bila tengah marah. Tapi bila kita tak bercakap, abang kena tahu sayang suffer sorang-sorang.

Abang lah kena pujuk, abang lah kena mula dulu, bukan biar je sayang sorang-sorang bawak diri. Sebab abang yang mula dulu marah-marah. Sampai hati abang. Abang tak pujuk pun. Sayang ingat abang dah tak nak sayang terus dah.

It is always the hardest for me to choose to try harder or to walk away. Because before I finally make my decision, I have to convince myself to accept that maybe it is time for me to let you go now.

Even though I missed you, a lot, and I cried, a lot, and I spent a long time wondering why you did what you did. Because I love you. Because I trust you. And I can't let you go. Part of me won't let me to let you go." Semakin erat pelukannya pada Hilmi.

Semakin sakit hatinya mendengarkan tutur kata dari isteri. Mujur, masih ada peluang untuk dia membetulkan keadaannya.

"I'm so sorry sayang. Abang harap sayang percayakan abang yang abang betul-betul dah menyesal. I promise, starting from this time, I'll be your home, I'll be your calm, and I won't be another battle you have to fight.

We fight together, side by side, together, through thick and thin, we'll stay together. I love you, I love you so much. And I promise I'll love you more than the entire world can offer. Please, jangan hilang dari abang lagi." Rayu Hilmi pula.

Untuk pagi itu, keduanya saling meluahkan perasaan yang sekian lama terpendam. Untuk mereka tamatkan bab kehidupan yang kelam, digantikan dengan sinar mentari yang membawa bahagia.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

awer
2023-01-02 01:31:27 

dh baca bnyak kali..tp bab ni mesti ngis truk..huhu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience