Rate

Bab 33 : Fikir

Romance Completed 402255

Kahwin sebab dendam? Dendam dekat siapa? Kenapa aku yang jadi mangsa? Ya Allah, geramnya aku dekat Izzat. Kenapa aku yang jadi mangsa perbuatan jahat dia tu?

'Salah soalan kau tu. Bukan dendam apa. Patutnya kau tanya, dendam pada siapa.'

Kata-kata Izzat tadi terngiang-ngiang di telinga Azah. Siapa yang jadi punca, gaduh dengan Izzat sampai aku yang jadi mangsa? Ya Allah, bantulah Hamba-Mu ini. Stress nya bila fikir. Apa-apa pun, bila Izzat muncul dan datang mencari dia semula, dia tahu tentu ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

*****

"Assalamualaikum abah."

"Waalaikumussalam. Ya Azah, ada apa telefon ni?" Tanya Ghani.

"Abah, petang tadi Izzat datang cari Azah. Mana Izzat tahu Azah nak kahwin?" Azah terus bertanya tanpa berselindung lagi.

"Ibu tu beritahu." Keluh Ghani.

"Ya Allah, apa masalah ibu ni? Memang saja je nak Azah ni kena dera, kena buli ke?" Tanya Azah bengang.

"Entah lah, abah pun tak tahu. Lepas Azah maklumkan tu, cepat je dia telefon bekas besan dia tu untuk sampaikan khabar."

"Ibu tak serik lagi ke lepas tengok Azah ni separuh mati kena belasah dengan Izzat? Apa yang dijulang sangat Izzat tu abah?" Luah Azah.

"Nanti lah, abah cuba cakap dengan ibu lagi supaya tak sampaikan apa-apa berita pasal Azah dekat Izzat atau keluarga dia lagi. Azah jangan fikir banyak-banyak. Kalau dah susah-susah sangat, masa keluarga Hilmi tu datang nanti, abah kunci ibu dalam almari jangan bagi dia keluar." Ghani cuba berseloroh supaya emosi Azah kembali tenang.

"Abah, apa yang Izzat cakap pada ibu selama ni sampai ibu percaya bulat-bulat dengan apa yang Izzat beritahu? Sampai ke tahap ibu salahkan Azah jugak bila failkan fasakh. Padahal, ibu tahu keadaan Azah macam mana."

"Hmmmm, nanti bila-bila kita cakap pasal ni. Azah jangan susah hati. Kita cuba cari jalan penyelesaian supaya ibu tak buat benda bukan-bukan dah. Azah sihat ke dekat sana?" Tanya Ghani.

"Alhamdulillah sihat. Abah macam mana?"

"Sihat jugak, Alhamdulillah. Ni kira jadi lah ya Hilmi nak datang pada tarikh yang Azah beritahu tu? Abah bukan apa, nak bayar deposit untuk tempah makanan." Tanya Ghani lagi.

"Ya, jadi abah. Nanti abah beritahu lah berapa jumlahnya. Azah beri duit dekat abah."

"Tak payah. Abah boleh cari lagi duit ni. Tanggungjawab abah ni Azah. Mana boleh abah suruh Azah tanggung. Cukuplah selama ini abah dah susahkan hidup Azah." Balas Ghani perlahan.

Azah mendiamkan diri lagi.

"Abah, sebelum Azah kahwin dengan Izzat, keluarga kita ada kenal keluarga Izzat ke?" Tanya Azah.

"Kenapa Azah tanya macam tu?" Soal Ghani yang kehairanan.

"Tak lah, Azah tanya je. Kalau-kalau keluarga kita ada kenal keluarga dia dulu sebelum Azah kahwin dengan dia."

"Setahu abah, tak pun. Tapi nanti abah cuba risik-risik tanya dengan ibu."

"Eh tak payah lah abah. Azah saja je tanya. Abah, Azah pergi dulu ya. Kawan Azah ajak makan. Assalamualaikum abah." Ucap Azah.

"Haaa yalah. Waalaikumussalam."

*****

Tangisan anak-anaknya tidak dihiraukan. Walaupun dia tahu sangat yang Ayu, isterinya itu masih tidak berdaya untuk menguruskan semuanya bersendirian kerana umur anak-anak anak mereka yang begitu dekat jaraknya dan kerana Ayu sendiri masih dalam pantang.

"Abang, tengokkan lah Irham dan Ilmi ni. Ayu nak tukar lampin baby Irina ni." Selunak yang boleh Ayu bersuara, tahu sangat yang Izzat dalam mood yang tidak baik.

Izzat yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Ayu memandangnya tajam.

"Kau tak boleh jaga sendiri ke? Itulah, kerja nak beranak je. Serabut tahu tak bila semua berbunyi macam ni. Bising. Bingit. Kalah anak burung. Hisy!" Bebel Izzat.

Dia sudah berdiri dan berjalan melintasi katil Ayu di ruang tamu yang akan digunakannya selama berpantang. Sewaktu melintasi di hadapan Ayu dan anak-anaknya, sempat dia berhenti seketika.

"Haaa ni dua orang ni, bergaduh lagi aku hantuk kepala sekor-sekor biar pecah. Lagi bagus. Mak bapak tak ajar ke jangan gaduh?" Hambur Izzat.

Ayu terdiam. Irham yang baru berusia dua tahun dan Ilmi yang baru sahaja berumur setahun lebih juga terdiam. Hanya Irina, bayi yang berusia 10 hari merengek manja. Belum disua susu ke mulutnya walau sudah berkali dia merengek.

"Aku ni tengah serabut, tahu tak? Kalau kena fikir benda-benda kecik macam ni, baik aku tak payah kahwin. Tak payah ada anak. Buat susah je." Bebel Izzat lagi.

"Abang, Ayu beritahu bonda nanti." Marah Ayu apabila Izzat dilihat seolah-olah mahu memukul anaknya Irham.

"Pengadu!" Perli Izzat sebelum dia mencapai kunci kereta bersama wallet dan terus sahaja keluar dari rumah.

Enjoy reading! :) Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membaca, donate dan komen. Semoga rezeki awak melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Love, N

Share this novel

rimatanti
2021-08-18 16:15:01 

hahaha.. pepijjat nampak dh nk gila talak..

Hawani Hashim66
2021-08-18 12:33:12 

pijjat dah mcm gila talak


NovelPlus Premium

The best ads free experience