Rate

Bab 30 : Pakatan

Romance Completed 402255

"Kau nak pergi mana?" Tempik Izzat.

Belum sempat Azah selamat melarikan diri masuk ke bilik tidurnya, rambut panjangnya sudah menjadi mangsa cengkaman tangan kasar Izzat.

"Sakit, lepaslah!" Azah sudah menjerit sekuat hatinya, tangan kedua tangan Izzat di pukul supaya Izzat melepaskan rambutnya yang ditarik kasar.

Namun sedikitpun usaha Azah itu tidak berhasil. Sebaliknya, Izzat merentap rambutnya semakin kuat sehingga Azah jatuh terlentang. Terhantuk kepalanya ke lantai simen yang hanya dialas tikar getah nipis.

"Lepas Izzat. Sakit lah." Rayu Azah sambil menolak Izzat yang sudah duduk di perutnya sambil tangannya masih lagi mencengkam rambut Azah.

"Lepas? Takkan. Kau ingat aku nak lepaskan kau? Lepas tu, kau dengan senang hatinya boleh pergi kahwin dengan budak tak guna tu dan hidup bahagia? Takkan."

"Lepas Izzat. Kalau macam ni, sampai bila-bila pun kita takkan bahagia. Buat apa nak bertahan lagi? Baik kita berpisah aje." Rayu Azah dengan esak tangis yang semakin menggila kerana kesakitan yang dirasainya di kepala.

"Kau masih lagi suruh aku lepaskan kau..." Kepala Azah dihentak ke lantai berkali-kali.

"Kau tak faham ke yang aku tak nak lepaskan kau?" Jerkah Izzat, kali ini pipi Azah pula yang menjadi sasarannya.

Tidak tahan diperlakukan begitu, Azah berusaha menggigit tangan Izzat agar dia tidak meneruskan perlakuan kasarnya.

"Arghhhh..." Jerit Izzat.

"Kau ni memang nak kena lah. Kau tak serik-serik lagi kan, masih nak melawan." Izzat sudah berdiri, tanpa disangka, kakinya mula menyepak Azah yang sedang meringkuk kesakitan di lantai.

"Sakit, sakit, jangan Izzat!" Azah sudah separuh lembik dikerjakan Izzat.

Hanya tangannya yang masih berusaha menutup mukanya agar sepakan itu tidak mengenai mukanya.

"Mampus lah kau hari ni. Jangan harap aku nak lepaskan kau." Tempik Izzat lagi.

"Azah, Azah, Azah?" Kedengaran suara dari luar rumah itu.

"Tolong, sakit, tolong, berhenti lah Izzat." Teriak Azah kuat, ini satu-satunya peluang yang dia ada untuk menyelamatkan diri.

"Weh, bukak pintu ni. Bukak pintu lah bangsat." Kedengaran bunyi tombol dipulas namun tidak dapat dibuka kerana berkunci dari dalam rumah.

Seketika kemudian pula, terdengar bunyi suara orang bercakap-cakap di luar rumah itu sebelum pintu dirempuh beberapa kali sehingga terbuka. Malangnya, sedikit pun Izzat tidak berkalih dari terus-terusan memukul Azah sehingga lah orang-orang yang merempuh pintu itu masuk dan menghentikannya.

"Kau, kalau nak gaduh, pilih lawan yang sama dengan kau bangsat! Bukan pukul perempuan. Jantan dayus." Sempat beberapa penumbuk dilepaskan ke muka Izzat sebelum ditahan oleh jiran-jiran Azah.

"Kau lah hero dia? Kau lah yang mengajar dia benda bukan-bukan? Jangan risau, selagi dia isteri aku, kau takkan dapat dia." Bagaikan hilang akal, Izzat ketawa kuat berkali-kali.

"Macam ni kau layan isteri kau? Sampai separuh mati kau pukul dia. Kau suami, kena lindungi isteri. Bukan dera dia." Tempik Hilmi pula, jika tidak kerana ditahan oleh jiran-jiran Azah, harus beberapa pukulan lagi dia lepaskan ke mana-mana bahagian badan Izzat.

"Dia isteri derhaka. Memang padan dengan muka dia. Kau nak dia? Kau nak sisa aku? Kau ambik lah. Puihh." Ludahan Izzat mengena tepat pada wajah Azah yang dilindungi rambut panjangnya.

Seorang lelaki yang tadinya memegang Hilmi mendekati Azah. Nadi Azah diperiksa. Lemah.

"Jangan layan dia. Nanti awak pulak ke balai. Saya dah telefon polis, dah telefon ambulans. Lemah sangat nadi dia ni."

"Azah, bukak mata, Azah, jangan buat Imi takut please. Bukak mata, Azah." Pipi Azah yang merah dan mula membengkak teruk itu di tepuk perlahan, sekadar untuk menyedarkannya.

"Dia dah mampus! Balasan isteri derhaka." Sempat Izzat berkata-kata sebelum ditolak keluar dari rumah.

*****

"Sebab itu ke Azah segan dengan Hilmi?" Tanya Madihah.

Azah hanya mengangguk lagi.

"Yelah, Azah serius tak ingat dia yang datang tolong. Sampai lah lawyer Azah beritahu yang nama Imi termasuk dalam senarai orang yang kena beri keterangan pada dalam perbicaraan tu.

Tapi kan, Azah tertanya-tanya. Masa perbicaraan tu, lawyer Azah cerita, Imi cakap dia datang rumah Azah sebab nak serahkan kad jemputan kahwin dia dengan Nurul pada kita berdua. Tapi kenapa dia dengan Nurul dah cerai?" Tanya Azah berlapik.

Takut, kalau-kalau dia punca perpisahan yang berlaku antara Hilmi dan Nurul.

"Hmmm, Hilmi tak kahwin pun dengan Nurul. Ni rahsia sebenarnya. Jangan cakap Madi yang beritahu. Entah lah kenapa Hilmi datang.

Nak dijadikan cerita, waktu Azah kena pukul tu, jiran-jiran kita dengar suara orang mintak tolong. Awalnya mereka nak tunggu polis datang baru nak tolong, jadi mereka berkumpul dekat bawah.

Hilmi rasa tak sedap hati, jadi lepas lima minit macam tu dalam kereta, dia pergi tanya kenapa ramai-ramai berkumpul dekat bawah. Lepas tu, mereka cakap lah sebab ada bunyi bergaduh dalam rumah kita tu. Hilmi apa lagi, terus naik atas. Dari tingkap, dia nampak Izzat tengah pukul Azah.

Itu yang dia pun naik gila jugak. Tapi, percayalah sebenarnya, Hilmi tak pernah kahwin pun dengan Nurul. Tu cuma, hmmm, pakatan antara dia dan Nurul. Kalau tak buat pakatan macam tu, kes fasakh Azah tu susah sikit nak selesai, sebab keluarga Izzat beria nak buktikan yang Azah ada hubungan sulit dengan Hilmi.

Hilmi pukul Izzat tu pun, keluarga Izzat pergi ke kolej tempat Hilmi kerja. Terus dia kena buang. Madi cerita ni bukan ada apa-apa sebab yang tersorok pun. Tapi Azah terimalah Hilmi. Azah berhak bahagia." Pujuk Madihah.

Ya Imi. Azah dah terima Imi.

"Insya Allah, Azah terima dia." Jawab Azah perlahan.

Segan dengan Madihah yang sudah tersengih-sengih di hadapannya.

"Yeayyy, tak sia-sia Hilmi setia selama bertahun-tahun ni dengan Azah." Sorak Madihah.

"Ya ya je setia. Entah-entah sebelum ni dia ada masuk cari jodoh dekat Baitul Muslim ke, Baitul Jannah ke, entah sempat keluar dating dengan ratu cantik Malaysia ke..." Usik Azah.

"Eh mestilah Madi tahu dia setia. Setiap petang dia datang mengintip Azah, mana ada masanya nak mencari cinta baru. Sebab dia tu sendiri, sejak azali nya dah memang setia. Tau?" Panjang bebelan Madihah membela Hilmi sebelum dia menyedari keterlanjuran katanya mengundang riak ingin tahu pada wajah Azah.

" Errrr, Madi nak turun bawah minum air. Dahaga pulak dah cakap banyak macam ni."

"Madi, rasanya baik Madi cerita sekarang. Kalau tak Azah cancel terima Imi. Kalau Imi tanya, Azah cakap Madi yang buat Azah berubah fikiran." Ugut Azah

"Eh mana boleh salahkan Madi." Bantah Madihah.

"Kalau macam tu, baik Madi cerita sekarang."

"Okey, okey, Madi cerita, tapi jangan beritahu Hilmi."

Azah mengangkat tangan kanannya.

"Janji!"

*****

~Flashback~

"Dia tak sedar lagi, Madi."

"Doktor ada cakap apa-apa tak?" Tanya Madihah yang baru sampai di luar wad itu dengan linangan air mata.

"Ada darah beku dalam kepala dia. Doktor nak pantau dulu untuk 24 jam. Kalau tak ada perubahan, dia kena undergo surgery. Madi, aku risau kalau-kalau Azah..."

"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Azah akan okey." Cepat sahaja Madihah memintas percakapan Hilmi.

"Aku kejap lagi kena pergi balai untuk beri keterangan. Kalau ada apa-apa, kau telefon je aku. Ya? Aku akan datang." Maklum Hilmi.

Madihah hanya mengangguk.

"Apa yang jadi sampai Azah kena pukul?" Sempat Madihah bertanya, namun Hilmi menggeleng.

"Aku tak tahu, sebab masa aku sampai tu, Azah tengah kena pukul." Jawab Hilmi.

"Hilmi, macam mana kau boleh ada dekat situ tepat pada masanya? Kau mengendap Azah lagi ke?" Soal Madihah.

Hilmi melepaskan keluhan sebelum dia menggosok belakang lehernya. Serba salah mahu menjawab soalan yang ditanya Madihah. Tapi lambat-lambat dia mengangguk sahaja.

"Nanti kau telefon mak ayah dia. Aku nak intai dia sekejap lepas tu aku kena pergi balai. Polis dah telefon lagi ni." Telefonnya ditunjukkan kepada Madihah.

"Okey. Kalau ada apa-apa aku boleh tolong, beritahu aku." Pesan Madihah kembali.

Hilmi mengangguk lagi.

*****

"Hampir setiap petang?" Tanya Azah.

Madihah mengangguk.

"Sejak dari Azah pindah ke PJ duduk sama dengan Madi." Madihah menelan air liur yang terasa kesat di tekaknya.

Azah merenung Madihah lama. Boleh pulak simpan rahsia lama macam ni.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

rimatanti
2021-08-17 06:00:55 

best jg jln citenya ni.. tk sabar tunggu next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience