Rate

Bab 92 : Nasi Minyak

Romance Completed 402255

Persiapan kenduri bagi menyambut isteri Abang Long kepada Hilmi, iaitu Haziq sedang berjalan dengan lancar. Berkat baiknya hubungan antara kedua keluarga Azah dan Hilmi yang membuatkan mereka saling berziarah, lantas menemukan Haziq dan Ranida, sepupu Azah. Azah tidak terkecuali menyumbang tenaga.

"Hilmi mana?" Tanya Zainab.

"Abang ada dekat rumah, tengah rehat. Dia datang tadi dengan Azah tapi dah balik semula sebab tak sihat sikit. Malam nanti dia datang." Balas Azah.

"Kenapa pulak dengan dia?" Tanya Zainab.

"Tak tahu ma, tadi datang je dia bising bau bunga rampai tu wangi sangat katanya sampai sakit kepala. Dia masuk bilik tidur kami pun, dia cakap bau tu tembus sampai ke dalam. Itu yang dia balik rehat dekat rumah tu." Jelas Azah.

"Hmmm Hilmi tu memang. Anti betul dengan bau bunga rampai. Entah kenapa lah. Dari kecik lagi tau Azah dia macam tu. Ingatkan dah besar ni okey lah sikit. Sama je rupanya." Beritahu Zainab.

"Benda baru ni mama. Azah tak tahu pulak dia tak suka bunga rampai." Balas Azah.

"Boleh lah jadi modal mengusik dia. Nanti telefon tanya dia nak makan apa, mama bungkuskan makanan untuk Azah bawak balik. Malam nanti baru makan sini." Pesan Zainab.

"Okey ma." Sahut Azah.

Aakif entah kemana bersama Hannah tadi sebaik sahaja mereka tiba di rumah Zainab. Tetapi okey juga Hannah bawa pergi ke tempat lain, Aakif bukan boleh dekat dengan Azah. Ada sahaja yang bakal direngekkannya nanti. Adakalanya mahu didukung setiap masa. Semput!

"Assalamualaikum abang."

"Waalaikumussalam. Kenapa sayang call?" Tanya Hilmi dengan suara mengantuk.

Tiba sahaja dirumah tadi, dia terus menelan dua biji Paracetamol untuk melegakan sakit kepala. Kemudian dia terus sahaja masuk ke bilik dan tidur dalam bilik yang separa gelap itu.

"Abang nak makan apa? Azah nak bungkuskan bawak balik." Tanya Azah.

"Apa yang ada?" Soal Hilmi kembali.

"Nasi goreng kampung ada, Nasi Minyak pun ada. Nak yang mana?"

"Nasi Minyak?" Ulang Hilmi kembali.

Dia menelan air liur, tapi entah kenapa, terbayangkan sahaja Nasi Minyak, tekaknya bagaikan dijolok-jolok oleh jari, memualkan, laju sahaja dia bangun ke bilik air untuk memuntahkan isi perut. Azah disebelah sana talian sudah mulai risau apabila tiada respon dari Hilmi apabila dipanggil namanya.

"Abang okey tak?" Tanya Azah.

"Okey. Tapi tak nak lah Nasi Minyak..." Hilmi berhenti bercakap lagi, mualnya datang kembali.

"Uwekkk...."

"Sayang balik dulu boleh? Abang rasa teruk sangat tak sihat ni. Migrain teruk sampai tadi terpaksa makan ubat." Tanya Hilmi setelah dia berkumur dan mencuci sisa muntah.

"Okey, tak nak nasi Nasi Minyak ni eh?" Tanya Azah untuk mengesahkan penyataan Hilmi.

Tiada balasan dari Hilmi. Hanya bunyi muntah kedengaran sebagai jawapan.

"Balik lah dulu." Rayu Hilmi yang sudah mulai menangis.

"Okey okey. Azah suruh Hannah hantar sekarang."

*****

Urutan di kepala membuatkan sakit kepalanya berkurangan. Terasa lega berbanding tadi. Sementara menunggu Azah tiba dirumah, sempat Hilmi merangkak ke katil. Habis sudah tenaganya selepas beberapa kali muntah. Tidak dapat ditahan, kerana setiap kali terbayangkan Nasi Minyak, rasa mualnya pasti kembali.

"Rehatlah. Aakif ada dengan Hannah dekat rumah mama. Azah balik bawak kereta papa." Beritahu Azah.

"Abang lapar." Beritahu Hilmi.

"Azah ada masak bubur oat tu tadi masa abang tidur. Nak makan sekarang?" Tanya Azah.

Hilmi hanya mengangguk lemah. Lampu bilik yang terang juga menyilaukan penglihatan matanya. Menambahkan rasa sakit kepalanya. Lantas, satu bantal diambil dan digunakan untuk menutup mukanya supaya cahaya lampu itu tidak lagi menyakitkan kepala.

"Abang, jom makan." Panggil Azah.

Namun tiada balasan. Hanya dengkuran yang kedengaran. Azah mendekati Hilmi. Dikejut nya lagi dengan menyentuh jari kaki suaminya itu lembut.

"Nak apa?" Marah Hilmi apabila diganggu berterusan begitu.

"Makan abang. Abang lapar, kan? Ni dah siap dah. Azah dah bawak mangkuk dan air ke dalam bilik ni." Pujuk Azah, tiada angin tiada ribut, Hilmi menjadi seorang yang cepat beremosi.

Period ke daddy Aakif?

"Silau. Sakit kepala." Gumam Hilmi pendek.

"Okey, Azah tutup lampu. Bukak lampu tidur je, ya?" Tanya nya sambil jari memetik suis lampu.

"Okey." Hilmi bangun dari katil, duduk tegak sambil memeluk bantal.

Suapan Azah diterima sahaja masuk ke mulutnya tanpa sebarang bunyi.

"Tak nak dah." Beritahu Hilmi selepas beberapa suapan sahaja lagi tinggal untuk bubur oat itu.

"Okey, minum air dan rehat semula lah."

*****

"Mama tengok tu, geli lah pengantin lama ni. Nak berkepit je dengan Kak Azah." Komen Hannah tatkala selesai tahlil untuk arwah Haneesya.

Hilmi yang meletakkan kepalanya ke bahu Azah tidak memberi apa-apa reaksi. Sibuk lah Hannah ni.

"Abang nak apa-apa tak?" Tanya Azah.

Hilmi menggeleng. Dia cuma mahu duduk dalam keadaan begitu. Selesa dimanjakan Azah begitu. Hannah bangun dari sofa dan mendekati Hilmi.

"Abang Mi, Nasi Minyak ada lagi tu kat dapur. Makan jom?" Hannah tergelak kuat, sedangkan Hilmi sudah hijau wajahnya menahan mual. Tanpa menunggu lebih lama, Hilmi berlari ke bilik air.

Perutnya yang kosong hanya memuntahkan air yang diminum tadi sahaja. Perit tekaknya. Azah juga bangun menuruti langkah Hilmi. Belakang Hilmi digosok perlahan-lahan.

"Kalau abang dapat Hannah, abang jahit mulut dia!" Bebel Hilmi.

"Hannah main-main je tu. Jangan lah marah, abang kan tak sihat ni. Pergi rehat dalam bilik ya, nanti Azah bawak kopi." Pujuk Azah.

"Jangan lama-lama, bawak masuk minyak Yu Yee Aakif jugak sayang." Pinta Hilmi.

"Tak, sekejap je. Abang masuk dulu."

Enjoy reading! :) P/s : Dose kedua kesannya lebih power! Rebah terus dibuatnya. Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-17 19:17:05 

kena dose 2 jadi gitu


NovelPlus Premium

The best ads free experience