Rate

Bab 78 : Hak

Romance Completed 402255

"Sudah-sudah lah Azlinda. Pergi bersiap. Ikut saya pergi masjid. Tak payah nak buang masa nak meratap macam ni." Marah Ghani.

Sewaktu mereka mahu bertolak balik petang semalam, hanya Hilmi yang membawa Aakif keluar dari bilik, keluar ke perkarangan utar rumah untuk menghantar mereka yang mahu memulakan perjalanan.

"Saya tak pergi masjid malam ni."

"Kenapa? Masih nak layan perasaan awak yng kononnya sedih tu?" Tanya Ghani.

"Sedih lah saya, siapa yang tak sedih bila anak sendiri dah derhaka macam tu. Sampai nak balik pun tak keluar bersalam." Rungut Azlinda.

Ghani mengetap bibir. Dia yang mula dulu, ada hati nak tuduh anak derhaka.

"Eh, awak patut bersyukur Azah tu sekadar tak keluar dari bilik dari rumah dia hantar kita balik, kalau jadi pada saya, hari tu jugak saya tak mengaku mak. Awak yang derhaka dulu pada Azah, tapi akhirnya awak salahkan Azah pulak." Marah Ghani.

"Pergi bersiap sekarang, saya cakap panjang lebar pun buang masa je. Saya kira sampai sepuluh, kalau awak tak siap lagi, awak jangan bercakap dengan saya sampai bila-bila dah." Ugut Ghani, masa untuk bercakap baik-baik dengan Azlinda ni sudah tamat.

Kali ini dia perlu bertegas untuk memberi pengajaran kepada isterinya itu.

*****

"Malam ni, Syafie anak si Mahmud tu yang jadi imam. Kebetulan, dia baru balik ke Malaysia."

"Single lagi ke si Syafie tu?" Tanya salah seorang jemaah wanita.

"Tak, dah kahwin. Anak dah 3. Isteri dia tu, orang Mesir tu ha. Anak-anak pun semua cakap Arab, tak pandai lagi cakap Melayu. Kecik-kecik dah pandai cakap Arab. Bagus betul ya anak-anak dia." Seronoknya jemaah wanita yang sepakat sedang membincangkan hal imam baru bagi masjid kampung mereka ini.

"Hari ni katanya Abang Hussin, ada ceramah sikit sementara menunggu Isyak." Balas seorang jemaah yang lain.

Semua yang lain, turut mengangguk, mengiyakan sahaja.

"Baguslah tu, boleh kita tengok cara dia beri ceramah. Kalau bosan, lain kali tak payah suruh dah." Eh eh eh, macam tu pun boleh?

Nak dengar ceramah pun memilih-milih?

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Secara mengejut sangat saya diminta untuk menyampaikan ceramah pendek malam ini. Saya nak cari tajuk pun tak sempat sebab baru sahaja tadi dimaklumkan.

Bila saya tanya tadi, kalau-kalau ada tajuk yang khusus, ada salah seorang sahabat kita mencadangkan supaya saya memberi sedikit ceramah tentang ibubapa yang derhaka.

Allahuakbar, besar tanggungjawab saya malam ini. Tapi tak apa, saya cuba sebaik mungkin untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Baik tuan puan, hadirin hadirat yang dihormati.

Sebenarnya, kalau diikutkan, tiada terma ibubapa derhaka kepada anaknya, jika kita ikut logik kita lah, kerana hak ibubapa terhadap anak adalah lebih besar."

Azlinda tersenyum sendirian. Apa yang ustaz cakap ini, boleh dijadikan hujah untuk dia mempertahankan diri apabila Ghani menyindirnya lagi nanti. Haaa dengar tu Pak Cik Ghani, tiada ibu bapa yang derhaka, omel Azlinda di dalam hatinya.

"Walau bagaimanapun, ada satu kisah yang ingin saya kongsikan, berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A. Telah datang seorang lelaki menemui Khalifah Islam kedua itu untuk mengadukan hal anaknya yang dikatakan telah derhaka kepadanya.

“Anakku ini benar-benar telah derhaka kepadaku.” kata si bapa.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

“Apakah engkau tidak takut kepada Allah dengan derhaka kepada bapamu? Kerana itu adalah hak orang tua,” kata Umar kepada si anak.

Anak itu menjawab;

“Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak juga punya hak atas orang tuanya?”

Umar menjawab;

“Benar, haknya adalah memilihkan ibu yang baik, memberi nama yang bagus dan mengajarkan al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata;

“Demi Allah, bapaku tidak memilihkan ibu yang baik. Ibuku adalah hamba sahaya berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Ia tidak memberi nama yang baik untukku. Ia menamaiku Ju’al. Dan dia juga tidak mengajarkan Al-Quran kepadaku walau satu huruf pun dari al-Quran.”

(Nota : Ju’al adalah sejenis kumbang berwarna hitam yang selalu mengerumun pada najis haiwan. Boleh juga diertikan seorang yang berkulit hitam dan berparas hodoh atau orang yang emosional).

Umar Al-Khattab r.a lantas menoleh kepada si bapa dan berkata;

“Engkau telah datang mengadukan anakmu telah derhaka kepadamu tetapi engkau yang telah derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu!”

Iktibar dari kisah di atas, apabila ibubapa tidak memenuhi hak anaknya, maka dia telah derhaka dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepadanya. Saidina Umar sendiri cakap bapa itu derhaka, maksudnya, adalah mungkin untuk ibubapa derhaka pada anak-anak. Maka, sebagai ibu bapa kita janganlah tergesa-gesa mencela anak sebagai derhaka.

Ada banyak hak-hak anak atas ibu bapanya. Bila salah satu sisinya diabaikan, lalu anak menjadi derhaka dan keras kepala, ada kemungkinan itu adalah kerana ibubapanya tidak memperhatikan sisi tersebut.

Sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak. Ada ibubapa yang dengan sengaja memaksa-maksa anak menuruti perintah mereka tanpa menimbangtara baik buruk sesuatu perkara itu Akibatnya apa yang jadi?

Salah anak kah bila mereka hidup menderita, berdendam kepada kita akibat keputusan salah yang kita paksa mereka ambil? Oleh itu, selain dari kita mendidik anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi, didik juga diri kit untuk menghormati dan memenuhi hak anak-anak kita.

Sebagai ibubapa, kita kena ingat, kita boleh membimbing anak-anak tapi bukan memaksa mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka. Kalau kita betul-betul yakin bagus untuk mereka, tak apa. Jika tidak, kitalah yang mencampakkan anak kita kedalam kebinasaan. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Ibnul Qayyim berkata; “Siapa yang mengabaikan pendidikan yang bermanfaat untuk anaknya dan membiarkannya begitu saja, maka ia telah melakukan tindakan terburuk terhadap anaknya itu. Kerosakan anak-anak itu kebanyakan bersumber dari ibubapa yang membiarkan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama kepada mereka.

Mereka (anak-anak) tidak memperhatikan perkara-perkara agama di saat masih kecil, sehingga ketika sudah besar mereka sukar meraih manfaat dari pelajaran agama dan tidak dapat memberikan manfaat bagi ibu bapa mereka.

Apa yang dapat kita simpulkan disini, jika anak kita buat silap, dosa atau kesalahan pada kita maka perkara pertama yang perlu kita lihat dan fikir adalah kesilapan kita dalam mendidik anak kita. Sentiasalah amalkan berbincang dengan anak-anak untuk membimbing mereka.

Kita nak bahagia, anak-anak kita pun nak bahagia. Jangan kita aniaya anak kita dengan mengugut mereka akan jadi anak derhaka dan sebagainya jika tidak mengikut kehendak kita. Bukan ajaran Islam untuk tidak menghormati dan mengasihi anak-anak kita ni."

Suara Syafie yang masih lagi berceramah itu sudah tidak didengarinya lagi. Pelupuk matanya terasa berat, tidak lagi gagah menahan air mata dari turun ke pipi.

Ya Allah, betul ke aku dah menganiaya anakku sendiri selama ini? Jikalau betul, apa yang boleh aku lakukan untuk memohon maaf, dan memperbetulkan hubungan kami ini ya Allah?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience