Berselubung dengan mantel, topeng menutupi mulut. Hanya sepasang mata yang terdedah. Susuk lampai lagikan mencurigakan Arran itu menyelinap dalam gelap. Dia merentasi koridor kosong yang hanya diterangi obor di sepanjang dinding di situ. Tapak kakinya ringan hinggakan setiap kali dia melangkah tiada satupun bunyi derap kaki dihasilkan.
Bersama degupan jantung kencang menemani langkahnya, Arran meliar ke sekitar memasang telinga dan mata memastikan tiada pengawal atau dayang yang berlegar di sekitar kawasan istana tersebut. Selama dua hari pemerhatian akhirnya dia dapat juga dapat tahu dimana tempat persembunyian Aerin.
Ianya bukan mudah. Kawasan ini begitu dikawal dengan ketat. Pahlawan naga dapat di lihat dimana-mana. Malah kuasa sihir yang mendinding seluruh tanah istana ini juga sangat kukuh dan kebal. Dia hanya seorang Dragon Tamer mengalami kesulitan untuk menembusi tempat ini. Mujur la ada pedati yang membawa barang basah masuk ke dalam istana ini. Dapat jugak dia menyelinap masuk.
Disebabkan dia tiada masa yang banyak untuk dibuang Arran telah mengintip dan mencari tahu keberadaan Aerin di dalam istana ini. Maka tepat jam 2 pagi, dia memulakan misinya untuk membawa lari Aerin keluar dari tahanan lelaki Bernama Ryu Fury ini. Dia perlu selamatkan Aerin dan bawa gadis itu jauh dari sini serta merta.
Sesampai di sebuah pintu, Arran tenung seketika permukaan pintu tersebut. Dia tak yakin sebenarnya. Risau jugak kalau dia silap langkah, mahunya dia dalam bahaya dan Aerin tak dapat diselamatkan. Harap-harap betul la firasat dia ni! Bersama tekad terakhirnya Arra memusingkan tombol ke Bawah lalu menguak perlahan daun pintu tersebut.
Suasana hening menghuni bilik tidur itu setelah Arran injak kaki ke dalam. Hanya pelita kecil sebelah katil yang membias sekitar kawasan katil.
Derap ringan Arran langsung tidak kedengaran sepanjang Langkah yang diatur lelaki itu. Dia melangkah sehingga la tiba di tepi katil disebelah kanan. Arran Nampak Aerin sedang lena sambil baring di atas dada Ryu. Wajah yang sudah lama dia tidak lihat sejak terpisah beberapa bulan yang lalu ditatap lama sebelum mengerling ke wajah lena Ryu pula.
Macam tak percaya aje yang selama ini dia fikirkan Aerin adalah rakan subahat Ryu. Rupa-rupanya Aerin hanya menjadi mangsa keadaan perbalahan antara tiga kuasa berbeza. Pendek cerita mereka berdua hanya menjadi mangsa keadaan!
Kepalan penumbuk tergenggam di dalam kedua belah tangan tanpa Arran sedari.
Dia nekad!Dia akan bawa Aerin keluar dari sini. Dan bawa Aerin lari jauh dari tanah ini. Jauh dari musuh yang mahukan puak Dragon Tamer pupus sepenuhnya.
Sambil mengetap gigi, perlahan-lahan dia tunduk membongkok ke bawah lantas menggoncang sedikit badan Aerin untuk mengejutkan orang itu supaya bangun.
Selepas beberapa kali digoncang, lena Aerin akhirnya terkutik. Mata itu terkedip-kedip sebelum terbuka luas. Dalam keadaan mamai Aerin bergerak ke kanan. Cuba hendak lihat apa yang menggoncang tubuh dia lewat malam begini. Sekali bila pandangannya jelas, nafas dia tersekat di tengah kerongkong serta merta!
Bertentang saja mata mereka berdua, Arran pantas menekup mulut Aerin. Menghalang suara Aerin dari kedengaran sewaktu dia mahu menjerit. Dia bawa satu jari ke depan mulut. Mengisyaratkan Aerin supaya senyap.
Mahu tak mahu Aerin terus mengangguk.
Barulah Arran menurunkan topeng mulut dari wajahnya. mendedahkan siapakah dirinya yang sebenar.
Ingatkan penjahat mana yang menceroboh masuk ruang beradunya, sekali bila Aerin melihat wajah berjambang Arran baru la dia melepaskan nafas lega.
"Ikut aku sekarang..."gesa Arran menarik Aerin supaya bangun dari situ.
Apa?Terpisat-pisat Aerin bangunkan dirinya dari perbaringan. Sempat dia mengerling ke Ryu di sebelah. Suaminya yang memang tidur mati langsung tidak terkutik. Apalagi terjaga dengan kehadiran Arran di situ.
"Lekas Aerin.."bisik Arran sewaktu Aerin mengesot turun dari katil lalu jalan mengekori Arran keluar ke arah pintu keluar bilik.
Dalam keadaan bingung dan mamainya, Aerin ikutkan saja tarikan pada tangannya Ketika Arran bawa mereka berdua ke koridor luar bilik. Dia benar-benar kebingungan.
"Macam mana kau boleh berada dekat sini Arran?"bisik Aerin menguak rambut depannya ke belakang dengan mata dikecilkan cuba hendak jelaskan pandangan yang samar-samar lagi itu.
"Semua tu tak tak penting. Apa yang kau kena tahu sekarang adalah kita perlu pergi dari sini dengan cepat.."bisik Arran sambil mengerling ke hujung koridor dan pintu bilik di belakang Aerin cemas. Risau sekiranya ada yang nampak mereka di sini. Kalau dia tertangkap sekarang, habis rosak semua rancangannya.
"Hah?Pergi dari sini?"
"Ya Aerin. Nyawa kau dalam bahaya sekarang ni. Kau kena ikut aku dengan cepat."
"Apa yang kau cakapkan ni Arran?Memangnya kita nak ke mana?"semakin berkerut kening Aerin sebab tidak faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Kehadiran mengejut Arran menambahkan kebingungan dia. Dia perhatikan gerak geri Arran yang kelihatan tidak senang duduk itu. Seperti orang dalam perlarian.
"Jauh dari sini...jauh dari puak naga. Tempat untuk kita berlindung dari di bunuh oleh Bishop Harman. Tolong Aerin...aku bersumpah dengan nyawa kesemua rakan Dragon Tamer kita yang terbunuh dalam akademi tu yang aku tak menipu. Aku perlu bawa kau pergi dari sini..."
Semakin bingung, Aerin menarik lengannya dari cengkaman Arran dan mengundur ke belakang. Dah hilang akal apa Arran ni?Dah la tetiba muncul dalam istana Ryu seperti penceroboh. Lepas tu meraban yang entah apa-apa tentang master mereka berdua pulak.
Share this novel