CHAPTER 23 : Lambang Merah

Fantasy Completed 5425

Aerin perhatikan belakang tengkuk lelaki di hadapannya dengan curiga saat mereka berdua di iringi ke sebuah bilik. Rumah inn itu mempunyai tiga tingkat, tetapi Julius bawa Brianna dan Aerin ke tingkat bawah tanah. Dimana struktur binaan terdiri daripada batu gua. Sepanjang laluan itu hanya ada lilin sahaja yang menerangi sekitarnya.

              Saat itulah Brianna merapat ke Aerin. Dia berbisik di belakang telinga Aerin dengan perlahan. "Tempat ni mencurigakan..."beritahunya.

Aerin hanya diam tidak membalas kenyataan itu kerana dia sendiri boleh rasakan hal yang sama.

             "Lima bulan yang lalu, kami semua masih boleh menjelma menjadi manusia dan naga ikut kemahuan kami. Tapi kebelakangan ni, kami semua tak dapat nak kawal diri dari menjelma dalam bentuk naga atau manusia. Paling parah sekali, setiap kali kami berubah menjadi naga dan cuba untuk terbang, ada sesuatu yang menghalang kami untuk berbuat begitu.."tiba-tiba Julius di hadapan mula berbicara.

            "Ada sesuatu yang ganjil berlaku ke sebelum ni?"soal Aerin terus.

            "Itu yang kami cuba siasat tapi tiada petunjuk sama sekali..."Julius membelok ke kanan sebelum tiba di hadapan sebuah pintu kayu. Mereka berhenti sekejap depan pintu itu sebelum pintu itu di tolak ke dalam. Lelaki itu masuk terlebih dahulu.

Dalam keadaan berjaga-jaga Aerin melangkah dengan perlahan ke ruangan yang dipenuhi dengan buku serta skrol. Ianya tiada yang ganjil. Hanya sebuah bilik bacaan bawah tanah sahaja.

           "Tapi...saya ada mengesan sesuatu yang terbaru dua hari semalam."Julius berhenti di hadapan meja lalu mencapai sehelai kertas dari situ.

Brianna dan Aerin turut berhenti berdiri di hadapan meja tersebut memerhatikan Julius datang mendekat dan berdiri sambil menyua kertas tadi.

             "Di sini merupakan peta dimana setiap penempatan yang ditandakan sewaktu saya membuat bancian penduduk. Dan terdapat satu penempatan baru yang saya tak tahu sejak bila wujud."Julius tunding jari ke satu tempat dalam peta itu. "Antara Sungai Biru dan Pokok Willow Heart. ada sebuah pondok. Ianya kelihatan usang dan mencurigakan. Oleh kerana saya tidak dapat menggunakan kuasa saya apalagi mengawal kuasa untuk jelma menjadi naga, saya tidak cuba mendekati tempat ni.."

Brianna dan Aerin pun tunduk meneliti peta tersebut. Saat Aerin capai peta itu dari tangan Julius, matanya ternampak akan lambang merah di tapak tangan Julius. Bila dia nak lihat dengan jelas lelaki itu telahpun menurunkan tangan ke bawah.

Di dalam peta itu, dapat dilihat setiap simbol yang disertakan dengan nama keluarga dan jumlah ahli keluarga setiap rumah di situ.

                "Siapa yang tinggal di sini?"Brianna pandang Julius semula.

                "Itu yang saya tak tahu. Mungkin ada yang .pindah keluar atau baru pindah masuk ke sini..saya tak tahu."

               Aerin mengangguk kepala. "Kalau begitu bawa kami ke sana."ujarnya.

               "Sekarang?"

                "Ya."

               "Tapi dah nak senja. Saya biasanya tidak mengizinkan sesiapa keluar dari rumah selepas malam berlabuh. Apa kata kamu berdua bermalam dulu di sini. Esok pagi baru boleh gerak."aju Julius. "Saya akan hantarkan orang untuk temani kamu ke tempat itu kemudian."

Aerin palingkan kepalanya ke Brianna. Mereka berdua saling bertentangan mata untuk seketika.

               "Kenapa?"kedip Brianna tidak faham kenapa Aerin pandang dia begitu.

Dia sudah biasa dengan rasa penat. Tapi tidak Brianna. Memandangkan dia sendiri yang bersetuju untuk bawa Brianna bersama, sekurang-kurangnya dia kena bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan budak di sebelahnya ini.

              "Baiklah."angguk. Aerin kepada Julius selepas itu.

             "Ahhh!Leganya dapat baring..."geliat Brianna di atas katil sebelum termenung memandang siling kayu di atasnya. Ada sarang labah-labah terbiar pada penjuru siling tu bila dia tengok.

Sementara itu Aerin sibuk mengintai balik celah langsir jendela sebelum gerak melihat almari dan bawah katil sebagai langkah berhati-hati.

             Tingkah itu diperasan oleh Brianna. Gadis itu baring mengiring sambil topang kepala dengan tangan kiri. Memandang lucu akan sikap berhati-hati Aerin. "Relaks Aerin..kau periksa semua tempat tu takkan adanya boogeyman lompat keluar dari situ.."selorohnya.

            "Tak salah kalau kita berhati-hati...ini bukan tempat kita."Aerin menanggalkan jaket dari badannya sebelum duduk di katil satu lagi.

             "Kau tahu..ini kali pertama kita jalankan misi bersama. Dulu aku selalu terfikir..apa agaknya perasaan dapat jalankan misi bersama kau...dan sekarang aku tahu..."sengih Brianna.

              Mata Aerin terarah pada beg yang dibawanya tadi. Ada tali warna warni yang di toncang halus terpikat pada zip poket kecil. Tali yang diikat oleh Tarina setiap kali mereka jalankan misi. "Tidur la situ. Kita perlukan banyak tenaga untuk esok. Jangan bazirkan tenaga untuk bercakap tentang hal tak penting."ujarnya sebelum baring ke belakang.

               Brianna mencebik muncung bibir tetapi tidak mengatakan apa-apa lepas tu. Dingin betul Aerin ni. Nak berkawan pun tak boleh. Nanti tak ada teman lelaki baru tahu! "Selamat malam Aerin.."ucapnya sebelum memejamkan mata.

Perlahan-lahan mata Aerin pun terkatup. Dia jatuh ke dalam lena yang panjang.

Flashback
            "Aerin...bangun!"

Bunyi bising dan kecoh buatkan dia terjaga. Dalam keadaan mamainya, Aerin membuka mata sebelum melihat wajah ayahnya kelihatan cemas memaksa dia bangun dari situ.

            "Kita kena keluar dari sini sekarang..."

            "Ada apa ni ayah?"dirinya sebagai kanak-kanak 7 tahun tidak dapat hendak fahamkan apa yang sedang berlaku. "Bunyi apa yang bising tu?"

            "Musuh datang menyerang kita...istana Utama telah dimusnahkan. Ramai yang terkorban. lekas bangun.."tubuh Aerin di dukung dengan mudah tanpa berlengah.

           "Siapa datang?"pandangannya bergoncang seketika taktala ayahnya berlari keluar dari bilik lalu tiba di ruang tamu sebelum bunyi bising dan teriakan semakin jelas kedengaran. Sekali bila dia dongak ke atas, matanya di sapa dengan pemandangan dimana naga terbang di merata arah atas langit,, api dapat dilihat dimana-mana, orang bertempiaran lari dan teriakan demi teriakan memenuhi deria pendengarannya.

           "Tuan...."

           "Bawa anak saya pergi dari sini sekarang. Saya akan lengahkan mereka."

            "Bagaimana dengan yang lain?"

           "Saya tak pasti...apa yang penting bawa Aerin pergi dari sini sebelum mereka ambil dia."

           Aerin mengeratkan pelukan di sekeliling leher ayahnya. "Tak nak!Ayah jangan tinggalkan Aerin...Aerin nak ibu!"cemasnya apabila satu tangan memegang badan kecilnya menjauh dari susuk hangat ayahnya.

            Bersama kening berkerut, Ayah Aerin pegang pipi itu lalu di kucup dahi itu dengan kuat. "Jaga diri nak..ibu dan ayah sentiasa doakan keselamatan kamu."lantas pelukan itu berjauhan.

            "Tak!Huargh!!!Ayah!"sekuat hati Aerin meronta dan menjerit apabila dirinya di tarik dan ayahnya berlari meninggalkan dirinya di situ.

End of flashback

Kaku kejung Ryu memandang akan pedang di tangannya apabila dia mendapat bayangan memori Aerin. Dia menahan nafas tanpa sedar sebelum memalingkan kepala ke sisi apabila musuh muncul dari tepi mahu menikamnya tetapi terhenti apabila seseorang muncul dari tepi dan tepis musuh tersebut sebelum dibunuh.

              "Tuan tak apa-apa?"Camdus pandang ke balik bahu saat bertanya.

              Ryu libas pedangnya ke tepi sebelum dongak ke atas. Pasukan naga yang lain sedang bertarung dengan naga musuh di udara. Dia hendak bertukar tetapi belum masanya. "Ya. Terima kasih.."jawabnya sambil tu.

            "Ada sesuatu yang menganggu tuan ke?Kenapa sejak tadi tuan tidak fokus?"Camdus tarik panahnya lalu menariknya ke belakang sebelum dilepaskan ke arah musuh yang berada di jarak jauh dari mereka saat itu.

          Sebab Aerin berada jauh dari dia. Nalurinya sebagai naga akan berasa tidak selamat jika Dragon Rider yang telah mereka bonding bersama tidak berada dekat. Normal la kalau dia hilang tumpuan. "Aku tak apa-apa. Fokus pada lawan kau!"beritahunya sebelum berlari masuk ke dalam bangunan sejurus itu.

Camdus tinggal di belakang. Dia menepis setiap musuh yang datang menyerang waktu itu untuk beri Ryu masa.

Di dalam bangunan itu ramai tentera musuh dan tentera yang datang bersama Ryu sedang bertarung sesama mereka.

            "Hei!"

Swooshh!

Sebilah pedang terbang melayah tepat ke Ryu tetapi ianya tersasar sebelum tercacak pada dinding di belakang kepalanya.

Serta merta Ryu memalingkan kepala. Melihat Raja Everlin sedang memandang ke arahnya dengan wajah berang.

            "Berani Emmett membeloti sahabatnya sendiri!"Raja Everlin berarak mendekati Ryu waktu itu.

            "Tuanku telah diberi pilihan."

            "Aku hanya buat apa yang dia buat untuk sebarkan kuasa!"Raja Everlin libas pedangnya ke arah Ryu dengan kuat. "Raja Emmett bunuh naga....kenapa aku tak boleh lakukan hal yang sama?"

CHING!

Pedang Raja Everlin berlaga dengan pedang Ryu apabila dia menepis serangan lelaki itu.

           "Dengan membunuh naga dan memusnahkan sarang mereka tanpa sebab yang kukuh?"deram Ryu menolak pedang Raja Everlin ke belakang.

            "Sejak bila Raja Emmett peduli tentang kebajikan naga?Bukan ke selama ni pendirian dia adalah buatkan kaum naga berada di rantaian paling bawah sekali!Sejak azali lagi naga ditakdirkan menjadi hamba!"

Raja Everlin menghunus pedang hendak menikam Ryu tetapi belum sempat pedang itu hendak menyentuh bahagian torso, tangan Ryu mula mengeluarkan aliran berwarna merah. Dan ianya perlahan-lahan menyebar ke pedang Raja Everlin.

            "Dan tuanku patut tahu sejak awal lagi manusia dan naga tidak ditakdirkan menjadi kawan."beritahu Ryu sebelum pedang Raja Everlin tercampak ke belakang.

Terbutang mata Raja Everlin apabila melihat cahaya biru mula menjalar-jalar sekitar badan Ryu dan mata lelaki itu bersinar kebiruan. Satu lambang merah ikut bercahaya di tepi muka Ryu. Lalu diikuti dengan api di bawah tapak lelaki tu.

             "Apa kau sebenarnya ni?Hah!Ahli sihir?Naga?"soalnya begitu tergamam. Kakinya terundur selangkah demi selangkah dalam keadaan bingung. Lambang merah tu?!Dari mana dia pernah lihat?

             "Ryu Fury...takkan tak kenal lagi?"Pedang dalam tangan kanannya di kuatkan cengkamannya. "Serahkan diri atau mati?Tuanku ada dua pilihan saja."

               "Serahkan diri pada siapa?Kau?Atau pembelot bernama Emmett tu?"

               Hujung bibir Ryu terjungkit mendengarnya. "Kalau begitu, mati adalah pilihannya."

               "Tak!Semua ni fitnah!Aku tak pernah arahkan sesiapa untuk musnahkan mana-mana tempat-!"teriak Raja Everlin sebelum pedang Ryu melibas tepat ke badan dan darah terpercik keluar dari kesan belahan pedang itu.

SPLAT!

                Darah terpercik ke muka Ryu namun dia sedikit pun tidak mengedipkan mata. Malah riaknya juga tenang saat memandang dingin jasad Raja Everlin berlumuran darah atas lantai tu. "Aku tahu...."katanya saat bertentang mata dengan mata kaku Raja Everlin.

Perlahan-lahan mata Raja Everlin hilang sinarnya seperti malapnya cahaya pelita.

Bersama derap langkah tenang, Ryu keluar dari istana menuju ke halaman Utama dimana kekecohan sedang tercetus. Orang yang sedang bertarung dan saling berlawan antara satu sama lain yang ada di kanan dan kiri tidak dihiraukan.

              "Raja Everlin telah mangkat!"laung Ryu.

Serta merta para tentera dari kerajaan Everlin yang dengar berhenti. Mereka semua memalingkan kepala ke puncak tangga dimana Ryu sedang berdiri. Tergamam apabila mendengar makluman tersebut.

Lantas Ryu pun tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience