Bertahun dulu pernah diceritakan adanya sebuah kerajaan yang dapat mengawal amukan naga-naga yang jahat dan tidak jinak. Kerajaan yang diperintah oleh sebuah keluarga berketurunan naga berdarah tulen. Iaitu naga yang mempunyai kuasa sihir ketika dalam bentuk manusia dan mempunyai kuasa istimewa jika dalam bentuk naga. Oleh kerana kuasa istimewa ini tertubuhnya sebuah pemerintahan yang diketuai oleh keluarga ini. Selama berpeluh tahun pemerintahan ini berlangsung. Semua naga tunduk pada kerajaan ini. Menjadikan kerajaan kecil ini berpengaruh besar dan amat berkuasa dikalangan mana-mana negeri.
Seluruh jenis naga yang ada pandang tinggi akan kerajaan ini sampaikan ada yang berfikir dua kali sebelum menimbulkan masalah.
Bukan kerana takut atau lemah. Tetapi kerana rasa hormat kaum naga ini terhadap kerajaan istimewa tersebut. Dari satu waris ke satu waris berganti tempat untuk meneruskan kerajaan ini. Di bawah pemerintahan ini, Naga yang lemah dan tidak mempunyai kuasa akan di beri perlindungan, naga yang suka mengganas dan melakukan kemusnahan, diberikan tanah persendirian untuk hidup tanpa gangguan, naga yang bijak dan hebat berlawan dijadikan kawan. Semuanya datang dari pemerintahan istimewa ini.
Sebuah kerajaan yang mana telah dibina berdasarkan perikemanusiaan dan kesejahteraan sejagat telah membawa kepada pembentukan sebuah nation naga yang aman dan tenteram. dimana manusia dan naga di anggap setaraf serta dapat hidup bersama dengan harmoni.

Flap!
Buku tebal berkulit itu ditutup apabila telinganya dapat menangkap tapak kaki yang sedang menghampiri ruangan itu.
Tidak bergerak dari kerusi kayu di sebelah meja bulat, buku tadi dia selitkan ke tepi bantal sebelah kaki sebelum pintu biliknya terbuka selang mili saat kemudian.
"Secepat ni kau sampai?Aku ingatkan akan ambil masa untuk selesai?"ujarnya perlahan.
"Kenapa master panggil saya ke sini?"Caspian pandang akan lelaki yang sedang bersandar pada kerusi di hadapannya dengan kening mencerlung.
"Sesuatu berlaku yang mana sedikit sebanyak akan beri kesan pada pelan asal..."
"Maksudnya?"
"Kita kena percepatkan pelan memandangkan ada yang cuba hendak masuk campur.."
Untuk seketika Caspian diam di situ. Lelaki itu masih cuba hendak fahamkan kenapa tiba-tiba lelaki depannya ini berubah rancangan.Apa yang dah berlaku sampai menjejaskan pelan asal mereka. "Kenapa pulak?Bukan ke kita masih ada masa tiga bulan dari sekarang sebelum Bulan Penuh?"
"Ya...itu sebelum gangguan muncul. Sekarang kita tak boleh kekal dengan rancangan sebelum ni. Suka atau tidak, pelan asal kita akan di awalkan dari waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan hal tak sepatutnya berlaku?"
Kening Caspian berlapis. Renungan lelaki itu tidak dapat ditafsirkan. Riak wajahnya jelas terganggu. "Menggulingkan Raja Emmett bukan perkara yang mudah..lelaki itu dibantu dengan pasukan tentera yang kuat...naga yang gagah..jumlah kita tidak mencukupi untuk laksanakan pelan tu dengan lebih awal."
Kepalanya diangguk. Sambil tersenyum sinis, cincin di jarinya dipusing-pusingkan. "Sudah tentu. Aku sedia maklum mengenainya. Jangan risau...aku ada cara untuk selesaikan hal tu.."
"Master tak rancang untuk buatkan naga-naga pejuang dan tentera di sini berpaling tadah kan?"Caspian menduga.
"Kenapa?Tak boleh ke?"
"Master dah hilang akal?Tak mungkin mereka semua akan khianati raja mereka sendiri demi lelaki asing seperti master semata mahu menggulingkan Raja Emmett."desis Caspian dengan keras. "Jangan ambil risiko dengan cuba menghasut setiap seorang daripada mereka. Kita mungkin akan terdedah."
"Hahahaha.apa yang membuatkan kau berfikir begitu Caspian. Memangnya aku sedungu itu ke?"ketawa itu kedengaran gemersik sekali.
Selangkah Caspian gerak ke depan sebelum berhenti di situ menghadapnya."Kemudian?Apa yang master akan lakukan untuk kumpulkan para tentera dan naga untuk memerangi Raja Emmett nanti?"
"Kau pernah dengar satu prophecy ni? Di mana terdapatnya Dragon Whisperer yang boleh mengawal dan menguasai minda naga sama ada secara rela ataupun paksa...."
Waktu itu Caspian membutang mata kerana terkedu dengan kenyataan tersebut. Dia tanpa sedar menelan air liurnya. "Bukan ke itu hanya mitos?Wujud ke orang seperti itu?"
Matanya mengerling ke tempat dimana buku yang dibaca tersembunyi. "Sudah tentu. Kalau tidak mana mungkin tertulisnya sejarah mengenai Dragon Whisperer dalam catatan..."
"Master akan gunakan Dragon Whisperer untuk kumpulkan tentera ni?"
"Pernah dengar kata pepatah, iaitu manusia perlu belajar dari sejarah supaya ianya tidak berulang?? Menurut aku, manusia perlu belajar dari sejarah untuk elakkan cara ianya di lakukan dari berulang semula dan cegah ia daripada digunakan semula. Dan itu la yang aku akan lakukan."
Caspian pandang dengan mata dikecilkan. Berasa curiga. "Maksudnya master akan gunakan Dragon Whisperer untuk mengawal kesemua naga yang ada untuk menentang kerajaan Xethen? Master tak berguraukan?Kalau macam tu kita nak cari dimana?Nak bermula dari mana?"
Hmm...
Nak mula dari mana ya?
Rasanya kalau nak cari tu makan masa.
Kalau tak dicari masa pulak yang terbuang.
Berasa selesa yang menenangkan, badannya bersandar senang hati ke belakang lantas meletakkan kedua-dua tangan atas kerusi panjang tempat dia beristirahat. Renungan penuh muslihat terarah pada wajah Caspian.
"Jangan risau....aku mungkin dah temui siapa Dragon Whisperer tu."
"Master telah menemuinya?"
"Mungkin ya mungkin tidak...belum pasti."
Macam dalam buku yang dia baca tadi.
Kerajaan istimewa yang dulu pernah gilang gemilang kerana pemerintahan mereka berpunca dari Dragon Whisperer. Seorang magis yang mempunyai kuasa manipulasi yang boleh mengawal fikiran haiwan mistik seperti naga. Mereka gunakan kuasa manipulasi ini untuk mengawal semua fikiran naga dan cuci minda setiap naga untuk tidak mencipta sebarang masalah dan patuh pada peraturan mereka. Maka semua naga akan berkelakuan baik serta patuh.
Semua ini kerana prophecy istimewa ni. Iaitu Dragon Whisperer.
Keturunan dari pemerintahan istimewa yang dulu wujud namun kini sudah tiada lagi kerana telah diperangi dan digulingkan. Kerana rasa hasad dengki dan iri. Peperangan tercetus. Pertumpahan darah terjadi. Ramai yang terkorban. Tiada siapa yang tahu siapa aje yang terselamat dari peperangan itu. Mungkin ada yang terselamat mungkin ada yang terkorban.
Caspian mengangguk kepala. "Baik Bishop Harman..."
"Pastikan tiada siapa pun yang tahu. Kita perlu berhati-hati mengenai hal ni."
"Tapi master...adakah master benar-benar serius mahu musnahkan seluruh Xenthopia ni?"
Perlahan-lahan Bishop Harman pun bangun dari bangku itu dan berjalan mendekati jendela menghadap pemandangan luas yang terarah pada Istana Utama Xethen. "Sudah tentu. Aku dah tunggu saat ni hampir seumur hidup aku."berbelas tahun dia bina identiti di Xenthopia dengan menjadi mentor buat Dragon Tamer. Alasanya kenapa?Kerana dia ingin mencari siapa yang mempunyai kuasa manipulasi ini. Dan rasanya dia tahu siapakah calon-calon itu.
Aerin Ofelia.
Ya!Kanak-kanak yang dia ambil dari rumah anak Yatim 15 tahun yang lalu. Yang dia pilih secara rambang untuk didik selepas dapat tahu Aerin boleh membaca fikiran naga.
Caspian pun mengangguk faham. Dia menundukkan pandangannya ke bawah.
"Kau jangan lupa. Kau kehilangan ibubapa kau kerana peperangan lama dulu. Kalau bukan kerana Raja Emmett yang tamakkan kuasa. Kita berdua tidak akan menjadi Yatim piatu. Keluarga kita tidak akan terkorban kerana mereka..apa yang kita lakukan adalah untuk menuntut semula apa yang mereka dah rampas dari kitahutang emas dibayar emas...hutang nyawa dibayar nyawa."gumam Bishop Harman dengan renungan tajam jauh nun di sana.
Caspian pun termenung. Dia teringat akan Aerin. Serta adik lelaki angkatnya. Kalau benar apa yang Bishop Harman katakan, itu bermakna dua insan terpenting dalam hidupnya selama ini juga akan terkorban.
"Saya faham master."
"Sekarang aku nak kau, kumpulkan satu persatu mereka yang bersembunyi dan dapatkan sokongan mereka."arah Bishop Harman.
Caspin memberi anggukan kecil sebelum berpusing ke arah pintu dan keluar dari situ.
Share this novel