Di Sempadan Kubah Utara.
Bunyi dentuman dan jeritan nyaring kedengaran silih ganti. Langit mendung tidak berawan. Angin yang bertiup pula hanya membawa berita buruk.
Naga merah bersisik merah berguling di atas tanah selepas jatuh terhempas dari udara setelah diserang. Disaat ia bergelut hendak bangun, masa ini la muncul seekor lagi naga biru keunguan bersayap duri-duri dari atas lalu menginjak batang leher naga merah.
Crack!
Dalam dan kuat. Kuku cakarnya yang tajam mencengkam kuat leher itu hingga jeritan nyaring keluar dari naga merah tersebut sesaat kemudian. Untuk sesaat ia bergelut sebelum seluruh jasadnya menjadi kaku dan mata itu tidak lagi bercahaya. Memberitahu sudah tiada lagi hayat yang dikandung.
Pada masa yang sama....
Diikuti dengan tiupan deru angin yang terhasil gara-gara naga yang berterbangan dan libasan kuasa serta api. Menerbangkan dedaun kering dan pasir merata arah ke udara. Mengenai mata sesiapa yang tidak bersedia ketika itu.
Tidak jauh dari situ, beberapa tentera diraja berseragam hitam bertarung dengan beberapa orang pemberontak. Desingan pedang saling bergeseran kedengaran setiap kali mereka saling melibas dan menghunus ke arah antara satu sama lain. Ditepis dilibas tiada tanda hendak berhenti.
Tiba-tiba muncul Bishop Harman antara ramai-ramai di situ, sedang berlawan dengan dua pahlawan dari Kumpulan Diraja Ryu. Walaupun Bishop Harman berusia, namun kecekapan lelaki itu mengalahkan tenaga tiga orang lelaki dewasa yang lebih muda darinya.
SHRING!!!!
Dua bilah pedang saling bertindih di atas pedang milik Bishop Harman. Membuatkan Bishop Harman berkerut kening saat menghadangnya. Sementara dua lawan tadi sedikit pun tidak menunjukkan sebarang ekpresi diwajah sepanjang pertarungan mereka itu. Dan ketika itulah seorang daripada mereka menggunakan tangan kanan yang bebas untuk mengacukan tangan yang sudah bercahaya dengan kuasa magisnya kepada Bishop Harman.
Swooosh!!
Ledakan terjadi.
Satu tembakan kuasa cahaya mengenai tepat di perut Bishop Harman. Impak dari kuasa itu tubuh lelaki tersebut terpelanting beberapa meter ke belakang sebelum jatuh terbaring di atas tanah dengan debukan yang kuat.
Dua pahlawan tadi kembali berdiri lurus di situ memerhatikan Bishop Harman bergelut hendak bangun dari situ dengan renungan renungan dingin mereka. Menurut Raja Ryu, mereka diarahkan untuk membunuh semua musuh yang ada tanpa belas kasihan mahupun timbang rasa. Tidak kira sama ada musuh mereka itu tua atau muda, tugas mereka adalah untuk menghapuskan kesemua musuh yang ada tanpa menyisakan seorang pun dari hidup!
Darah tersembur keluar dari mulut Bishop Harman akibat hentikan dek tumbukan padu tadi. Sambil memegang tulang rusuknya, dia mengangkat kepala. Pedang di tangan kiri dijadikan sebagai tongkat untuk membangunkan diri dari situ. Nafasnya ikut tercungap-cungap dek kesakitan.
Tak guna betul!Dua lawan satu memang senang la. Kening Bishop Harman mencerun. Nafasnya naik turun kencang kerana mulai keberangan. Lelaki tua itu berusaha untuk kekal tenang tapi pertarungan yang tidak berhenti semenjak tadi buatkan dia semakin merinding kejengkelan!
Pada masa Bishop Harman berdiri, dua pahlawan yang sama tadi kembali menerpa ke arah lelaki itu tanpa membazir waktu. Mereka masing-masing menghunuskan pedang ke depan Bishop Harman dengan renungan dingin tersendiri. Memberitahu yang mereka memang sudah tekad dan nekad untuk menghabiskan riwayat Bishop Harman.
Begitu juga dengan Bishop Harman. Alang-alang menggengam arang biar sampai jadi abu!
Di kejauhan, Ryu Fury dalam bentuk jelmaan naga baru sahaja membunuh dua ekor naga pemberontak sendirian dengan mudah. Hujung muncungnya sudah berdarah kerana pergelutan yang terjadi dengan naga yang dia bertarungkan tadi.
Muncul sekumpulan manusia dari pasukan pemberontak Bishop Harman. Mereka menghunus senjata dan melemparkan kuasa ke arah Ryu. Namun begitu dinding pelindung di sekeliling Ryu telah menepis setiap serangan begitu saja.
Maka tanpa rasa belas dan simpati, Ryu Fury melibat ekor bersisiknya ke arah kumpulan itu hingga membuatkan tubuh-tubuh itu tercampak jauh beberapa meter ke kawasan itu. Berdarah dan luka parah, itu yang di alami oleh mangsa serangan Ryu.
Baru aje Ryu Fury mahu mengangakan mulut mahu menyembur lahar berapi ke naga yang ada di bawah cengkaman kakinya, satu getaran dirasai pada seluruh tubuh dan dalam kepala. Membuatkan kepala naganya dongak memandang langit.
Ada sesuatu yang kuat sedang mendekat.
Kembang kempis muncung hidung setiap naga di situ. Mereka mulai berasa awas dek kehadiran gelombang tenaga itu.
Awalnya keadaan langit tenang tidak berkelibat, namun selepas seketika ,menunggu, muncul satu susuk naga hitam sedang terbang di atas kawasan pertarungan di situ. Masa ini la Ryu Fury merasakan lebih jelas akan getaran aneh yang dirasai olehnya.
Getaran itu semakin lama semakin jelas terasa.
Sama seperti apa yang dirasai Ryu, kesemua pahlawan naga yang ada di situ turut ikut merasaa perasaan itu.
Dengungan lembut juga kedengaran dalam telinga setiap naga di situ. Seakan ada yang memberitahu mereka sesuatu sedang menghampiri. Yang mana buatkan naluri setiap naga di situ berasa seakan terikut.
Kehadiran naga hitam tersebut lalu disedari oleh semua yang ada. Dari pasukan Ryu Fury mahupun pasukan Bishop Harman. Mereka semua berhenti kerana tertarik dengan kemunculan tiba-tiba naga hitam tersebut.
Sekali bila naga hitam itu mendarat, barulah mereka lihat terdapatnya dua orang penunggang di atasnya.
Ryu Fury serta merta menyedari siapakah orang yang berada di atas naga hitam di situ. Masa inilah matanya bersinar penuh amaran.
Share this novel