Petangnya langit masih terik dengan cahaya matahari. Namun sudah serong hendak terbenam.
Asap dari unggun api yang dibakar hadapan khemah untuk menjerang air dan membakar daging menerawang di sekitar beberapa kawasan di dalam kem tersebut.
Disebabkan cuaca kering beberapa hari kebelakangan, seluruh kawasan kem perkhemahan tentera itu berbau tanah yang kering dan sesuatu yang terbakar.
Suara orang bercakap, kuda berdekit dan selingan bunyi pedang saling bergesel bersilih ganti kedengaran. Diikuti dengan derap kaki para tentera berkawad dalam barisan menuju ke suatu tepat dalam kumpulan.
Bersama bakul berisi makanan dan snek sambil ditemani dua dayang, Puteri Mara Ferin jalan melintasi deretan khemah yang ada sebelum membelok ke kanan lorong di barisan kedua khemah yang ada. Seperti sudah biasa dengan keadaan di kem tersebut, Puteri Mara sedikit pun tidak kelihatan kekok malah bersahaja dia melewati para tentera yang kebetulan jalan di laluan yang sama.
"Selamat petang tuan puteri.."
"Hai...selamat petang semua.."balas Puteri Mara apabila dirinya di sapa oleh para tentera di situ. Dia memberi anggukan kecil setiap kali dia bersapa dengan mereka.
Tiba-tiba seorang dayang berlari anak ke sisi Puteri Mara sebelum berbisik rapat padanya.
"Bertuah tuan puteri kan, satu kem sudahpun mesra dengan kehadiran tuan puteri ke sini.."Dayang Rean berbisik di sebelah Puteri Mara.
Dengan lebar Puteri Mara tersenyum. Mestilah. Selama ini dia adalah penyokong nombor satu Ryu! Jadi semua orang mesti la kena tahu dirinya siapa buat Ryu nanti.
"Betul tu tuanku...rasanya tiada sesiapa dalam Xenthopia boleh serapat ni dengan Tuan Ryu Fury seperti mana tuanku rapat dengan beliau."'tambah Dayang Lily pula.
Terpancar riak bangga di wajah Puteri Mara.
Semua orang di tempat ini mengenali sikap dingin dan kurang mesra Ryu. Jadi kalau hendak mendekati Ryu bukan perkara yang mudah buat sesiapa terutama sekali orang perempuan. Kalau tidak di hiraukan, pasti di jeling dengan tajam. Itulah Ryu.
Tapi lain pula ceritanya dengan Puteri Mara Ferin. Sejak Puteri Mara mengenali Ryu lima tahun yang lalu, sejak itu mereka berdua rapat dan mesra antara satu sama lain. Sangat la lain dari khabar angin yang sering tersebar mengenai Ryu selama ini.
"Selamat petang tuanku!"tabik pengawal yang berjaga di laluan masuk kawasan berlatih tentera.
"Ryu ada?"Puteri Mara beri senyuman mesranya seperti biasa.
"Ada tuanku...silakan.."pengawal itu memberikan laluan buat Puteri Mara dan dayang-dayangnya tidak lama kemudian.
Ketiga-tiga wanita itu pun berjalan masuk ke dalam petak dimana ramainya para tentera dan pahlawan naga sedang bergelut dan berlatih dengan peralatan perang masing-masing. Ada yang berpakaian lengkap tentera ada juga yang mengenakan seluar combat sahaja. Membiarkan badan terdedah tidak beralas.
Waktu itu di meja kayu menghadap petak latihan, duduknya Ryu di bawah teduhan kecil khemah. Sedang tekun menulis sesuatu di dalam skrol yang terbentang atas meja tu.
"Ehem!"Puteri Mara membawa kepalan penumbuk di depan mulut sebelum itu. Berharap dapat menarik perhatian Ryu.
Skrit!
Skrit!
Skrit!
Sibuk tangan kanan yang memegang bulu pelepah itu mencoret atas kertas kulit skrol tersebut.
"Ryu.."panggil Puteri Mara akhirnya setelah melihat Ryu sedikit pun tidak tersentak.
"Ya saya."sambut Ryu mengangkat kepala dari menunduk. Sekali bila dia bertentang mata dengan Puteri Mara, dengan lebar dia tersenyum. "Tuanku..."
"Hahah...saya menganggu ke?"
"Tidak. Saya hanya membuat catatan harian saja. Apa yang buatkan tuan puteri datang ke sini?Dalam keadaan panas pula tu?"Ryu bangun dari situ untuk berdiri di hadapan Puteri Mara.
Dayang Lily muncul di sisi. Dia memegang bakul yang berisi makanan dan snek mereka sediakan dari istana Utama tadi. Lantas bakul itu diserahkan kepada Puteri Mara.
"Ini...saya teringatkan awak di sini jadi saya bawakan awak sedikit makanan dan snek untuk kudap-kudapan."bakul tadi Puteri Mara ambil dari dayangnya lalu di serahkan kepada Ryu Fury.
"Terima kasih...buat susah-susah tuanku aje. Kalau macam tu, mari la makan bersama dengan saya sekali."pelawa Ryu saat mencapai bakul tersebut sambil memegang tepi lengan kanan Puteri Mara.
Blushing bagaikan nak apa, Puteri Mara langsung tidak dapat mengawal senyuman di bibir waktu itu. Lekas-lekas dia mengangguk. Gembira kerana Ryu tidak menghalau dia pulang sebaliknya mempelawa dia untuk sertai lelaki itu.
"Tak menganggu awak ke?Kalau sibuk mungkin di lain masa aje saya ke sini."
Sambil Ryu memimpin Puteri Mara ke kerusi kosong di situ, dia ketawa kecil. "Apa yang nak di sibukkan sangat. Kalau ianya mengenai Puteri Mara, semuanya boleh...marilah."selorohnya.
Semakin menjadi-jadi degupan jantung dalam dada Puteri Mara kerana gembira bukan kepalang. Dia suka bila Ryu pandai mengambil hatinya. Ini membuatkan dia semakin yakin yang Ryu juga mempunyai perasaan suka sama seperti yang dirasakannya!
"Baiklah kalau begitu."angguk Puteri Mara saat menghenyak punggung di kerusi rotan sebelah kerusi Ryu di meja kerja lelaki tersebut.
Dayang Rean kemudian bantu untuk menghidangkan makanan keluar dari bakul tu ke atas meja. Sambil tu dibantu Ryu.
"Raja Emmett memerlukan bantuan dari saya ke sampaikan tuan puteri turun sendiri menemui saya?"soal Ryu sewaktu dia menyuakan pinggan berisi buah pisang kaki kering kepada Puteri Mara.
Dengan sopan santunnya Puteri Mara mencapai satu daripada buah pisah kaki kering tu dari pinggan namun tidak lepas dari menatap wajah kacak Ryu di sebelahnya. Makin jatuh cinta dia pada lelaki ini. "Sebenarnya saya yang ada permintaan kecil."
Setelah selesai mengaturkan meja, Dayang Rean dan Dayang Lily kemudiannya berdiri di bahagian tepi tempat itu. Menghadap kawasan dimana jejaka gagah sedang berlatih. Mula la mereka berdua berbisik sesama sendiri dan mencuci mata dengan pemandangan dihadapan mereka.
"Permintaan apa?"Ryu pandang dengan kening terangkat tinggi. Sambil tu mulutnya mengunyah perlahan akan makanan yang dimakan tadi.
Tanpa sedar, Puteri Mara mengopek kecil akan kulit buah pisang kaki kering ditangannya kerana berasa gugup hendak menyatakan keinginannya. Dia takut kalau-kalau Ryu akan menolaknya. "Tidak lama lagi akan ada majlis tari menari sempena musim bunga nanti. Kalau awak tak kisah, boleh Ryu jadi teman saya pada malam tu?"
"Oh itu aje ke?Saya ingatkan hal penting apa tadi..."Ryu pun memberikan senyuman kacaknya ke Puteri Mara. "Sudah tentu. Kalau itu yang tuan puteri mahukan, saya setuju."jawabnya tanpa berfikir dua kali. Riak wajah Ryu tampak bersahaja. Langsung tiada garis serius mahupun dingin.
"Serius?Awak akan temankan saya pada malam tu?"bersinar terang mata Puteri Mara selepas dengar. Dia langsung tidak menyangka yang Ryu akan menerima permintaannya begitu saja. Dia terlalu teruja mendengar jawapan Ryu sampaikan Puteri Mara tidak menyedari tangannya sudah berada di atas tangan Ryu pada peha kiri lelaki tersebut.
"Mm...Serius."angguk Ryu sebelum tersenyum lagi. Langsung tidak cuba menolak tangan Puteri Mara di atas tangannya. "Tuan puteri gembira?"
Malu dengan pertanyaan itu, Puteri Mara mengangguk sambil tersenyum memandang ke bawah. Bibirnya terketap nipis.
"Makan la lagi. Nanti boleh saya bawa tuan puteri ambil angin menaiki kuda."ujar Ryu saat menyuakan pinggan berisi kek lapis pula.
"Iya...awak pun makan la sekali."
Ryu mengangguk sambil pandang Puteri Mara dengan senyuman lebar.
Share this novel