Kawasan kem tentera pada tengah hari itu sibuk seperti biasa semasa dia ke situ. Dan berdiri di sebuah palang bendera, Caspian pandang akan kumpulan orang yang lalu lalang di hadapannya dengan muka tidak puas hati sebelum dia melihat orang yang dia ingin temui tidak lama kemudian.
"Ryu!"panggilnya akan lelaki berbaju serba hitam di hadapan laluan Utama bangunan istana.
Kepala itupun berpaling.
Bersama riak serius dia berarak ke arah Ryu. "Boleh kita bercakap sekejap."
Ryu berdiri di situ dengan riak muka bersahaja. Lantas kepalanya di palingkan ke tepi dimana Cadmus dan anak buahnya sedang menunggu. "Kau orang gerak dulu."arahnya.
Serta merta mereka semua pun bergerak pergi dari situ.
"Kenapa?"pandangnya ke Caspian.
Selepas Caspian berdiri di hadapan Ryu, dia berkerut kening tidak puas hati lantas bertanya. "Apa yang berlaku dengan Aerin?Mana kau bawa dia pergi?"
Mata Ryu naik turun memandang Caspian sebelum tersengih mengejek. "Kenapa kau nak tahu?Kau teman lelaki Aerin ke?"
"Aku tanya tu jawab. Jangan bila orang tanya kau jawab dengan soalan."
"Hahaha...."Ryu ketawa kerana cara Caspian bercakap sama seperti Aerin bila gadis itu bercakap dengan dia. "Aku rasa bukan kewajipan aku untuk jawab soalan kau tu. Lagipun suka hati aku nak bawa Aerin ke mana, apa urusannya...hal aku. Kau nak tahu kenapa?"
Rahang Caspian berketik. Mata lelaki itu berkerlipan jingga dengan sinar hijau apabila tangannya berkepal dalam penumbuk.
Terangkat kening Ryu selepas lihat akan mata Caspian. Bukan terkejut tetapi terpegun.
"Aku nasihatkan kau untuk jauhkan diri dari Aerin."ketap Caspian dengan serius. "Kau dah pun bersama dengan Puteri Mara..kenapa kau dekati Aerin?"
Getaran gelombang tenaga yang Caspian munculkan ibarat geletek halus pada badan Ryu. Membuatkan dia semakin lebar tersenyum. "Kau tahu kuasa kau tu tak beri apa-apa kesan terhadap aku Caspian. Ianya buat aku rasa nak ketawa tau tak.."kerlipan emas turut muncul di mata Ryu.
"Dan aku tak takut dengan kau."ujar Caspian. "Kalau niat kau hanya untuk sakiti Aerin, aku sarankan kau jauhkan diri dari dia."
Wah....dia sampai tak terkata dibuatnya. Ryu pandang lucu akan Caspian sebelum ketawa kecil.
"Ada yang kelakar ke?Berhenti ketawa macam kau seorang yang mesra! Kau fikir hanya disebabkan Raja Emmett menggemari kau, aku perlu rasa takut seperti orang lain rasakan setiap kali berhadapan dengan kau?Kau silap Ryu!"
"Kalau macam tu kenapa kau marah bila aku dekati Aerin?Tak ke sama dengan takut sebab kau tak nak Aerin bersama dengan aku?Sama aje la yang kau takut sekiranya aku miliki dia."
"Sebab aku tahu lelaki seperti apa kau ni!"Caspian menganjak ke depan hampir hendak terpa Ryu dan tumbuk muka berlagak itu."Aku tak tahu kenapa kau mahu dekati Aerin. Tapi aku beri amaran. Kalau kau sakiti dia aku takkan teragak-agak ambil tindakan terhadap kau.."
"Wooo...takutnya. "agah Ryu tidak serius. Dia berasa semakin lucu dan tidak tercabar dengan ugutan Caspian tersebut. "Oh iya ke. Kau yakin kau boleh kalahkan aku?Sebab kalau kau sakiti kau, itu bermakna kau sakiti Aerin."dia lantas menarik sengih meleret.
"Sejak bila kau rapat dengan Aerin?Kenapa kau bawa dia pergi macam tu aje malam tadi!?"
"Aik?Kau suka dia...takkan la satu perkara tentang dia kau tak tahu?"
"Jawab aku Ryu..bukan tanya soalan!"
"Aku dan Aerin satu akademi. Dia adalah protégé master yang mengajar aku dulu. Kami berkenalan sejak kecil lagi. Tapi baru kembali rapat tak lama sebelum ni...kau?Berapa lama dah kenal Aerin?"
Tiga tahun lepas. Caspian mengetap gigi dengan kuat. "Ke mana kau bawa Aerin?"
"Bukan urusan kau untuk ambil tahu. Ianya antara aku dengan dia."
"Kau memang nak cari masalah kan?"
"Kalau ya apa kau akan lakukan buat?"
Untuk sesaat Caspian hampir sahaja hilang kawalan kepada Ryu waktu itu. Dalam kepala waktu itu dah terbayang macam-macam apa yang dia mahu lakukan pada Ryu! Lelaki berlagak ni!Ingat dia gentar?Kalau la Ryu tahu apa akan berlaku tidak lama lagi, lelaki ini tidak akan tunjuk berlagak dihadapannya.
Andai kata peperangan tercetus, Ryu adalah sasaran pertama yang akan dia hapuskan!Kepalan penumbuk di dalam genggaman.
"Kau tak tahu apa yang aku akan lakukan nanti Ryu."beritahu Caspian dengan tangan berkepal dalam genggaman.
Ryu pandang Caspian sebelum menarik nafas dengan dalam lalu dihela panjang sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Matanya melilau sekitar kawasan tersebut sebelum kembali memandang Caspian. Dia pun tertanya-tanya siapa ya yang boleh mengalahkan dia.
"Kalau kau nak, aku terbuka untuk sparring dengan kau..Lagipun aku dah lama tak bertarung dengan naga yang setanding dengan aku?"
"Kau ingat aku akan sertai permainan kau tu?"
"Bukan...kalau kau beria sangat nak berebutkan Aerin dengan aku, aku okay je.."
"Berebut?Sejak bila Aerin milik kau!"Caspian cekau kolar baju Ryu!
Pada masa itulah anak buah Ryu yang berdekatan melihat kejadian itu. Mereka bergegas ke arah Ryu dan Caspian sebelum masing-masing cuba meleraikan dua orang tersebut.
"Kau tak tahu ke?"tambah Ryu lagi yang semakin galak hendak melihat reaksi marah Caspian terhadapnya. Sebab dia berasa puas bila tengok lelaki yang begitu suka pada Aerin tak berpeluang lagi untuk bersama langsung. "Dia dari awal lagi dah jadi milik aku."pandangnya dengan penuh maksud ke Caspian.
"Tak guna!"Caspian angkat penumbuk lalu di hayun tempat ke muka Ryu.
"Hentikannya Caspian!"
Kepala Ryu pun berpaling ke kanan. Tepi bibirnya berdarah.
"Lepaskan aku la!"gelut Caspian dalam kekangan mereka. Kaki dan tangannya berusaha hendak melepaskan diri.
Sementara Ryu berdiri di situ sambil mengesat darah dari bibirnya yang pecah. Tak guna betul!Kalau bukan kerana memikirkan Aerin, memang dah lama dia sakiti Caspian sekarang jugak! Bila dia lihat darah di tangan, matanya terus naik memandang Caspian. Sedikit pun tidak berasa sakit tetapi suka kerana dapat lihat reaksi sebegini dari Caspian.
"Tuan tak apa-apa?"Camdus muncul tidak lama kemudian. Lelaki itu dengan cemas memandang Caspian lalu ke Ryu semula.
"Aku tak apa-apa. Bawa dia keluar dari sini. Jangan benarkan masuk ke dalam kawasan kem tentera ni lagi."beritahu Ryu sebelum melangkah pergi dari situ.
"Baik tuan!"
"Hei!Kau nak ke mana hah!Kembali sini!Biar aku pecahkan muka berlagak tak guna kau tu!Aku sumpah Ryu!Kau sentuh Aerin!Aku akan buat kau menyesal!"teriak Caspian dengan lantang.
Bersama muka kebengangan Ryu berarak ke depan sambil ditemani Cadmus di samping. Sambil itu juga dia jilat bibirnya yang luka.
Hidung Caspian kembang kempis. Dadanya naik turun kencang. Betapa marahnya dia waktu itu.
"Apa yang berlaku ni Caspian?Kau dah hilang akal ke sampai kau serang bakal menantu Raja Emmett tu?"bicara mereka yang mengekang Caspian tadi.
Tersentak Caspian selepas itu. Dia palingkan kepala dengan terkejut. "Apa maksud kau?"
"Kau tak tahu?Raja Emmett ingin mengahwinkan Puteri Mara bersama Ryu nanti.."
"Bila?"
"Dalam masa terdekat la. Jadi kau kena berhati-hati sikit. Silap masa kepala kau yang dipenggalnya."
"Betul tu..dah la Puteri Mara sayang pada Ryu. Kalau apa-apa berlaku pada Ryu, Puteri Mara pasti takkan mendiamkan diri.."
Mereka di situ mula melepaskan Caspian setelah lelaki itu tidak lagi cuba meronta-ronta.
"Dari mana kau dengar semua ni?"Caspian lirik setiap wajah di hadapannya seorang demi seorang bersama kening berkerut tidak faham.
"Satu istana tahu tentang hal ni. Kau yang duduk di samping Raja Emmett takkan la tak tahu pulak?"
Mana la dia tahu. Bukan semua urusan peribadi Raja Emmett dia dibenarkan untuk sertainya. Hanya urusan rasmi sahaja dia boleh ikut. Selebihnya urusan bendara dan penasihat raja sendiri!
Ryu berkahwin dengan Puteri Mara?Lelaki tu?Yang beria cakap tentang Aerin!?Wahh!Melampau betul! Dah nak kahwin pun masih mahu berebutkan Aerin dengan dia!?
Share this novel