CHAPTER 49 : Hasrat.

Fantasy Completed 5425

Ryu diam termenung memandang keadaan bangunan akademi yang sedang terbakar dan telah musnah kerana serangan Brianna tadi. Mengenang segala memori yang tercipta di dalam akademi telah membuatkan dia berasa terkilan. Kalau la dia datang lebih awal mungkin mereka di dalam akademi itu dapat diselamatkan dan tempat ini tidak di musnahkan.

           "Tuan.."muncul lelaki berambut panjang ikat satu ke belakang. Lelaki itu adalah seorang daripada empat naga yang mengiringi Ryu.

           "Kenapa?"menung Ryu lagi.

           "Kami cuba mengesan keberadaan Caspian dan Bishop Harman, tetapi gagal. Apa yang tuan mahu kami lakukan?"bisik Rufus perlahan di tepi Ryu.

Hela nafas kesal sekali lagi lepas dari bibirnya. Lantas Ryu tunduk mengurut tapak tangan kirinya. Sakit yang dirasai pada lambing naga di situ memberitahu Ryu bahawa Aerin benar-benar dalam kesakitan saat ini. Tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tubuhnya juga lemah kerana sudah berjauhan lama dengan Drago Rider dia itu. Jadi dia tak boleh gunakan kuasa sepenuhnya untuk mencari Aerin.

            "Tak perlu cari...mereka sendiri akan munculkan diri."balas Ryu sebelum berpaling dari pemandangan akademi yang sedang terbakar. Dia yakin yang Caspian telah memberitahu kepada Bishop Harman mengenai kehadiran dia di sini. Kalau bukan malam ini serangan dilancarkan, maka esok."Arahkan ke semua tentera untuk berkumpul. Beritahu mereka akan berlaku pemberontakkan di antara kita dan Bishop Harman."

Sebolehnya dia mahu menakluk Xethen tanpa sebarang pertumpahan darah. Jika peperangan tidak dapat dielakkan, maka tiada apa-apa yang dapat dia lakukan. Pelan asalnya hanya untuk merampas taktah Raja Emmett dan buang orang tua itu jauh ke pulau terbiar. Tapi Bishop Harman ada pelan lebih menarik dari tu.

           "Di mana mereka perlu bersedia?"

           "Mana yang ahli sihir gerak ke pos setiap   sempadan tembok, tentera biasa gerak berkumpul di hadapan tembok Utama. Sementara para naga arahkan saja mereka untuk bersiap siaga sehingga saya memberi arahan."

           "Baik tuan."

           "Dimana Camdus?"

           "Ketua Camdus bersama dengan Raja Emmett dan Puteri Mara seperti yang tuan arahkan."Rufus beritahu.

Ryu kini sudah tiba di sebuah bilik bawah tanah yang dijadikan sebagai tempat persembunyian Raja Emmett dan Puteri Mara. Tanpa menegur sesiapa dia ambil tempat di kerusi yang tersedia lantas menghadap dua beranak yang kelihatan gusar dan gelisah. Kakinya bersilang dan badannya di sandar malas ke belakang.

Hah~~

Letihnya la!

            "Ryu..."senyum Puteri Mara kelegaan. Matanya bersinar penuh gembira. "Awak datang."

             Raja Emmett berkerut kening tidak mengerti taktala dia memerhatikan gerak tubuh Ryu ketika itu. "Apa yang berlaku Ryu?Adakah kamu telah menemui Bishop Harman?"

Ugh!Menjengkelkan!Ryu buat muka tidak suka.

             "Tak."jawabnya malas.

             "Bagaimana beta boleh terlepas pandang mengenai hal ini?Siapa sangka yang kita akan mempunyai duri di dalam daging?Orang yang beta percayai adalah orang sama yang mengkhianati kepercayaan beta."keluh Raja Emmett dengan kesal.

             Tidak semena Ryu ketawa. Lelaki itu pandang lucu ke Raja Emmett. "Mana la nak perasan...kalau diri tu sibuk dengan kesenangan sendiri."ujarnya.

              "Ryu...kenapa awak cakap macam ni?"tegur Puteri Mara. Dia agak terganggu dengan cara Ryu bercakap. "Awak sedar tidak dengan siapa awak sedang bercakap sekarang?"

              "Mestilah. Aku tengah bercakap dengan satu-satunya lelaki yang menjadi punca semua ni terjadi. Bukan keseluruhannya la tapi hampir keseluruhannya"

             "Apa maksud kamu?"Raja Emmett semakin tidak faham. "Kamu merujuk tentang apa?"

              "Tuanku benar-benar tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?"kening Ryu berkerut sedikit. Renungan lelaki itu terarah marah ke Raja Emmett.

              "Harman Arion adalah Dragon Rider yang kematian naga dia sewaktu peperangan yang terjadi 20 tahun yang lalu. Maka untuk membalas kematian naganya dan juga kemusnahan Kerajaan Naga Lambang Merah, dia ambil keputusan untuk mengambil anak-anak Yatim yang menjadi mangsa peperangan tersebut menjadi pelajarnya. Kemudian merangkak setiap rancangan satu persatu demi menjatuhkan kerajaan ini."Ryu menilik ke wajah bungkam Puteri Mara. "Mesti seronokkan hidup mewah dengan hasil titik darah orang lain."

               "Ryu...kenapa ni?Awak menakutkan saya. Kenapa awak cakap macam ni?"air mata bertakung di tubir mata Puteri Mara. Gadis itu begitu tergamam yang amat sangat.

               "Adakah kamu sebahagian daripada rancangan Bishop Harman juga??"tanya Raja Emmett selepas itu.

               "Bukan. Saya adalah sebahagian daripada cebisan yang tersisa semasa peperangan terjadi di Stone Hill lama dulu. Tuanku masih ingat?"

Masa itulah kening Raja Emmett terangkat tinggi selepas lelaki itu membutang mata terkedu. Huh?Tak mungkin!

              "Sepatutnya pelan ni aku jalankan selepas berkahwin dengan Puteri Mara. Tapi orang tua tak guna tu dah rosakkan semuanya. Nak tak nak terpaksa la aku dedahkan dengan cara macam ni." perlahan-lahan Ryu mengubah duduknya. Dari bersandar kepada menyondong ke depan. "Kenalkan. Aku adalah Ryu Hunter Evans, putera sulung dan pewaris kerajaan Stone Hill yang tuanku telah gulingkan lama dulu."beritahunya.

Masa itulah Puteri Mara tersedar. Realiti menghentaknya seperti hentaman baru yang berat ke atas kepala. Dia begitu terkejut.

               "Ka-kamu?"

              "Ya. Betul la tu."

              "Tapi beta dah pastikan tiada siapa terselamat sewaktu serangan terjadi?Bagaimana ada yang tersisa?"

Ryu menjungkit bahu. Dia manalah tahu macam mana kerajaan Naga Lambang Merah ada yang terselamat sehingga sekarang. Apa yang pasti orang tua depannya ini memang dalam masalah besar!

             "Ryu...beta musnahkan Kerajaan Naga Lambang Merah kerana mereka hapuskan manusia dari kerajaan ni. Selaku pemerintah beta akan ambil apa saja cara demi pertahankan penduduk beta."

             "Berhenti berlagak seperti tuanku adalah mangsanya. Tuanku sendiri seorang yang tamak. Kenapa nak libatkan orang lain?"

              "Jadi kamu pun akan khianati beta. Seperti mana Caspian dan Bishop Harman lakukan?"Raja Emmett begitu kecewa dan berasa sangat dikhianati.

               "Kelihatannya begitu la. Tapi aku ada cadangan.. tuanku nak dengar?"

Kening Puteri Mara berkerut-kerut kerana masih lagi dalam kondisi terkejut yang amat sangat sampaikan dia tidak dapat memproses dengan baik apa sedang terjadi di hadapannya saat itu.

              "Sekarang ni pilihan tuanku ada dua sahaja. Lepaskan Xethen kepada Stone Hill atau biarkan ia dimusnahkan menjadi padang jarak padang terkukur dengan tentera Bishop Harman?"cadang Ryu. "Aku sendiri sebenarnya tak berminat nak habiskan tenaga dan kuasa untuk peperangan ni sebab yalah buat aku nak bantu orang yang dah musnahkan kehidupan datuk dan nenek aku.. Sekarang pilih.."

              Cepat-cepat Puteri Mara bangun. Wanita itu  terus melutut di atas lantai menghadap kaki Ryu. "Awak....tolong. Jangan begini...itu dulu. Serangan yang berlaku semua atas pimpina datuk saya."

              Ryu menjeling ke Puteri Mara. Dia tidak terkutik pun dengan pujuk rayu tu. "Ianya tak bawa beza. Datuk kau ke ayah kau ke...ianya tetap membawa kepada kemusnahan negeri yang datuk aku susah payah bina."

              "Jangan begini Ryu. Selama ini beta melayani kamu dengan baik seperti anak beta sendiri. Kamu boleh ubah semua ini.."rayu Raja Emmett.

              Ryu diam termenung taktala tapak tangan kiri mula berdenyut lagi. "Tuanku tak nak??"

               Raja Emmett diam merenung tatapa mencabar Ryu. Dia langsung tidak berani hendak mengalihkan mata mahupun menelan air liur. Adakah benar dia sudah tiada pilihan lain!? "Tidak. beta tidak akan menyerahkan taktah beta kepada kamu atau Bishop Harman!"tegasnya.

               "Baiklah kalau begitu. "tanpa berbidas Ryu terus setuju. "Saya doakan semoga berjaya kepada tuanku untuk pertahankan Xenthopia ni."tanpa berlengah dia pun bangun dari situ. Ryu malah sedikit pun tidak menghiraukan Puteri Mara di tepi kakinya.

Tak!Tak nak!Dia tak mahu!Puteri Mara menggeleng kepala protes .

               "Tunggu Ryu!Jangan tinggalkan saya begini!"kaki Ryu dipegang Puteri Mara. Membuatkan Ryu berhenti dari melangkah. Bersama linangan air mata turun dari tepi mata, Puteri Mara dongak ke atas. Berharap Ryu memandangnya saat ini. "Adakah selama ni awak dekati saya, layan saya dengan baik dan semua kata-kata manis hanyalah lakonan semata-mata?"

              "Patut ke aku katakannya sendiri?"tunduk Ryu  ke bawah waktu itu.

              Teresak kesal dengan jawapan Ryu, Puteri Mara terus menjatuhkan tangannya dari kaki Ryu dan kepala tergantung penuh kekecewaan. "Sampai hati awak Ryu.."esaknya dengan sebak.

Bukan suatu masalah buat dia sekiranya Raja Emmett enggan menyerahkan taktah sekarang. Sebab Ryu yakin, nanti cepat atau lambat orang tua ini akan merangkak mencari dia semula.

              "Ayuh pergi dari sini."beritahu Ryu kepada Camdus yang sejak tadi berdiri di tepi pintu masuk.

Buat kali terakhir Camdus kerling ke Raja Emmett dan Puteri Mara. Kasihan?Sudah tentu tidak!Keturunan Raja Emmett telah melakukan banyak kerosakkan sepanjang legasi lelaki itu memerintah. Jadi melihat keadaan kasihan mereka sedikit pun tidak buatkan Camdus simpati terhadapnya.

Keluar sahaja dari situ, Rufus, Camdus dan mereka yang lain jalan di belakang Ryu. Melalui kawasan berlorong kecil yang kecil bawah tanah sehingga tiba di anak tangga yang membawa mereka ke tingkat atas.

             "Beritahu mereka untuk stay down. jangan lakukan apa-apa sehingga aku beri arahan."beritahu Ryu menarik glove dari tangan kiri dengan rimas. .

            "Baik tuan."angguk Camdus.

             "Dan kau Rufus....arahkan naga yang lain yang datang bersama kita tadi untuk berlindung di belakang bukit Silver Wasp Woodsland."tambah Ryu lagi.

              "Saya dengar tuan."sambut Rufus pula.

Maka berpecah la mereka semua secara serentak ke arah yang berlainan. Dua daripada mereka ke kanan, dua lagi ke kiri. Sementara Ryu maju ke depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience