"Apa dia tadi?"menjegil mata Arran selepas dengar apa yang disampaikan. Buang tebiat apa! "Master..master nak saya jalankan misi dengan Aerin?"tundingnya ke Aerin di sebelah.
Sementara Arran beri reaksi terlebih, Aerin dekat situ sedikit pun tidak kelihatan terganggu dengannya.
Bishop Harman mengangguk kepala. "Ya. Kamu tak salah dengar Arran."
"Master...ramai-ramai orang dalam akademi ni kenapa saya kena buat kerja dengan perempuan menjengkelkan ni!Saya tak nak!"bidas Arran bersungguh-sungguh.
"Tapi ini adalah tugasan rasmi diraja. Bukan ke kamu bertekak dengan Aerin kerana dia dapat jalankan tugas rasmi diraja tidak kamu. Ini saya dah beri peluang kepada kamu...kamu tak nak pulak?"kening Bishop Harman berlapis.
"Memanglah..tapi bukan dengan perempuan ni!"
Aerin di situ sejak tadi hanya diam tidak mengatakan apa-apa. Tangannya ada di belakang badan. Pandangannya terarah pada bingkai gambar dua ekor kucing yang terletak atas meja depannya. Tadi selepas dia tamat kelas, Bishop Harman panggil untuk naik ke pejabat. Ingatkan hal penting apa yang nak diberitahu, rupa-rupanya berita buruk yang dibagi.
Kalau Arran tidak suka bekerjasama dengan dia, inikan lagi dia.
Aerin buat muka tidak kisah sewaktu Arran dekat sebelah tidak berhenti dari berhujah.
"Tak nak. Master suruh aje Dragon Tamer lain yang ganti tempat Aerin. Saya tak nak bekerja dengan dia. "
"Kalau begitu saya akan gantikan kamu dengan orang lain la."
"Kenapa saya pulak yang kena di ganti...sepatutnya perempuan ni..ni hah!"tunding Arran lagi ke Aerin seperti gadis itu penyakit berjangkit buatnya.
Bishop Harman menggeleng kepala. Dia malas hendak melayan rungutan Arran. Dia sendiri ada banyak kerja perlu disiapkan. "Ini skrol untuk kamu Aerin. Pastikan kamu pulang dengan selamat ke sini selepas selesai nanti."
Dengan tertib Aerin mencapai skrol tersebut. "Baik master."
Rahang Arran tergantung. Mata bulat lelaki itu membulat saat perhatikan skrol di tangan Aerin dipegang gadis itu.
"Mana boleh!"cepat-cepat dia pegang skrol tu sebelum pandang ke Bishop Harman. "Master tak boleh lakukannya begini. Master yang tawarkan tugasan ni kepada saya. Kenapa Aerin pula yang jadi ketua.."
Aerin pandang Arran. Kalau dia lempuk skrol ni dekat muka lelaki ni boleh tak?Makin menipis la tahap kesabaran dia dengan sikap Arran lama-lama begini.
"Arran...kamu mahu lakukannya atau tidak?"tanya Bishop Harman.
"Sudah tentu.."cepat-cepat Arran mengangguk.
"Kalau begitu selesai. Apa lagi yang hendak dijadikan isunya."
"Kenapa saya tak boleh jadi ketua?"
"Sebab Aerin Dragon Tamer yang rasmi. Sudah. Saya enggan meneruskan perbualan ni. Kamu berdua boleh keluar."Bishop Harman kembali duduk di kerusi. Lelaki itu mula membuka skrol yang ada untuk di semak.
Aerin sekali lagi memberi tundukkan kecil kepada Bishop Harman sebelum berpaling ke arah pintu. Mahu tak mahu Arran kemudiannya menyusul.
Mereka berdua akhirnya berdua di koridor tersebut.
"Woi...asal kau tak cakap apa-apa dekat dalam tu?Kau dengar kan aku tak nak kerja dengan kau?"Arran menunjal belakang bahu Aerin dengan hujung jari telunjuk kegeraman.
Tidak menghiraukan Arran, Aerin diam memandang ke depan tidak mendengarkannya. Ini kerana fikiran dia penuh tentang Ryu. Sejak keberangkatan Ryu, Aerin tidak dapat berhenti dari memikirkan tentang lelaki tu. Di mana Ryu?Ke mana Ryu?Sedang buat apa Ryu?Tak apa-apa ke?Dua hari dah berlalu sejak Ryu pergi.
"Eh..eh..perempuan ni kan!"tidak semena Arran berdiri di hadapan laluan Aerin. Memandang Aerin dengan kening mencerlung. "Kau buat tak dengar aku lagi ya!?"
Bersama renungan tidak berminat, Aerin tenung tepat ke Arran. "Apa kau nak?"
"Aku tanya asal kau tak cakap apa-apa dekat dalam tadi?Kau boleh aje mintak master untuk drop kau dari kerja ni dan bagi aku uruskannya!"
"Suka hati la...kau ingat aku macam kau ke memekak tak tentu pasal macam ayam betina telur sebiji kecoh sekampung?"
"Suka hati kau?Hei perempuan... kau ni makin lama makin berlagak kan!"marah Arran. "Tak kira. Ketua kerja ni adalah aku. jadi kau kena dengar arahan aku!"skrol ditangan Aerin itu di rampas serta merta.
Tanpa mengatakan apa-apa Aerin membiarkannya. "Apa-apa je la... "ujarnya berjalan melewati Arran begitu saja. Langkahnya di atur selangkah demi selangkah ke depan dengan harapan dia dapat temui Ryu secepat mungkin!
Arran yang ditinggalkan berpaling ke Aerin. Dia pandang belakang kepala itu dengan riak bingung dan tidak faham. Kenapa Aerin tidak melawan seperti biasa?Kenapa gadis tu begitu bersahaja dan langsung tidak cuba untuk melawan?Sengaja nak tunjuk baik la tu kononnya. Menjengkelkan betul!
Selepas membuat persiapannya, Aerin bertemu dengan Arran pada petang itu di hadapan akademi untuk bertolak ke lokasi dimana misi mereka bakal di jalankan. Kebetulan semasa Aerin baru saja naik ke atas kuda, Caspian muncul.
"Dah nak bertolak ke?"tegur Caspian dengan dua orang pengawal diraja di samping.
Bersama tundukkan kecil Aerin menyapa Caspian dengan formal. "Ya.."
Arran berkerut kening, matanya melirik akan Caspian lalu ke Aerin. "Tuan hendak menghantar kami ke?"dia menyampuk.
Mata Caspian terus beralih ke Arran. "Tidak. Saya datang hendak menemui Bishop Harman. Ada beberapa urusan yang perlu kami selesaikan."senyumnya selepas itu.
Tidak mengerling akan Caspian, Aerin diam di situ memandang ke depan. Tangannya erat mencengkam tali cekang kuda. Pesan Ryu bermain dalam fikiran dia tidak berhenti. Mujurlah dia tidak berdua saja dengan Caspian dengan adanya Arran sekali.
"Bishop Harman?"kening Arran terjungkit hairan. Sejak bila dua orang ni rapat?
Caspian menarik sengih meleretnya sebelum memandang Aerin. "Semoga berjaya. Saya harapkan misi kamu berdua berjalan lancar. Aerin.."
"Terima kasih."angguk Aerin tanpa memandang Caspian lagi.
Arran buat muka sewaktu pandang curiga akan Aerin dan Caspian. Memangnya dua orang ni ada sesuatu ke? "Kalau macam tu kami gerak dulu.."
"Selamat jalan kalau begitu."angguk Caspian kepada Arran.
Tanpa berlengah Aerin pun mula menggerakkan kudanya supaya berjalan dari situ sambil diperhatikan oleh Caspian.
Taktala mereka sudah jauh ke depan, Arran ambil keputusan untuk bersuara selepas mereka diam tidak mengatakan apa-apa.
"Kau dengan Caspian tu ada apa-apa ke?"
Aerin tidak menjawab.
"Aku tengok macam ada sesuatu aje antara kau orang berdua?Kekasih?atau bekas kekasih?Yalah...Angnath kan anak murid kau. Caspian tu abang budak yang selalu datang tegur kau selama ni.."
"Boleh tak kau diam?"paling Aerin ke kirinya memandang Arran menunggang kuda di sisi itu. "Tak penat ke bercakap?Aku yang dengar ni pun penat tau tak?"
"Aku tanya aje kan..kau nak menyentap kenapa?"jeling Arran selepas itu.
Aerin menjuling mata menyampah. Dia masih tak habis fikir, kenapa Ryu arahkan dirinya menjauh dari Caspian dan Bishop Harman?memangnya ada sesuatu yang Ryu tahu tapi dia tak tahu ke?
Selepas dimarahi, Arran tidak lagi bercakap. Lelaki itu ambil keputusan untuk mendiamkan diri.
Share this novel