Tap!
Tap!
Tap!
Tapak kasut Aerin menghentak Jubin berkilat dengan lekas semasa gadis itu menyarungkan mantel ke atas bahu.
Air mukanya jelas kelihatan terganggu dengan apa yang baru di dengar dalam dewan tadi.
Jantung di dalam dada berdegup seakan mahu meledak kerana betapa sakitnya yang dirasai olehnya setiap saat berlalu. Ryu sendiri mengakui lelaki itu menyukai dia. Tetapi lelaki memilih untuk bersama dengan Wanita lain bukan tetap pada pendirian!
Dah buat dia macam ni, bolehnya Ryu lepas tangan seakan dia ni hanya tempat persinggahan sementara lelaki tu!
Tali pada mantel diikatnya sebaik saja dia keluar dari kawasan istana. menuju ke arah tangga di situ dengan marah-marah.
Memang dia takkan benarkan Ryu dekati dia apalagi menyentuh dirinya lagi!
"Aerin!"
Tersentak Aerin. Dia pantas mengangkat kepala. Bila dia pandang Caspian sedang berlari anak ke arahnya dari satu daripada Lorong di koridor istana. Serta merta langkahnya mati.
Caspian.
"Maafkan saya sebab saya lewat...awak dah nak balik?"tanya Caspian semasa mendekat.
Sedaya upaya untuk tidak menangis di situ, Aerin tarik nafas dengan dalam sebelum mengangguk kepala. Dia sendiri yang beritahu Ryu dia tidak menyukai lelaki itu, tapi kenapa akhirnya dia yang kecewa!?
"Saya cari awak dekat dalam tapi tak nampak awak...itu saya nak balik dulu."
Tidak menunjuk reaksi serba salah atau cemas, Caspian hanya tersengih kekok.
"Ada beberapa urusan yang saya perlu lakukan tadi. Itu yang saya lewat turun..."beritahu Caspian sebaik berdiri melangit di hadapan Aerin. senyuman terukir di bibir. "Marilah kita masuk kalau macam tu?"ajaknya saat mengangkat tangan mahu memegang lengan kiri tu.
Memang tak la dia nak masuk semula ke dalam!"Tak perlu.."Aerin mengundurkan diri ke belakang. Enggan di sentuh. "Saya nak balik. Maafkan saya Caspian."pandangnya berkaca ke wajah ceria itu.
Adakah Aerin telah mendengar pengumuman itu?Caspian tersenyum nipis. "Kenapa?Awak tak sihat ke?"
Kening Aerin berkerut.
Waktu itu air mata mula mengancam mahu mengalir di tubir mata. Dia tak tahu kenapa dia sedih sedangkan dia tidak patut sedih kerana dia sendiri yang menolak perasaan Ryu sejak awal lagi. Tapi sekurang-kurangnya Ryu patut tunggu dan beri dia masa untuk menerima Ryu ke dalam hatinya. Bukan malah bersama dengan Wanita lain macam tu aje!
"Saya tak boleh teruskan semua ni lagi Caspian."terketar-ketar suara Aerin semasa berkata."Sebaiknya awak berhenti mengejar saya. Sebab saya tak boleh balas perasaan awak tu..."
"Hah?"bingung Caspian dibuatnya.
"Saya faham kenapa awak lakukan semua ni. Tapi saya tak boleh bersama dengan awak."lafaz dia akhirnya. "Jadi saya harap awak berhenti berharap pada saya dan berhenti menyukai saya."tambah Aerin sebelum menundukkan pandangannya ke bawah. Dia tak boleh tahan lagi dari menangis di hadapan Caspian!
Ucapan Aerin telah membuatkan Caspian mengetap gigi. Lelaki itu turut mengepal penumbuk dalam genggaman dengan erat. Bukan ke sepatutnya Aerin menerima dia jika Aerin mendengar pengumuman raja tadi. Tapi kenapa malah dirinya yang di tolak!Mencerun kening dia dibuatnya.
"Kenapa?"Caspian tahu apa alasannya. Tapi dia nak dengar sendiri dari mulut Aerin.
"Sebab saya takkan dapat menyukai sesiapa walaupun saya mahukannya."
SNAP!Suis kesabaran Caspian terpetik. Lelaki itu berasa seakan dirinya mahu meledak di situ juga! Jadi memang benar la Ryu dan Aerin bersama. Dan Aerin memilih Ryu dari dia sendiri yang selama ini perhatian kepadanya!
Kenapa!
Apa bagusnya lelaki berlagak bagus tu!?
"Adakah ianya disebabkan Ryu?"
Aerin pantas mengangkat matanya ke atas semula. "Apa?"
"Awak tolak perasaan saya sebab Ryu bukan?Awak bersama dengan dia?Selama ni saya cuba ambil hati awak tapi awak tak pernah menerima perasaan saya. Semuanya disebabkan Ryu kan?"
Bukan sebab itu. Aerin menggeleng kepala. Sebenarnya, dia menolak sesiapa saja yang hadir ke dalam hidupnya tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab dia dah nekad untuk berhenti menyayangi seseorang. Dia dah penat rasa kehilangan. Dan jika dia mula menyanyangi seseorang perasaan takut akan sentiasa menghantui dirinya. Yang mana dia enggan alaminya lagi.
Tapi Aerin mungkiri nekadnya itu. Disaat dia mahu menerima seseorang semula dalam hidupnya, dia berakhir dengan dikhianati semula.
Mujurlah dia tidak berharap lebih dalam pada Ryu lagi.
"Bukan sebab sesiapa Caspian." jujurnya. "Saya yang memilih untuk tidak menerima sesiapa dalam hidup saya. Jadi dari awak buang masa. Berhenti berharap pada saya."
"Beritahu apa yang ada pada Ryu tak ada pada saya...saya akan cuba baiki diri saya menjadi lebih baik kalau itu akan buatkan awak menerima saya dalam hidup awak Aerin.."
Aerin hanya diam memandang ke satu arah. "Tiada apa-apa yang awak perlu ubah Caspian."
Deru angin bertiup tidak semena. Bersiul ke gengendang mereka berdua apabila kedua-dua ambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Adakah awak maksudkannya Aerin?" tanya Caspian menginginkan kepastian.
"Maafkan saya Caspian."
Dan saat itu Caspian sudahpun mengambil keputusan. Yang dia akan berhenti dari menyukai Aerin. Selepas ini fokus dia adalah untuk menghancurkan Kerajaan Xethen dan seisinya.
Terutama sekali Ryu! Benar kata Bishop Harman. Dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan suka kepada sesiapa terutama sekali Aerin ketika dia sedang merencana untuk berperang dengan musuh mereka sendiri. Dan Aerin antaranya. Sebab ini semua hanya akan mengalihkan tumpuan dia aje!
Dari dia bazir masa untuk hal yang tidak jelas!Baik dia fokus pada tujuan utama!
"Kalau macam tu baiklah. Saya faham."akur Caspian memandang Aerin bersama senyuman ceria buat kali terakhir. "Selepas ini saya akan berhenti dari menyukai awak."
Aerin termenung di situ memandang hujung dressnya. "Terima kasih Caspian."ucapnya perlahan lantas berpaling dari situ dengan langkah yang berat.
Beberapa saat selepas Aerin beredar, barulah Caspian berpaling ke arah pintu masuk istana. Namun langkahnya itu berhenti selepas Ryu berjalan keluar dari situ mendekatinya.
"Apa kau dah buat?"tegur Ryu dengan riak serius di wajah. "Dimana Aerin?"
Hujung bibir Caspian terjungkit sinis. Dah terlambat!Aerin sudahpun dengar semuanya. "Aku tak tahu."
"Tuan jangan!"panggil Camdus semasa lelaki itu berlari ke arah Ryu.
Ryu berarak mendekati Caspian. Dan selepas dia berdiri dihadapan Caspian, dia renung tepat ke mata itu ingin membunuh Caspian di situ jugak. "Kau tak sepatutnya lakukan hal ni Caspian..."
"Apahal tak boleh?Aerin patut tahu lelaki jenis apa kau ni!"ketap Caspian penuh amaran.
"Kau fikir dengan lakukan hal ni kau dapat ubah kenyataan bahawa aku dan Aerin takkan dapat dipisahkan tak kira apa sekalipun keadaannya?"
"Tuan!"Camdus pegang lengan Ryu. Cuba mendorong Ryu ke belakang menjauh dari Caspian. Ini bukan masa yang sesuai. Caspian tidak boleh tahu apa yang mereka tahu. Kalau tidak hal akan jadi lebih rumit.
"Hahaha...oh iya ke?Kau yakin aku tak boleh pisahkan kau orang berdua?"cabar Caspian lagi.
"Kau bunuh aku, kau bunuh dia sekali...kau bunuh dia, itu bermakna kau bunuh diri kau sendiri!"beritahu Ryu yang hanya senipis kertas tahap kesabarannya waktu itu. Mujurlah Camdus sampaikan kepadanya apa yang berlaku. Jika tidak pasti Caspian tersenyum menang sekarang ni!
Camdus silih ganti memandang Caspian lalu ke Ryu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan saat itu. Dua orang ini tidak patut bergaduh sekarang kerana ada ramai tetamu di dalam. Kalau ianya terjadi pasti rancangan Ryu akan dalam bahaya!
"Tuan bawa bertenang."mintanya sekali lagi.
"Baik kau dengar apa orang kau beritahu. Bergaduh aku takkan bawa apa-apa faedah."beritahu Caspian.
Kalau dia penggal kepala Caspian sekarang rasanya tak ada siapa kisah! "Sekali lagi kau dekati Aerin...kau tengok la apa aku akan buat!"dengus Ryu sebelum bergerak ke pintu keluar istana itu. Ingin mendapatkan Aerin.
Berlalu saja Ryu dari situ, maka yang tinggal hanya la Camdus dan Caspian. Mereka berdua saling memandang antara sama lain tanpa mengatakan apa-apa.
"Apahal kau pandang aku?"sentap Caspian.
Tidak memberi sebarang remark, Camdus pun berpusing. Dia mengatur langkahnya ke dalam istana semula. Dia perlu temui Raja Emmett dan Puteri Mara untuk cipta alasan beredarnya Ryu dari majlis pertunangan lelaki tu.
Srap!Tangan berglove Caspian mengepal dalam genggaman dengan erat bila dia ditinggalkan sendirian di situ.
Share this novel