*FILTER VERSION*
Aerin terkedu.
Tak mungkin!
Ryu tak mungkin akan lakukan hal tu sekarang! Lelaki ni tak mungkin memilih dirinya sebagai Dragon Rider Ryu!
Lelaki ini dah hilang akal!
Dengan susah payah Aerin cuba menggelengkan kepalanya dengan nada semakin dalam ditahan.
"Berhenti Ryu.."pintanya tersekat-sekat apabila gelombang itu semakin menekan dalam seluruh badannya. Nafasnya semakin sesak!Dadanya semakin sempit. Kepalanya mula berpinar setiap kali dia cuba melawan. "Hentikannya!!"
(CENSOR PARAGRAPH. DAPATKAN DI WATTPD)
"Jangan melawan Aerin...terima ia. Semakin kau melawan semakin sakit kau akan rasakan..."bisiknya saat itu.
"Hentikannya-"tersekat-sekat Aerin melafazkan perkataan itu. Sebaik saja ucapan itu lepas dari bibirnya, Aerin dapat merasakan sesuatu seperti petikan suis di dalam kepalanya!
SNAP!
Masa itulah, kepala Aerin tersentak dongak ke atas apabila gelombang tersebut menghentak badannya sebelum satu aliran kuasa yang sangat kuat menjalar ke seluruh badan sebelum naik ke kepalanya.
Sakit dan lega pada masa yang sama dirasai saat matanya terbuka luas dengan mulut ternganga luas taktala nafasnya menghela dengan panjang. Rasa menghimpit tadi turut menghilang digantikan dengan rasa hangat yang menyelesakan.
"Good girl..." ucapnya apabila dia merasakan gelombang yang dia rasa seakan dihalang kini sudah tiada lagi dihalang.
Terlentok lemah Aerin di situ.
"Kau memang tak guna Ryu!"Kepalanya bersandar pada bahu Ryu sementara tangannya terkulai lemah di sisi. Sedar tak sedar aje keadaannya waktu itu. Hendak marah ke menangis ke, dia tak tahu. Dia tak percaya yang Ryu sudahpun menjadikan dirinya sebahagian lelaki itu dalam sekelip mata saja!
Ryu sekadar berdengus kecil. Dia langsung tidak terasa dengan ucapan itu.
"Kau okay?Boleh berdiri tak?"Ryu peluk badan Aerin untuk elakkan gadis tersebut dari jatuh di situ. Membiarkan kepala Aerin juga bersandar pada bahunya. Sambil tu dia membetulkan semula pakaian Aerin yang mendedahkan bahu tadi.
Tidak membalas pertanyaan itu, Aerin menolak dirinya dari terus bersandar pada Ryu sebelum memegang bahu kirinya yang masih terasa pedih, Bila dia lihat kesan melecur merah di situ keningnya terus berkerut. Lambang naga apa ni?Kenapa merah?
"Aku hantar kau balik ke akademi.."Ryu pegang lengan Aerin. Langsung tidak menunjukkan rasa serba salah atau kisah dengan apa yang baru terjadi.
Reaksi bersahaja Ryu itu membuatkan Aerin pandang Ryu dengan renungan tidak faham. Dia belajar banyak lambang naga, tapi tak pernah dia lihat lambang seperti di bahunya ini. Bukan ke sepatutnya lambang Ryu Fury berwarna biru atau biru gelap?Dan kenapa lelaki ni boleh selamba saja!?
"Tak perlu. Aku boleh balik sendiri."sentap Aerin menjauhkan diri dari Ryu dalam keadaan terhuyung hayang hampir hendak terjatuh tapi dia berjaya imbangkan badannya semula.
"Kau pasti?"Ryu masih cuba hendak mendapatkan Aerin waktu itu. "Kau masih tak stabil lagi tu..."Tangannya sedia hendak menyambut Aerin sekiranya gadis itu hendak terjatuh.
Sekali Aerin beri jelingan marah ke Ryu. Nafasnya naik turun kencang.
"Tak perlu! Kau tak dengar ke?" marah-marah Aerin pegang kolar bajunya yang sudah tertanggal butangnya. Ganas sungguh Ryu. Bolehnya tercabut bila sekali tarik aje? "Kau sedar apa kau dah lakukan Ryu?Kau dah pilih orang yang salah menjadi pasangan kau! Kau dah hilang akal ke?"ketapnya keberangan.
Ryu tersengih mendengar Aerin berkata begitu. Dia silangkan tangannya ke dada.
"Tak ada yang lucu dekat sini sampai kau perlu sengih macam tu!"jeling Aerin.
"Aku tak cakap apa-apa pun."
"Itu yang buat aku bertambah marah."
"Bawa bertenang Aerin. Kau yang paksa aku lakukannya...kalau kau dengar apa aku cuba beritahu. Aku takkan lakukan hal ni."
"Kau salahkan aku untuk kesalahan kau sendiri serius la?Ryu, hidup aku baik-baik aje sebelum bertemu dengan kau. Dan sekarang kau salahkan aku!Kau dah hilang akal sangat ke!??Kau tak fikir ke sebelum kau bertindak!"
"Kenapa kau nak marah. Bukannya teruk sangat menjadi sebahagian daripada aku. Ianya membantu diri kau jugak. Aura dalam badan kau semakin malap. itu bermaksud kau semakin lemah. Aku cuba bantu kau dekat sini."
"Senang aje kau bercakap kan. Aura aku urusan aku. Tak bermakna kau perlu letakkan diri kau dalam bahaya! Kau tak fikir ke apa kesan dan akibat selepas kau imprint aku!?Tugas aku berbahaya Ryu...bila-bila masa aku boleh terkorban. Kau nak mati cepat sangat ke!?Macam mana kalau masa aku tersilap langkah?Macam mana kalau ada sesuatu menimpa diri aku?Kau akan turut sama rasa sakit tu..paling parah kalau aku mati, kau akan mati....kau ada fikir tak?"mendidih Aerin dibuatnya. Dia begitu marah. Namun tidak boleh hendak meninggikan suara di situ.
"Kau risaukan aku?"
Serius la!
Aerin berasa begitu tak percaya dengan sikap tidak serius Ryu saat ini.Adakah lelaki ini tiada common sensesama sekali?Sekurang-kurangnyarasa bersalah! "Itu yang kau fikir sekarang ni?Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"
"Yalah...untuk apa lagi kau cakap macam tu kalau bukan sebab kau risaukan aku.."
Aerin ternganga buat seketika kerana begitu tidak terkata. Sejak bila Ryu jadi sedungu ini? Semudah itu Ryu buat anggapan. Lelaki ni berfikir ke tidak sebenarnya.
"Kau tak faham ke....aku tak nak imprint dengan kau!"
"Tapi kenapa?Kenapa kau terus menerus tolak aku Aerin?Sejak awal lagi...dari aku cuba berkawan dengan kau, cuba rapat dengan kau..dan sekarang...kau tetap jugak menolak!"
"Sebab aku tak nak hidup dalam rasa serba salah buat selamanya sekalipun selepas aku mati Ryu!"dada Ryu di pukul kuat hingga buatkan Ryu terundur selangkah ke belakang kerana tidak menjangkanya. Masa ini Aerin tidak dapat mengawal rasa marahnya. Dia terlalu marah sampaikan mahu menangis sekarang jugak!"Cukup la Tarina mati sebab lindungi aku jangan tambah lagi!Tugas kau sendiri bahaya. Aku kehilangan ibu bapa aku sebab dia orang cuba lindungi aku. Lepas tu kawan baik aku mati sebab cuba lindungi aku. Hanya kerana aku silap langkah, aku kehilangan sahabat baik aku....dan sampai sekarang aku tak boleh teruskan hidup aku dengan gembira lagi!"setitis air mata jatuh ke bawah. Imej dimana Tarina berdarah dan mati di dalam pelukannya bermain di dalam kepalanya serta merta sebaik dia menceritakannya. Dia cuba lupakan semua tu!Tapi Ryu akhirnya memetik suis yang selama ini dia telah matikan!
Disebabkan kini mereka sudah berkongsi satu badan dan satu nyawa. Ryu dapat merasakan emosi dan segala yang terjadi dalam fikiran Aerin waktu itu. Lelaki itu terdiam sama menitiskan air mata yang sama dan dapat melihat imej yang sama. Yang mana membuatkan Ryu begitu kelu tidak terkata kerana betapa terkejutnya dia saat itu.
"Aku tak kuat nak tanggung perasaan tu lagi Ryu...kau faham sekarang?"
"Jadi sebab itu kau mudah lupa?Sebab tu jugak aura kau memudar?"
Aerin pandang Ryu sambil mengetap giginya dengan kuat cuba menahan diri dari menangis di situ. Betapa tertamparnya dia rasakan saat itu. Selama ini dia simpan semuanya sendiri. Sejak Tarina meninggal dunia, sejak itu dia tidak lagi dapat jalani hidupnya dengan biasa. Sebab itu dia latih otaknya untuk lupuskan ingatannya dengan mudah. Tapi Ryu semudah itu menyatukan fikiran mereka berdua dan membatalkan semuanya. Buatkan dia teringat akan kesemua memori yang dia cuba lupuskan selama ini.
"Ianya keputusan aku."
"Aerin-"
Untuk beberapa saat Ryu diam di situ. Namun perlahan-lahan reaksinya berubah dari terkejut kepada tergamam.
"...Aerin. Apa kau dah buat pada diri kau?"memori Aerin bermain dalam kepala Ryu pada masa yang sama. "Kau hukum diri kau sendiri dengan memudarkan aura kau dan latih otak kau untuk hapuskan memori?Kau tahu tak betapa bahayanya tindakan kau ni?Ini namanya bunuh diri secara perlahan-lahan!"
"Iya...memang itu rancangan aku dari awal sebelum kau datang dan rosakkannya!" pandang Aerin dengan berang. "Aku bencikan kau, Ryu!"lafaznya lagi dengan sebak.
"Aerin-"
Cepat-cepat Aerin mengundur ke belakang. Dia menjauhkan tangannya dari sempat di pegang Ryu. Dulu atau sekarang Ryu tak pernah berubah. Lelaki ini akan tetap menyakitinya. Lebih baik lagi kalau mereka tak bertemu langsung!
Menahan nafas Ryu bila dia dapat rasakan perasaan kecewa dan benci Aerin terhadapnya.
"Maafkan aku.."disebabkan rasa cemburu dan tamaknya, dia telah membuat keputusan meluru dan menyakiti hati Aerin lagi. "Aku tak-"Ryu tak dapat menghabiskan kata-kata.
Pantas Aerin menggeleng kepala saat air mata turun berjuraian di pipi. "Jangan temui aku lagi Ryu. Bonding kita berdua ni akan jadi kelemahan kau suatu hari nanti. Jadi jangan beritahu siapa yang kita berdua dah imprint...dan aku janji aku akan pastikan kau takkan dalam bahaya...sebab aku tak boleh berhutang nyawa dengan sesiapa lagi. " beritahunya sebelum berlalu pergi melepasi Ryu dan menuju ke arah pintu.
Kejung membatu Ryu di situ. Dia termenung memandang langkah senyap Aerin dengan riak wajah serius. Ryu benar-benar tidak terkata selepas mengetahui rahsia Aerin selama lima tahun ini. Penuh kepalanya dengan emosi Aerin yang berkecamuk saat itu.
"Apa kau dah buat Ryu...bukan ini sepatutnya kau lakukan!"ngerang Ryu sendirian mengurut belakang tengkuknya saat dongak kekesalan ke siling bilik.
Sebenarnya novel ni hany restricted untuk 18+ and above. Took a while untuk Tinta complete kan. But don't worry. Tinta akan filter novel ni di Novelplus. Yang unfiltered ada dekat Zon Oren.
Share this novel