CHAPTER 30 : Pesta Bot

Fantasy Completed 5425

Memang tak tidur malam Aerin selepas apa yang diberitahu Arran tidak berhenti-henti dari berlegar dalam kepala dia. Macam-macam Aerin fikir pada malamnya. Sampailah ke pagi dia tak dapat tidur. Mujurlah dia diberikan cuti panjang. Jadi Aerin tidak pening kepala untuk berfikir mengenai kelas atau tugasan lain. Dia hanya luangkan sisa waktu paginya di dalam bilik. Baring kemudian makan, baring lagi lepas tu bermain dengan anjing belaan akademi di laman asrama. Selepas itu dia tidur.

Pada petangnya, seperti yang diminta Caspian, Aerin bersiap untuk bertemu dengan lelaki itu di depan pagar Utama istana. Ringkas mengenakan dress merah putih. Rambut panjangnya dibiarkan lepas tetapi di toncang kecil bahagian tepi sebelah kanan. Kebetulan pula Caspian juga mengenakan set pakaian yang sedondon warna dengan Aerin.

Buatkan mereka berdua kelihatan seperti bagai pinang dibelah dua. Seorang segak seorang cantik. Ketinggian pula comel dan sepadan dengan mereka berdua.

Caspian bawa Aerin ke pekan dimana hari itu terdapatnya sebuat pertandingan sempena Pesta Bot. Hari dimana para peserta akan mereka bentuk bot mengikut kreativiti masing-masing. Bentuk naga ke rumah ke pondok ke terpulang. Apa yang akan diuji adalah tahap ketahanannya dan kecepatannya berada di atas air.

Memang meriah sewaktu mereka tiba di pekan ketika itu. Para penduduk sudah pun memenuhi sekitar tempat gerai dan kawasan permainan.

             "Meriahnya kan?"Caspian cengkam erat celah jari jemari Aerin saat bantu mereka melepasi orang ramai yang berasak-asak di tempat itu.

Mata Aerin kelabu putih bila ada ramai orang di situ. Dia nak pandang yang mana pun keliru sebab terlalu sibuk dan padat.

           Lantas Caspian berhenti di sebuah gerai dimana mereka sedang menjual makanan dan snek kudap-kudapan. "Kita kena beli sikit makanan sebab nak menunggu nanti lama.."

            "Memangnya hari ni ada apa?"Aerin tilik makanan yang berada di atas meja gerai itu dengan renungan kagum dan berselera. Cantik semua manisan yang dijual. Ada kek bentuk topi berwarna warni. Kek berbentuk cendawan dengan polka dot putih, jelly agar-agar berbentuk naga dan banyak lagi.

            "Pesta Bot. Mereka ada buat pertandingan secara berkumpulan dan solo. Bot siapa paling bertahan lama di atas air bakal menang sejumlah wang emas yang banyak."Caspian menunjukkan beberapa makanan kepada penjual di situ untuk dibungkus.

           Aerin mengangguk."Oh..."entah la dia tak pernah cuba ambil tahu sebab terlalu sibuk untuk fikirkan apa-apa yang diluar kerjanya.

            "Jom...kita ke tepi sungai sana. Mereka akan jalankan pertandingan tu disana."sekali lagi Caspian menarik Aerin bersama untuk meredah kesesakan di situ.

Tersengih Aerin bila dia berasa lucu bila mereka berdua berlari anak menuju ke satu arah yang dia sendiri tidak pasti ke mana. Rasanya kali terakhir dia lari adalah di waktu Tarina bawa dia untuk melihat Ryu pulang dari perang lama dulu.

Ahhh!Kenapa mesti Ryu jugak yang dia fikirkan ni!?Aerin terus tidak jadi senyum. Matanya turun ke tangan yang berada dalam cengkaman Caspian.

            "Tadaaa!"tunjuk Caspian kepada Aerin dimana ramai penonton berdiri dan duduk di tepi tembok batu menghadap sungai kecil di situ. Beberapa penduduk juga kelihatan bertenggek atas jambatan sungai tersebut. Dan atas di air ada pelbagai jenis dan warna bot yang direka.

Kagum melihat pemandangan itu, Aerin berdiri rapat di sebelah Caspian pada tembok di situ.

           "Lihat bot bentuk naga oren tu?Itu bot dari ayah saya..hahah...siang malam dia bertungkus lumus bina bot tu. Saya tolong dia sikit-sikit.."Caspian pun merapat ke Aerin. Tangannya berada betul-betul di tepi tangan Aerin atas pemegang tembok itu. Sambil tu dia tunjuk ke satu arah dengan tangan satu lagi.

Aerin pandang ke arah itu sambil mendengar ocehan Caspian yang begitu bersemangat dan seronok. Sekejap lelaki itu cerita tentang ini sekejap cerita tentang itu sehinggalah pertandingan bermula. Disebabkan mereka datang ke sini kerana ayah Caspian, maka yang disorak dan diteriak namanya adalah ayah lelaki itu sendiri.

Hampir sejam lebih pertandingan itu berlangsung. Pemenang tempat pertama adalah pemilik bot berbentuk itik yang direka sangat ringkas tetapi ketahanan dan juga kreativi membantu dia terapung lama atas air. Sementara itu baki peserta lain diberikan hadiah sagu hati.

Aerin bertemu dengan ayah Caspian dan Angnath tidak lama kemudian. Dan mereka berakhir makan di restoran milik ibu Angnath. Sama-sama dengan keluarga itu Aerin pun makan dengan mereka. Sama ceria dengan karakter Caspian, begitulah ahli keluarga lelaki itu. Sudahlah mesra malah banyak kisah yang diceritakan, Buatkan Aerin tersenyum dan berasa gembira satu hari itu bersama mereka.

             "Dah lewat ni. Kami nak balik dulu ya."Caspian pamitan dengan ibubapanya sambil menggosok kepala Angnath.

             "Iya...nanti ada masa datang la lagi.."

             "Terima kasih ya  Aerin sebab didik Angnath selama ini.."

              Aerin beri tundukkan hormat kepada kedua ibubapa itu. "Saya pun begitu. Terima kasih kerana beri kepercayaan kepada saya untuk mendidik Angnath."

Caspian tersenyum senang melihat tingkah Aerin yang penuh tertib itu.

               "Kami pergi dulu."Caspian pegang belakang pinggang Aerin dan memusingkan mereka ke arah pintu restoran sambil toleh dan melambai tangan kepada ahli keluarganya.

             "Bye!"riang suara Angnath di belakang waktu itu.

Keluar sahaja dari pintu restoran tersebut, Aerin di sambut dengan tiupan angin malam dan bau asap pelbagai jenis. Ada bau asap dari kayu dibakar, ada bau dari makanan di panggang ada juga bau asap dari bunga api dan mercun yang dibakar.

            "Mereka ada buat persembahan bunga api nampaknya?"dongak Caspian ke kanan restoran taktala bunyi letupan kedengaran dan cahaya terang muncul.

            "Meriah betul hari ni. Terima kasih bawa saya keluar hari ni."ucap Aerin dengan ikhlas.

            "Awak gembira?"pandang Caspian ke tepinya menatap wajah Aerin yang bersinar dibias cahaya dari bunga api yang sedang meletus saat itu.

            Aerin mengangguk kepala. "Ya."

            "Lega saya dengar.."senyum Caspian lagi semakin lebar. Dan dia termenung memandang wajah Aerin sebelum matanya turun ke bibir tanpa sedar. Semakin lama semakin dekat dia ke depan muka Aerin.

            Aerin yang dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya kemudiannya berdehem. "Jom lah kita gerak. Nanti lewat sangat gelap pula jalan.."ajaknya dengan bersahaja.

           Terbantut terus Caspian waktu itu. Dia dengan kekok ikut berdehem dan menggaru belakang tengkuk. Apa yang dia hendak lakukan tadi?Adakah dia cuba mengucup Aerin?"Iya...ayuh."

             Baru sahaja mereka hendak berjalan, tiba-tiba Angnath muncul. "Abang tunggu!"laung budak kecil itu di depan pintu restoran.

Tersentak la dua kepala tu ke belakang.

            "Kenapa?"sambut Caspian ke bingungan. Lupa serta merta rasa kekoknya tadi.

             "Ibu panggil. Dia kata ada buah tangan untuk master Aerin.."beritahu Angnath.

Dan Aerin sekadar menggeleng kepala bila dengar suara kecil budak lelaki 10 tahun depannya itu.

            "Iya ke...okay."Caspian kemudian pandang ke Aerin. "Tunggu sekejap. Saya masuk dalam dulu."pamitnya.

            "Okay."Aerin perhatikan saja langkah Caspian sebelum ke Angnath yang sedang tersengih kepadanya.

           "Master suka dekat abang saya ke?"sengih budak itu kemudiannya.

           "Hm?"kening kiri Aerin terjungkit sebelah kerana soalan cepumas itu.

           "Master nak tahu...walaupun abang saya tak pandai memasak, kadang-kadang hanguskan baju bila menggosok baju dan tak pandai mengayat...dia baik tau.."beritahu Angnath tanpa tapi.

            "Hahah...apa kamu katakan ni?"sengih Aerin berasa lucu dengannya.

            "Betul...ibu selalu marah abang kalau abang salah letak barang atau kemas rumah. Kalau master suka pada abang saya, saya pun suka ada kakak secantik master ni.."

            Tepat pada masa yang sama Caspian pun keluar. Di tangan lelaki itu tergantungnya dua ikatan tali dengan bungkusan dibalut dengan kertas minyak. "Okay...jom kita gerak."ajaknya sambil berjalan keluar.

Baru sahaja Aerin hendak bersuara, tiba-tiba angin bertiup dari belakang badannya. Menerbangkan rambutnya ke depan dan mengenai mukanya. Terkejut kerananya, dia selak rambutnya ke belakang telinga.

Angnath pandang dengan mulut ternganga. Sementara Caspian membutang mata dengan luas apabila mereka melihat lohong hitam muncul di belakang Aerin lalu susuk lampai sedikit demi sedikit timbul melaluinya.

Aerin dikejutkan dengan tangan muncul dari belakang lalu melingkar ke sekeliling pinggangnya. Dan bila dia palingkan kepala ke bahu kanan, matanya bertemu dengan rahang seseorang.

           "Ryu?"Caspian begitu tergamam taktala melihat lelaki itu muncul di situ. Kenapa Ryu boleh berada di sini? "Tunggu!"dia menjatuhkan apa yang ada di tangan semata mahu berlari ke arah Aerin.

           "Dia akan ikut aku."beritahu Ryu semasa menarik Aerin bersama ke dalam lohong hitam itu.

Bersama riak wajah tidak terkata, Aerin hanya pandang Caspian saat lohong itu perlahan-lahan menelannya.

Novel ni novel complete cuma setiap bab di publish secara schedule... Kalau boleh nak lump sum publish semua chapter serentak pada masa yang sama, tapi rasa nya akan ganggu ruang notifications follower TINTA kalau tinta buat mcm tu, nak tk nak kena update sikit2. Dan novel ni yg tinta publish dekat NP ni dah di filter content R-ratednya buat keselamatan pembaca bawah umur ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience