Bishop Harman berdengus kecil disaat merenung kedua-dua wajah milik Arran dan Aerin dengan riak dingin dan pucatnya. Kagum sendiri dengan kenyataan bahawasanya dua orang ini awalnya saling bermusuhan dan saling bercakaran namun kini sudah menjadi kawan.
"Sebab master perlu teruskan hidup.."jawab Aerin kembali pada soalan Bishop Harman tadi.
Arran pandang Bishop Harman dengan renungan terkilannya. Dulu master mereka ini adalah lelaki yang paling dia hormati dan idolakan. Sejak kecil dia dibawa ke akademi dengan Bishop Harman, rasa kagum dan sayang dia pada orang tua ini seperti bapa dia sendiri. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh Bishop Harman menghilangkan rasa kekosongan yang dia rasai sebagai anak yatim piatu. Namun bila semua jadi begini, perasaan kagum itu berubah menjadi sedih dan kecewa.
"Kalau saya tak nak...apa yang kamu akan lakukan?"sengih Bishop Harman dengan riak mengejeknya.
"Bukan saya tapi Ryu yang akan mengapa-apakan master sekiranya master tetap berdegil untuk menyerang kerajaan ni..."Aerin beritahu. "Jadi hentikannya semua ni sebelum suami saya digelar sebagai pembunuh...kalau master mati, maka kesemua naga di sini akan mati...master tahu tentang hal ni lebih baik dari saya kan?"
Mata Bishop Harman berkedip. Rahangnya terus berketik menahan sabar. Renungannya mencerun. Dia berasa tercabar dengan ugutan Aerin itu. Kalau Aerin gunakan kuasa ke atas naga-naga di sini, dia takkan ada peluang sama sekali.
"Tidak!Saya takkan berhenti selepas apa yang saya perlu hadapi untuk sampai ke tahap ini!"lafaz Bishop Harman dengan bengis sekali.
Pada masa yang sama, seorang daripada tentera pasukan Bishop Harman bergerak secara sembunyi lalu melemparkan sebilah pisau ke arah Aerin yang disertakan dengan kuasa magis di sekitar pisau tersebut di saat semua orang tertumpu pada Aerin dan Aerin terarah pada Bishop Harman.
Swooosh~!
Tepat terarah pisau itu di tengah dahi Aerin. Namun ia tidak mencederakan Aerin kerana dinding pelindung milik Ryu telah menghadang pisau tersebut dari menusuk dahi itu.
Sementara Aerin sedikit pun tidak terkutik. Wajah tenangnya hanya diam memandang Bishop Harman.
Clank!
Pisau itu jatuh ke bawah kaki Aerin sesaat kemudian.
"SIAPA TU!"bentak Arran dengan berang. Matanya liar melihat sekeliling dengan lekas.
"Bunuh perempuan tu sekarang!Dia adalah Dragon Whisperer...naga aku beritahu!"teriak tentera pemberontak Bishop Harman dengan berang. "Hapuskan dia sebelum dia mengawal fikiran semua naga di sini!"
Arahan itu telah membuatkan naga serta para tentera pemberontak yang tadi diam kini bergerak hendak menuju ke arah Aerin dek arahan yang dilaungkan secara tiba-tiba!
Aerin sempat mengerling ke Bishop Harman. Berharap masternya itu hentikan pemberontakkan ini. Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak cuba menghalang serangan ke atas dirinya. Kenapa mentor dan guru yang dia hormati begitu tekad untuk melakukan pembunuhan ni!
Dengan kening berkerut kecewanya, Aerin memalingkan kepalanya ke arah Ryu. "Lakukannya Arran."arahnya sambil tu.
Masa inilah Arran menghadang Aerin, lelaki itu berdiri di situ dengan renungan mencerun.
Tentera Ryu dan naga pahlawan milik kerajaan Negeri Cahaya secara naluri mereka ikut turut serta mahu ke hadapan untuk melindungi permaisuri mereka itu.
Arran berdiri di hadapan Aerin lalu dia pun menggunakan kuasanya yang telah digabungkan sekali dengan kuasa Aerin. Membuatkan satu letusan gelombang yang kuat menebar keseluruh kawasan itu. Rambutnya terbang ke atas, pakaiannya terapung di udara gara-gara kuasa yang memancar dari tubuhnya. Aliran eletrik seakan petir terpetik-petik di kedua belah tapak tangan dan sekitar tubuhnya.
Dan tebaran kuasa Arran telah menyebabkan para naga mahupun tentera di situ terus jatuh melutut ke atas lantai seakan ditarik graviti. Seluruh tubuh mereka berasa berat, seakan ada yang menghempap mereka dari atas. Boleh dirasai tekanan dari impak kuasa Arran, mereka di situ mulai bergelut cuba untuk menentang daya kuasa tersebut. Masing-masing mula menjelma dalam bentuk manusia semula.
Termasuk Ryu sekali. Lelaki itu melutut kedua belah kaki atas tanah sambil mengerang kesakitan menahan getaran kuasa asing tersebut. Ianya ibarat seperti ada tali berduri menjerut sekeliling tubuhnya dari berubah bentuk menjadi naga semula.
Sementara Aerin disamping Arran, diam berdiri memandang sekeliling sebelum terarah pada Bishop Harman.Matanya pandang penuh berharap. "Peluang terakhir.."ujarnya. "Serah diri Bishop Harman. Membunuh master adalah perkara terakhir yang saya akan lakukan.."
Bishop Harman tersengih. "Kenapa kamu tidak mahu membunuh saya?Bukan ke lebih baik sekiranya saya mati dan semua ini akan selesai begitu saja!?"matanya menjeling ke arah Ryu yang sudah berubah menjadi manusia itu. Ikutkan hati mahu saja dia lari dan mendapatkan Ryu agar hujung pedangnya menusuk tepat ke jantung lelaki itu!Namun tidak tergerak hendak melakukannya!
"Sebab ada perkara yang saya perlu tanyakan pada master."beritahu Aerin sambil mencapai tangan kiri Arran lalu digenggamnya dengan erat. Menyalurkan kuasanya sebagai sokongan kepada Arran untuk mengawal kesemua minda puluhan naga dan tentera yang ada di hadapan mereka.
Hal itu dilihat Ryu sendiri. Lelaki itu terus bangunkan diri dari situ."Aerin..."panggil Ryu di balik nafas naik turunnya. Renungan kecewanya jelas terpancar. "Apa semua ni?"soalnya tidak didengari. Betapa bingungnya Ryu ketika ini. Dia semakin tidak keruan bila dia tidak dapat berkomunikasi dengan Aerin mahupun membaca fikiran isterinya. Ryu merasakan seakan ada dinding di antara dirinya dan Aerin!
Sambil mengesat bibir berdarah dengan belakang glove, Bishop Harman mengangkat tangan berpedangnya lalu diseluk semula ke dalam kelongsong pedang sebelah pinggangnya. "Apa yang kamu mahu tahu?"
Aerin mengetap gigi dengan erat disaat Arran menguatkan cengkaman dalam genggaman mereka. Sempat dia berpaling ke arah Ryu dengan renungan berkacanya. Sebenarnya dia dah syak sesuatu, tapi tidak pasti samaada dugaannya ini benar atau tidak. Jadi dia perlu pastikannya dihadapan Ryu dan semua di sini!
Share this novel