CHAPTER 77 : Curiga Semacam

Fantasy Completed 5425

Hidangan daging yang ada dalam pinggan di pandang Aerin dengan mimik muka tidak suka. Beberapa kali liur di telan untuk menghilangkan rasa loya yang berombak-ombak sebaik dia lihat makan malamnya.

Gulp! Melihat daging panggang separuh masak yang masih mempunyai darah itu benar-benar mematikan seleranya.

Eew!

Kenapa ianya buatkan dia loya!

              "Ump!"cepat-cepat Aerin menekup mulut. Cepat-cepat pinggan itu ditolak jauh ke tepi. Kening berkerut tidak selesa.

Kepala Ryu tersentak. Lelaki itu pandang dengan membuat muka.

            "Kenapa?Kau taknak makan?"Ryu berhenti dari makan sewaktu memaling kepala ke kanan meja makan dimana Aerin berada. Matanya turun ke pinggan Aerin lalu ke wajah bercemberut itu.

Aerin menggeleng kepala.

               "Aku tak ada selera nak makan..."

              "Kau nak aku suruh dayang sediakan makanan lain?"Ryu memberi isyarat kepada dayang di situ supaya mengalihkan pinggan makanan Aerin dari meja.

                Pantas Aerin menggeleng kepala. "Tak perlu..."memang ke belakangan ni dia tiada selera pun. Nak dihairankan buat apa. Dah memang kebelakangan ni, bila pandang makanan je buat tekak dia loya. Tangan kirinya naik mengusap dada. Cuba nak pujuk diri sendiri supaya jangan termuntah di situ. Nanti tak memasal selera Ryu pula yang terjejas.

               "Kau perlu makan Aerin walaupun sikit."

               "Bukan sekarang, Ryu."

              "Dah berapa lama kau berkeadaan macam ni?"Ryu tidak menyambung makannya selepas Aerin sekadar duduk bersandar di situ tidak menjamah apa-apa.

              "Apa maksud kau?"

              "Ke kau mogok dengan aku sebab terperuk dalam istana ni?"

              "Apa kau merepekkan ni...tak kuasa aku nak sakitkan diri sendiri semata kena kurung dalam istana ni dengan kau..."getus Aerin memandang tak percaya ke Ryu. Haih...

              "Habis tu...sejak bila kau hilang selera makan macam ni?"

             Entahlah...tak pernah pulak dia hendak hitung sudah berapa lama keadaannya begini. "Tak pasti...."Aerin bernada tidak peduli. "Mungkin beberapa hari kebelakangan?"

Untuk seketika Ryu diam meneliti riak wajah Aerin. Cuba memastikan Aerin tidak menipu kepadanya.

             "Cadmus..."panggil Ryu tiba-tiba.

              Lelaki yang berdiri di tepi ruang makan sejak tadi datang mendekat. Dia berdiri di tepi kerusi Ryu dengan kedua belah tangan berada di belakang. "Ya tuanku..."

             "Panggilkan tabib untuk periksa keadaan permaisuri.."arah Ryu.

             "Baik tuanku.."tunduk Cadmus.

            "Kenapa kau nak panggil tabib...aku bukannya sakit.."Aerin menyilang tangan ke dada.  "Tak perlu Cadmus. Ryu cuma over react. Saya tak apa-apa.."tegah Aerin memandang Cadmus di situ.

             Ryu perhatikan wajah Aerin dalam-dalam sebelum duduk menyondong ke depan meja itu. "Jumpa tabib tak semestinya masa sakit aje Aerin...sekarang beritahu aku, selain kau hilang selera makan, apa lagi yang menganggu kau?"

Aerin diam.

               "Adakah kau begini sepanjang masa ketiadaan  aku di sisi kau?Rasanya lambang merah tu takkan jejaskan diri kau melainkan kau berada jauh dengan aku lebih dari tiga hari. "Ryu berkira-kira. Kening kirinya terjungkit. "Dan tak mungkin kuasa pendinding yang aku kenakan pada kau...sebab kuasa tu hanya untuk menjaga kau bukan menyakiti kau..."

Cadmus kebingungan. Dia tidak pasti yang mana satu dia perlu patuh. Ryu atau Aerin?

               Masih mendiam, Aerin sekadar buat muka tidak kisahnya. Dia okay aje. Bukan serius masa pun. Lagipun normal la kalau seseorang tu hilang selera makan. "Mungkin sebab aku tak cukup tidur...bukan serius pun. Boleh tak kau jangan nak risau sangat. Aku bukannya budak-budak sampai kau perlu risaukan..."

Renungan Ryu menjadi gelap. Riak wajahnya menjadi tegang.Mata itu mencerun.

                "Mesti la aku perlu risau. Kau adalah permaisuri aku Aerin Offelia. Apa yang berlaku pada kau adalah tanggungjawab aku..."

Tiba-tiba satu getaran tenaga menerawang di Udara. Bertebar mengenai Aerin. Seluruh bulu romanya tegak meremang. Getaran itu hingga membuatkan jantung dalam tulang rusuknya ikut bergetar. Membuatkan dia menelan liur gugup dibuat tatapan serius Ryu itu. Memberitahu dia yang Ryu sedang marah. Dan pada masa itulah seorang dayang muncul bersama dengan satu pinggan berisi potongan buah peach.

Beberapa orang dayang, pengawal termasuk Cadmus sendiri terus menundukkan kepala masing-masing dek kuasa dominan Ryu itu.

                "Tuanku...ini saya potongkan buat peach untuk tuanku makan..."beritahu dayang sambil menghidangkannya.

                 Takut-takut Aerin mengerling ke Ryu sebelum mengangguk terima kasih pada dayang itu. "Ya..terima kasih.."

                 "Berhenti dengan sikap degil kau Aerin. Aku tak suka bertekak dengan kau sepanjang masa. Kau akan berjumpa dengan tabib. Biar dia periksa keadaan kau nanti. Kamu boleh gerak sekarang Cadmus.."

Lidah Aerin terkunci. Dia tidak dapat melawan kerana enggan merasai gelombang tenaga seperti tadi semula. Jadi Aerin diam menggigit bawah bibir sambil merenung potongan buah dalam pinggan di hadapannya saja.

Di kepala meja makan itu, Ryu duduk menopang vawah dagu dengan dua jarinya. Meneliti Aerin tanpa henti sejak tadi. Dia semakin curiga dan risau bila perhatikan Aerin. memangnya isterinya cuba memberontak pada dia ke kerana dia mengekang Aerin?

                "Makan la...ke kau nak aku suapkan kau makan?"

                "Nak makan la ni.."getus Aerin. Dia berkerut kening saat memandang Ryu. Dah kenapa pandang dia macam nak telan dia hidup-hidup macam tu!?Garpu dicapai, lalu potongan buah di situ di tikam perlahan dengannya.

                 "Kau tahu...kalau sesuatu berlaku pada kau, bukan setakat aku aje dalam masalah tapi seluruh kerajaan Xenthopia ni..."

Mulut Aerin yang sedia ternganga hendak menyuap buah itu tertutup semula sewaktu dia mengerling ke Ryu semula.

                "Kau sengaja ya nak menakut-nakutkan aku?"dengan geram Aerin menggigit potongan buah itu lalu mengunyahnya dengan muka tidak puas hati.

               "Bukan menakut-nakutkan kau, cuma beritahu."Ryu kembali menyambung makannya semula.

Terkebil-kebil Aerin dekat situ. Apa aje yang Ryu merepekkan sejak tadi ni?

              "Jadi demi kelangsungan hidup tanah ni, kau perlu sentiasa dalam keadaan selamat dan baik. Ingat tu..."

Sambil menggigit kecil buah peach yang di suap, Aerin jeling tepi wajah Ryu tanpa mengatakan apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience