CHAPTER 100 : Side 2

Fantasy Completed 5425

Bishop Harman tertunduk-tunduk sewaktu lelaki tersebut sedang bercangkung mengorek lobak dari batas tanaman disitu. Walau panas terik matahari tegak di kepala, lelaki berjambang putih sekitar wajah itu sedikitpun tidak kelihatan letih. Peluh keringat sudah membasahi belakang baju lusuh kebunnya itu.

               "Atuk Harman!!"satu suara kecil melaung dari kejauhan. "Atuk~~~"

Sudah terbiasa dengan panggilan itu, Bishop Harman terus bangun dari kedudukannya. Sisa senyuman terukir lebar di bibir taktala matanya tertancap pada tubuh kecil yang sedang berlari anak mendekat.

                 "Putera mahkota!"sambut beliau dengan girang.

                   Ketawa riang kedengaran sayup taktala Rhaegal semakin menghampiri. "Atuk nak tahu tak saya dah boleh menjelma dalam bentuk naga?"

                    "Iya?Taniah..."setibanya Rhaegal di situ, Bishop Harman mengusap lembut kepala berambut hitam kilat itu dengan kasih. Entah kenapa tidak kira berapa kali dia menemui anak kecil ini hatinya sentiasa dipagut rasa sebak.

                      "Hehehe....bonda dan ayahanda kata bila dah cukup masa, Rhae dah boleh belajar terbang pulak..."

                      Mata Bishop Harman ikut tersenyum sewaktu dia berkata. "Kalau macam tu boleh la atuk tengok kamu nanti...."

                       "Boleh...boleh.."

Baru sahaja Bishop Harman hendak tunduk membetulkan pakaian Rhaegal, ekor matanya menangkap kelibat dari arah kiri kawasan batas kebun. Sekali bila dia mengerling dia terus bertentang mata dengan tiga orang dewasa.

                     "Banyak hasil hari ni Harman?"tegur Arran sebaik saja tiba di hadapan Bishop Harman dan Rhaegal.

                      Aerin bertentang mata dengan Bishop Harman apabila lelaki itu mengerling akan ketibaan mereka kesitu. Bersama nafas gugup Aerin pun mengukir senyuman nipis. "Apa khabar Bishop Harman...."

                      "Tuanku..."tunduk Bishop Harman serta merta di hadapan pasangan suami isteri itu. Awal dahulu semasa dia sedarkan diri, dia tak tahu menahu mengenai peperangan yang telah terjadi. Menurut orang yang merawatnya, mereka kalah teruk dan dirinya cedera ekoran peperangan tersebut sehingga hilang ingatan. Tapi yang anehnya setiap kali dia memandang wajah tiga orang ini, ada satu perasaan yang tidak asing sering menghurung dirinya.

                       "Bangkitlah."beritahu Ryu.

Dengan patuh Bishop Harman kembali berdiri.

                        Lantas Rhaegal memegang jari jemari Bishop Harman sewaktu dia dongak memandang ibubapanya di hadapan. "Ayahanda..bonda. Boleh tak anakand ikut atuk Harman berkebun hari ni?"

                       Aerin pun memandang Bishop Harman. "Itupun kalau atuk Harman izinkan."

                      "Atuk....boleh tak Rhae ikut atuk cabut sayur?"

                       Bishop Harman tunduk memandang Rhaegal lalu mengangguk kepala. "Sudah tentu. Kalau itu yang kamu mahu."

Arran yang memerhatikan kemesraan datuk dan cucu itu tersenyum sedih. Dia tahu ianya kelihatan kejam, namun tiada apa-apa yang dapat dilakukan lagi demi melindungi ayah kandungnya dari terus berdendam dan melakukan kesalahan. Mahu tak mahu, suka atau tidak, rahsia dan kisah sebenar apa yang berlaku selama ini akan kekal berkubur buat selamanya.

                           "Kalian semua kalau sudi jemput la makan malam sekali. Walaupun tak banyak, saya ada masakkan juadah untuk kita semua.."pelawa Bishop Harman setelah Rhaegal mula bercangkung di situ dan mula menarik lobak keluar dari batas.

                           "Tak menyusahkan ke?"tanya Ryu sewaktu Arran ikut duduk melutut sebelah kaki di sebelah Rhaegal membantu anak kecil itu berkebun.

                           "Tak adalah yang menyusahkan. Lagipun tuanku datang bukannya selalu."malu-malu Bishop Harman beritahu.

                           Aerin yang mendengar terus mengangguk kepala. "Boleh jugak. Saya pun rindu nak rasa masakan air tangan dari pakcik..."kelat sekali dia menggelar ayah kandungan begitu. Namun apakan daya, terpaksa ditelan demi kebaikan semua.

Memori lama yang tidak indah itu dibiarkan hilang, kini diganti dengan ingatan baru yang lebih indah. Itu pegangan Aerin selepas Bishop Harman sedarkan diri. Nanti bila anak-anaknya sudah dewasa dan boleh mengerti setiap kata serta makna baru la dia akan jelaskan segalanya agar mereka tahu bahawa mereka ada seorang datuk.

Apa yang penting sekarang adalah menikmati momen yang tenang ini selagi masih boleh.

                             "Nak saya bantu sekali ke?"soal Ryu sudah bersedia menyinsing lengan baju hendak menghulur tangan.

                             "Eh...eh..tak perlu tuanku. Jangan kotorkan tangan tuanku untuk kerja buruh seperti saya ni.."lekas-lekas Bishop Harman menegah.

                              "Eh...kenapa pulak. Tak apa la..."Ryu malah menegas.

                              "Jangan la begini. Kalau orang nampak apa kata mereka pulak. Tuanku adalah raja kami. Mana mungkin saya akan biarkan tuanku buat kerja rakyat biasa seperti kami ni...."Bishop Harman dah menolak Ryu dari bercangkung dekat depan batas sayuran di situ.

                               "Tak apa...saya tak kisah pun. Bukannya selalu....lagipun apa beza saya dengan orang lain dekat sini. Sama-sama manusia sama-sama ada dua kaki dua tangan..."

Ketika dua orang itu saling bercanggah Rhaegal dan Arran tekun dalam kerja mereka. Sementara Aerin yang memerhati sejak tadi sekadar menggeleng kepala. Tiada kata-kata dapat di luah kerana hal sebegini bukan la kali pertama buat mereka.

Setiap kali Ryu datang melawat setiap kali itu juga la Ryu hendak menyakat. Lelaki itu tahu yang Bishop Harman akan terganggu sekiranya Ryu cuba melakukan sesuatu dekat situ. Jadi tanpa gagal Ryu akan menjengkelkan orang tua Arran dan Aerin itu.

                                "Ahahah....!"Rhaegal meledak ketawa taktala dia jatuh terduduk kebelakang selepas merentap sebuah lobak yang degil.

                                "Okay tak tu?"tanya Arran ikut tertawa saat membantu anak menakannya itu bangun.

                                "Seronok la!"sorak Rhaegal.

                                 "Pakcik...nanti boleh tak bungkuskan saya keju home mad pakcik tempoh hari? Saya suka cheese tu...Rhaegal pun gemar...."minta Aerin sambil berdiri berdekatan dengan Ryu di situ.

                                   Bishop  Harman palingkan  kepala ke Aerin dengan kalut. "Ah ya tuanku. Boleh..."lalu beliau kalut semula memandang Ryu yang mula mengorek tanah. "Tuanku...sudah la tu!"

Maka tengah hari itu berlalu dengan suara borak tengkar Ryu bersama Bishop Harman dan tawa riang Rhaegal bersama Arran. Dan Aerin sibuk memetik ceri tomato dan sayuran lain yang boleh dimakan untuk dirasai.

Dengan ini damai la kehidupan mereka yang selama ini diselubungi awan gelap dan perasaan dendam. Tugas Dragon Angle yang selama ini untuk melindungi dan mempertahankan kehidupan umat manusia dan naga kini sudah terlaksana. Dan akan berterusan sehingga mereka tidak diperlukan lagi.

~TAMAT~

Terima kasih kerana sudi support dan meluangkan masa untuk membaca karya Amatur dari TintaHitamTanpaArah. Nantikan karya seterusnya dari Tinta. KEEP READING KEEP SUPPORTING, TINTA GONNA KEEP WRITING.

Share this novel

Haizam
2024-09-05 23:23:56 

tahniah..best ending.

siti
2024-09-02 15:15:07 

juga tahniah dari saya sbb tak bosan membaca cerita ini. sentiasa akan tersenyum dgn watak2 mereka. lain dari yg lain cerita nya.

Fatimah Mutazali
2024-09-01 22:01:29 

tahniah Tinta cerita yg menarik tak jemu membacanya semua karya anda bagus belaka lain dari yg lain teruskan berkarya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience