Dalam seminggu biasanya setiap Dragon Tamer akan dijadualkan untuk mengajar selama tiga hari sahaja. Sementara baki hari yang lain akan diisi dengan tugas dan misi yang biasanya akan diserahkan atau diagihkan oleh Bishop Harman secara serentak.
Maka pada hari keempat itu, Aerin beserta dengan para Dragon Tamer rasmi yang lain berkumpul dalam bilik sidang lengkap mengenakan uniforma masing-masing.
Untuk Dragon Tamer Wanita mereka akan diberikan satu dress suit cekak leher lengan panjang namun berseluar panjang yang sama rekaannya.
Sementara Dragon Tamer lelaki mempunyai pelbagai jenis rekaan dan custom made. Bergantung pada jenis kuasa yang dimiliki oleh Dragon Tamer lelaki tersebut. Tetapi warna semuanya sama. Iaitu hitam bergarisan emas keorenan.
Aerin, Brianna dan yang lain berdiri dalam keadaan rehatkan diri menghadap Bishop Harman saat lelaki tersebut tunduk memberikan penerangan dan butiran mengenai misi yang bakal di jalankan oleh 30 orang Dragon Tamer di situ. Seorang demi seorang dibahagikan setiap satu misi yang berbeza dan merata tempat sekitar Xenthopia sehingga la ke luar daerah tersebut.
Misi yang biasa mereka laksanakan kebanyakannya adalah kes kecil yang tidak memerlukan atau melibatkan tentera atau naga pejuang. Antaranya seperti naga muda yang suka buat kacau di kawasan tempat tinggal, naga dewasa yang tidak tahu hendak kawal kuasa naganya, kes naga buat masalah dengan mengugut para penduduk untuk meminta wang, masalah ahli sihir menggunakan naga sebagai bahan penjualan posyen mereka dan beberapa lagi jenis jenayah kecil yang melibatkan naga. Itu yang mereka akan selesaikan.
"Seterusnya saya akan jelaskan misi keempat kita. Ianya datang daripada Raja Emmett."Bishop Harman mencapai sebuah skrol hitam yang diikat dengan istimewa dari meja. Tali emas yang mengikat skrol tersebut dileraikan dengan mudah.
Swpp!
Jatuh tali emas itu ke atas meja sesaat kemudian. Dan skrol tersebut di buka gulungannya.
Semua Dragon Tamer yang ada di situ pandang penuh bersemangat saat Bishop Harman mula meneliti butiran di situ. Saat itu, mereka malah berharap mereka bakal terpilih untuk menjalankan misi istimewa ini. Yalah, bukan mudah untuk mereka menerima penghargaan dari Raja Emmett. Jadi kalau mereka jalankan misi ini, dengan mudah mereka akan dikenalpasti dengan Raja Emmet dan diberi penghargaan.
"Di dalam skrol ini menyatakan bahawa di sebuah perkampungan bernama Cardamond Land mempunyai masalah dimana penduduk mereka adalah naga keseluruhannya. Tetapi kebanyakan mereka di situ naga yang tidak boleh terbang walaupun mempunyai sayap dan boleh menjelma menjadi bentuk naga. Hal ini telah diajukan oleh Raja Emmett sendiri apabila seorang dari penduduk di situ gusar jika hal ni berlanjutan para penduduknya mungkin akan jatuh sakit dan mati dalam masa terdekat jika tiada satu pun boleh terbang."Bishop Harman membaca tulisan berangkai yang ada di dalam skrol tersebut bersama kening berkerut.
Aerin di barisan kedua paling belakang sekali hanya dengar tidak dengar. Dari awal lagi dia memang tidak berminat untuk menghadiri perjumpaan mereka itu. Sebab malam tadi dia tidur lewat gara-gara tidak dapat melelapkan mata, sebolehnya dia mahu baring di atas katil dan tidur sepanjang hari bagi menggantikan sisa penatnya. Lagipun Aerin tidak gemar menjalankan sebarang tugas lapangan. Dua minggu lepas dia dah hadap tiga misi, kemudian misi terbarunya sebelum kes Angnath mengamuk. Cukup la...berikannya kepada orang lain kalau boleh.
"Saya memerlukan seorang Dragon Tamer yang boleh kendali kes ini.."beritahu Bishop Harman.
Dan masa itulah satu persatu tangan naik ke atas.
Diselangi dengan suara seorang demi seorang cuba menawarkan diri.
"Saya master.."
"Saya boleh master..."
"Pilih saya master..."
"Saya belum menjalankan misi lagi master!"
Kepala Bishop Harman bergerak kanan dan kiri. Menilik setiap wajah Dragon Tamer di situ yang bersemangat hendak menawarkan diri. Sebenarnya selepas dia menerima skrol itu dari pihak istana, dari awal lagi Bishop Harman sudah memilih siapa yang bakal mengambil misi ini walaupun dia belum baca lagi isi kandungannya.
Antara ramai-ramai yang ada di situ cuba hendak menawarkan diri, cuma seorang saja yang tidak cuba atau berusaha hendak tawarkan diri.
Orang itu tak lain tak bukan-
"Aerin Ofelia..."
Senyap sepi bilik tu bila Bishop Harman melaung nama Aerin. Tangan yang tadi diangkat terus turun ke bawah. Kepala yang ada ikut menoleh ke belakang. Berpasang-pasang mata menjeling tidak puas hati akan gadis yang mengikat rambut satu ke belakang dan menayang muka tidak berminat seperti biasanya itu.
Bersama riak muka tidak berminat, Aerin turunkan tangan yang bersilang di dada tadi ke bawah saat berhadapan mata dengan mentornya itu. "Ya master..."sambutnya mendatar. Hish!
"Kamu akan ambil misi ni kan?"sambil memandang penuh arahan ke Aerin, Bishop Harman tersenyum.
"Tidak."
"Kenapa tidak?"
"Kenapa saya?Ada aje yang lebih berminat nak jalankan misi ni...apa kata master berikannya kepada mereka yang berminat."beritahu Aerin awal-awal. Dia tahu lepas ni makin ramai la yang akan membencikan dirinya jika dia mengambil misi ni. Lagi-lagi Dragon Tamer lelaki. Mereka bencikan dia kerana kebanyakan misi dia yang ambil alih sampaikan mereka langsung tiada peluang nak perform akan kebolehan dan kepakaran yang dimiliki!
"Mereka ada misi lain.."jawab Bishop Harman.
"Serahkan misi yang mereka perlu jalankan tu kepada saya, kemudian gantikannya kepada misi tu."bantah Aerin lagi senada dengan Bishop Harman.
"Mereka sudahpun setuju dengan misi yang diberikan. Jadi kamu perlu ambil alih misi ni."lawan Bishop Harman.
"Kalau macam tu saya tak bersetuju untuk terima misi ni.."
Kanan kiri kepala mereka semua di situ gerak setiap kali Bishop Harman dan Aerin saling membalas kata ke antara satu sama lain.
"Kalau kamu terima misi ini saya akan berikan kamu cuti tiga hari, tidak mengajar selama dua hari."enggan mengalah lagi, Bishop Harman terus menggunakan strategi yang mana merupakan kegemaran Aerin.
Lantas mereka semua pandang ke Aerin. Menunggu jawapan dari gadis itu pula.
"Empat hari cuti, tidak mengajar seminggu."tawar Aerin dengan riak masih sama langsung tidak berubah.
Kemudian mereka pandang ke Bishop Harman pula.
"Okay. Empat hari cuti, tapi empat hari tak mengajar."tambah Bishop Harman lagi.
"Seminggu cuti seminggu tak mengajar. Titik. Tiada kompromi."Aerin menegaskan lagi. Pasti mentor dia takkan terima permintaannya ini. Kalau betul Bishop Harman beria mahukan dia terima misi ini, mentor dia perlu bertanggungjawab untuk hari cutinya juga. .Tahu tak dia tidak ada rehatnya jika jalankan misi ni?
Terdiam sejenak Bishop Harman lepas tu. Lelaki tersebut pandang akan skrol dalam tangannya. Yang mana buatkan hujung bibir Aerin terjungkit sinis kerana berasa menang dibuat perundingan tadi. Mana mungkinlah mentor dia akan terima permintaan dia ni!Sudah tentu Bishop Harman akan bantah sebab lelaki ini kalau selagi boleh dikerah tenaga setiap Dragon Tamer dalam akademi ni, selagi tu orang tua ni takkan berhenti dari memberi tugasan dan mengatur jadual untuk kelas!
"Baiklah kalau begitu."akhirnya Bishop Harman akur.
Jawapan tersebut membuatkan Aerin membutang mata terkejut. "Apa dia?"matanya berkedip tak percaya.
"Seperti yang kamu minta. Seminggu cuti. Seminggu tidak mengajar. Baik. Saya setuju. Tapi kamu perlu terima misi ni."Bishop Harman menarik senyuman penuh kemenangan.
Sementara Aerin sudah menyumpah seranah melalui matanya ke lelaki itu. Serius!Dia benci tau dengan mentornya ni. Suka sangat suruh dia buat kerja dari istana. Nanti dia yang kena masuk ke dalam istana tu untuk lapor diri. Dah la dia tak nak berjumpa dengan orang dalam istana tu!
"Ini skrolnya. Kamu laporkan diri ke istana untuk memaklumkan kepada mereka yang kamu akan jalankan misi ni dan dapatkan surat kebenaran untuk masuk ke perkampungan tu nanti."Bishop Harman menyuakan skrol ke arah Aerin untuk di ambil.
Masa itulah keluhan dan suara orang bergumam kesal kedengaran dari Dragon Tamer yang lain. Mereka ada yang menjuling mata menyampah, ada yang menghela nafas terkilan sebab tak dapat jalankan misi yang mereka inginkan. Ada juga yang mengutuk mengata di balik nafas menyebut nama Aerin sekali.
Share this novel