Gulp!
Liur ditelan dengan gugup. Kenapa!Apa pandang-pandang!?
Aerin melarikan pandangan ke tepi dek terasa gugup dengan tatapan mereka di situ. Dah kenapa pandang dia macam tu! Lengan baju Ryu di cubit kecil tanpa sedar.
"Bukan salah kamu, dah memang masanya."beritahu Ryu. " Kalau begitu buat masa sekarang jangan menjelma dalam bentuk naga bagi mengelakkan situasi tadi terjadi. Kita akan berehat sehingga situasi ni reda.."
"Tapi mereka semua sedang mula bergerak untuk ke daerah Selatan. Kalau kita tidak menjelma dalam bentuk naga, dikhuatiri Jarak perjalanan kita akan mengambil lebih masa."
"Benar tuanku."
"Sebelum kejadian tadi terjadi, mereka sebenarnya dalam persediaan untuk berangkat ke arah yang sama."
Bicara beberapa orang lakmasana perang di situ.
Mendengar perbualan itu, Aerin di sisi perasan sesuatu dari arah kanannya. Macam ada yang sedang memerhati. Serius, dia rasa macam ada orang tengah perhatikan mereka dekat sini.
Rahang Ryu berketik. Bukan itu masalahnya sekarang!"Beta tahu. Tapi kamu semua tidak akan mampu terbang dalam keadaan begini. Jadi nak taknak kita kena lay low buat seketika...tangguhkan perjalan kita selama tiga hari. Sementara waktu itu hantar pengintip untuk memantau pergerakkan mereka."
"Perlu ke kami bergerak dengan berkuda dan berjalan kaki sahaja?"
"Tidak. Ianya berisiko tinggi sekiranya musuh tahu. Lagipula kamu semua bukan dalam keadaan yang terbaik untuk berlawan."tegah Ryu serta merta. "Tak mengapa. Kita tangguhkan dahulu serangan ke atas mereka tu dulu."
"Kalau begitu baiklah, tuanku."
Sambil meneliti semak dan celah pokok, Aerin berkerut kening mengecilkan mata melihat semak di balik batang pokok besar sebelah khemah. Macam ada sesuatu dekat situ pulak.
Ryu kemudiannya tunduk ke isterinya di sebelah.
"Aerin...."
Opocot!
Sentuhan pada pinggang membuatkan Aerin melompat terkejut di situ.
"Huh??"kepalanya dipalingkan ke kiri serta merta. Terkejut dia!
"Kau tengok apa?"
Sekali lagi Aerin toleh ke arah tadi. Hendak pastikan dia memang tidak salah nampak. Tapi bila di pandang memang tak ada apa-apapun dekat kawasan semak sebelah pokok tu. Ke ianya hanya mainan perasaan dia?
"Tak ada apa-apa..."nafinya tidak pasti. Yalah..mana tahu ianya cuma perasaan dia aje kut. Gara-gara sudah lama tidak menggunakan kuasanya, dia mungkin overstimulate selepas menggunakannya. Jadi dia terfikir macam-macam.
"Jom kita gerak..."ajak Ryu memegang belakang badan itu mahu dipalingkan ke arah kuda mereka tadi.
"Macam mana dengan mereka?Takkan kau nak tinggalkan dia orang macam tu aje?Tak dipantau ke?"Aerin toleh ke balik bahu. Mahu melihat kumpulan pahlawan naga di situ, namun baru saja kepalanya menoleh, Ryu memusingkan badannya supaya pandang ke hadapan sesaat selepas itu.
"Dia orang semua adalah naga dewasa. Tahu la apa yang dia orang perlu lakukan nanti memandangkan ianya bukan pertama kali berlaku. Kau tu yang sepatutnya fikir tentang diri sendiri. Lekas naik kuda..."
Terkebil-kebil mata Aerin bila dia dihadapkan ke badan kuda dengan Ryu lalu dengan mudah tubuhnya di angkat ke atas pelana haiwan tungangannya. "Kenapa dengan aku?"
"Kau dah gunakan kuasa kau.."gerutu Ryu dengan muncung tidak puas hati di bibir.
Kening Aerin mencerun. "Memangnya kenapa kalau aku guna kuasa aku?Jangan cakap dengan aku yang kau tak suka aku guna kuasa aku sebab risau aku akan gunakannya ke atas kau?"tunduknya ke bawah. "Kau ingat aku ni apa?!"
Ryu mengemaskan cengkaman pada tali cekang sebelum lompat naik ke atas kuda dan duduk di belakang Aerin. Seusai menyelesakan diri atas kuda itu, Ryu memakaikan semula rantai pendinding ke leher Aerin tanpa berkata lebih. Risau kalau dia cakap lebih-lebih dia hanya akan membuatkan Aerin menangis.
Aerin tersentak dengan tangan Ryu yang tiba-tiba saja menyelak rambutnya ke depan dada. Sekali bila dia tunduk memandang ke dada, seutas rantai dengan pendant naga sudah tergantung di leher dia.
Hm?Rantai dia terjatuh ke tadi?Kenapa dikalungkan semula pada dia!?
"Aku tak faham kenapa kau tak suka aku gunakan kuasa aku....."tolehnya ke belakang. Membuatkan dia bertemu dengan dagu Ryu.
Ryu tidak membalas. Dia sekadar balas renungan mencerun Aerin. Anak rambut yang menengenai mata Aerin di selak ke belakang telinga sambil tu.
"Tengok...kau diam. Bila aku tanya taknak jawab. Bila aku marah kau tak terima."Aerin kembali memaling ke depan. Tangan disilang ke dada kejengkelan.
"Kenapa kau suka marah-marah?" tanya Ryu menjengahkan kepalanya ke tepi muka Aerin.
"Kenapa kau suka buat aku marah?"tanya Aerin pula bercemberut tidak memandang Ryu.
Lucu dengan pertengkaran mereka itu, Ryu mengucup tepi pipi Aerin sebelum memukul tali cekang ke badan kuda untuk membuatkan haiwan itu mula berjalan pergi. "Kita akan terus balik ke istana lepas ni.."
HAh!Baru la Aerin pusing semula ke Ryu. Tepi lengan itu di pegang kerana terkejut mendengar ucapan itu.
"Lah balik istana pulak...tadi kau dah janji nak bawak aku ambil angin kan..."
"Tak lagi.."mendatar saja nada Ryu sewaktu dia memandang ke depan. Dia tidak boleh bawa Aerin keluar lagi selepas ini memandangkan Aerin telah menggunakan kuasanya. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dia perlu kurung Aerin lagi.
Marah-marah Aerin sandarkan belakang badan ke dada Ryu. Bibir sudah tercebik."Itupun tak boleh ke?Bukannya selalu aku dapat keluar ambil angin..."nak nangis la macam ni!
Share this novel