Dengan tergesa-gesa para tentera istana dan pengawal yang ada berarak merentasi koridor. Mereka semua bergerak ke satu arah yang sama. Diketuai oleh Camdus di barisan paling hadapan sekali. Seperti yang diarahkan oleh Ryu, Camdus bergegas ke istana Utama untuk menghadap Raja Emmett dan Puteri Mara waktu itu.
Disebabkan pasangan anak beranak diraja itu sedang bersantap di ruang makan, Camdus membawa sekumpulan tentera untuk mengiringinya ke situ. Mereka terpaksa menjalankan rencana mereka lebih awal dari yang disangka malahan pelan mereka juga telah lari daripada idea asal. Nak tak nak terpaksa mereka jalankannya segera.
"Buka pintu."arah Camdus kepada dua pengawal yang menjaga laluan masuk ruang makan.
"Ada apa ni?"lirik mereka kehairanan ke arah para tentera yang beratur di belakang Camdus.
"Buka saja pintu ni segera."arah Camdus lagi dengan renungan dingin.
Mahu tak mahu pengawal itupun membukakan pintu dengan seluasnya. Maka berarak masuk Camdus bersama tentera di belakang.
Gema dari bunyi tapak kasut menyentak perbualan dua beranak di meja makan panjang serta merta. Kepala Raja Emmett terangkat ke pintu.
Sementara Puteri Mara pandang bersama senyuman di bibir tetapi memudar sesaat kemudian setelah lihat apa yang ada di hadapan mereka saat itu.
"Selamat tengah hari tuanku."tunduk Camdus dengan kecil.
Mata Raja Emmett terkebil-kebil bingung. Dia lirik setiap seorang di situ kecurigaan. Apa yang sedang berlaku ni?"Kenapa kamu semua berada di sini?Ada sesuatu yang terjadi ke Camdus?"soalnya sebelum memandang Camdus.
Puteri Mara berkerut kening.
"Saya minta kerjasama tuanku dan Puteri Mara supaya ikut saya."beritahu Camdus.
"Ke mana?"Puteri Mara bertanya.
"Suatu tempat yang mana selamat untuk tuanku dan puteri berada sekarang."
"Sesuatu telah terjadi ke?Kenapa kamu bawa tentera ke sini sekali?"Raja Emmett pula bertanya.
Ketika itulah bunyi dentuman kuat kedengaran diikuti dengan jeritan suara naga dari luar. Hal tersebut telah menyebabkan Raja Emmett pantas berdiri sementara Puteri Mara toleh ke belakang dimana jendela berada.
"Bunyi apa tu?"Puteri Mara mengecilkan matanya taktala perasan ada asap dan api dari arah menara Akademi Dragon Tamer.
Tidak seperti mereka, Camdus tidak terkutik. Lelaki itu palingkan kepalanya ke kanan. Memberi isyarat kepada tentera yang bertugas untuk bergerak dan mula bertindak.
Serta merta mereka menurut. Tiga daripada mereka mendapatkan Raja Emmett. Sementara dua lagi mendapatkan Puteri Mara.
"Apa tadi tu?"Raja Emmett pandang cemas ke Camdus sewaktu dia dipaksa untuk berjalan ke arah pintu.
"Bishop Harman dan Caspian merencana untuk melakukan pemberontak atas kejadian yang menimpa kapung mereka iaitu Naga Lambang Merah."jelas Camdus melirik dingin ke Raja Emmett.
Bergelut di balik kekangan tentera, Puteri Mara jalan tersandung-sandung. "Dimana Ryu!?Adakah dia tahu mengenai hal ni?"
"Sekiranya bunyi letupan kedengaran itu bermakna Ryu baru saja selesai."beritahu Camdus.
"Apa dia?"pandang Puteri Mara begitu tercengang. Jadi bunyi letupan yang dari dari arah menara akademi adalah berpunca dari Ryu?
Waktu itu Raja Emmett begitu tergamam.Dia tak tahu nak cakap apa selepas dengar semua ni. "Bukan ke seluruh penduduk Kerajaan Naga Lambang Merah telah dihapuskan lama dahulu??"
"Nampaknya bukan semua.."Camdus berpusing ke arah pintu dan berarak keluar bersama Raja Emmett dan Puteri Mara di belakang.
Mulut Raja Emmett tercengang. Lelaki itu begitu tergamam yang amat sangat.
"Saya nak Ryu!Bawa saya berjumpa dengan Ryu sekarang!"gelut Puteri Mara sewaktu dirinya di bawa pergi.

Didalam kawasan sebuah tempat tersembunyi muncul Caspian dalam keadaan kelam kabut. Dia meredah kawasan hutan di situ. Menolak segala semak samun yang menghalang laluannya. Semakin ke dalam dia masuk, semakin jelas lubang gua tempat persembunyi Bishop Harman dan barisan naga yang lain.
Tidak berlengah dia berlari masuk ke dalam lubang gua tersebut. Caspian melalui satu laluan lurus yang gelap sebelum tiba di sebuah ruangan luas.
"Master!"panggilnya setelah melihat cahaya. Caspian melilau sekeliling ruang serta merta. Cuba hendak mencari master dia di antara ramai-ramai orang di situ. "Master!"
"Ya Caspian!"sambut Bishop Harman tidak jauh dari laluan masuk gua itu. Lelaki itu sedang berborak awalnya, tapi bila dengar suara cemas Caspian dia terus menolak mereka yang ada depan dia supaya ketepi. "Kenapa?"
Kepala Caspian pantas ke kanan dan lelaki itu pandang Bishop Harman dengan renungan gelabah. "Rancangan kita ketahuan!Ryu sekarang sedang bertarung dengan Brianna!"beritahunya tergesa-gesa. "Kita tak boleh berlengah lagi..."
"Macam mana Ryu boleh tahu??Bila dia balik ke sini?Bukan ke sepatutnya dia berada jauh di Wilayah Selatan sana?"Bishop Harman jalan mendekati Caspian dengan lekas. Keningnya mencerun cemas.
"Saya tak tahu master. Saya baru saja selesai menghapuskan mereka di dalam akademi sebelum Ryu muncul. "
"Di mana Brianna?"
"Ada di sana...bersama Ryu!"
"Kamu biarkan dia sendirian?"
"Brianna yang suruh saya ke sini untuk dapatkan master!Kalau saya tak tinggalkan dia mungkin saya tak dapat beri amaran kepada master sekarang."
Cis!Tak guna!Bishop Harman memalingkan kepala ke arah semua mereka yang sedang berada di dalam gua tersebut. Semua mata terarah padanya. Nampaknya rancangan mereka untuk musnahkan kota sebelum menyerang Raja Emmett sudahpun terlewat.
Kalau Ryu berada di sini itu bermakna mereka tidak akan ada peluang sama sekali untuk bertindak seperti yang direncanakan dari awal lagi. Hal ini kerana para tentera naga yang diketuai Ryu boleh tahan jugak kuatnya!
Kalau berlengah memang takkan lepas punya!
"Kita akan ikut pelan kedua..... Setiap kumpulan berpecah mengikut ahli kumpulan yang ditetapkan. Jelmakan diri kamu sebagai naga dan musnahkan keseluruh Xenthopia. Bakar apa yang ada!Jangan tinggalkan satu sisa pun. Sementara yang lain. Ikut saya. Kita akan menyerang istana Utama. Tanpa raja atau dengan raja. Kita perlu hapuskan semua kehidupan di Xethen pada hari ni jugak!"arah Bishop Harman tidak lama dia mendiamkan diri.
"BAIK TUAN!"laung semua di situ dengan serentak hingga bergema lantunan suara mereka itu.
Share this novel