Bersama renungan dingin Arran memerhatikan para pahlawan naga sedang berendam di dalam mata air panas. Seluruh Kawasan itu berwap. Dan disebakan kesemua di situ sedang berendam, Arran dapat melihat pelbagai jenis bentuk lambang naga di badan setiap seorang di situ.
Sefaham Arran kesemua lambang naga di sini adalah lambang naga-naga terdahulu yang telah terbuang dan tidak mempunyai identiti. Kenapa mereka semua boleh berkumpul di suatu tempat dan bersekongkol sama?
Semakin lama Arran meluangkan masa di situ Bersama Bishop Harman semakin menggunung rasa curiganya. Kenapa mereka semua kelihatan asing dan tidak seperti rakyat jelata biasa? Bila ditanya, tiada siapa yang mahu bersuara.
"Hei Budak baru.."suara garau menyergah di sebelah.
Pantas kepala Arran berpaling. Dia bertentang mata dengan seorang lelaki berambut Panjang yang ditoncang satu ke belakang. Ada parut di tepi pipi kanan. Renungan matapula berwarna dark green emerald.
"Saya ke?"soal Arran hairan.
"Aku dengar di akademi tempat kau belajar ada seorang Dragon Whisperer. Kau ke orang tu??"
Siapa?Kening kiri Arran berdenyut tidak semena. "Dragon Whiperer?"ulangnya semula bingung.
"Yalah...kalau tidak apa sebabnya Bishop Harman biarkan orang Xenthopia seperti kau masih hidup sehingga sekarang melainkan ada sebabnya.."tambah lelaki bertoncang itu saat masuk ke dalam air sungai yang sedang berwap hangat. Sedikit pun tidak ragu-ragu untuk masuk ke dalam air panas tersebut.
Apa yang dia dengarkan sekarang ni?Arran semakin kebingungan. Dia langsung tidak memahami satupun apa yang dikatakan oleh lelaki bertoncang itu. Kenapa Bishop Harman hendak membunuh orang Xenthopia?Bukan ke musuh mereka sekarang adalah Ryu Fury dan Aerin Ofelia!?
"Kena-"Aran baru sahaja hendak bersuara tetapi lelaki bertoncang itu sudahpun gerak ke kumpulan dimana rakan-rakan lelaki itu berada. Tak jadi Arran hendak bertanya lebih lanjut. Dah kenapa lelaki tu tanya dia tentang Dragon Whisperer?Bukan ke puak tu dah lama terhapus!?
Lantas suara orang gelak tawa kedengaran dari penjuru sungai. Arran pandang ke arah itu lalu melihat sekumpulan lelaki sedang bergurau senda di situ. Dan Ketika inilah sesuatu terlintas dalam fikiran. Sesuatu yang membuatkan dia teringat akan Aerin sewaktu mereka mengembara Bersama tempoh hari.
Aerin pernah berkata yang gadis tu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena bakal berlaku. Bila ditanya gadis tu taknak jawab. Sekali tu memang benar!Setiba saja di Xenthopia, peperangan sedang tercetus, seluruh tempat musnah. Mungkin ada sesuatu yang Aerin tahu tapi tak nak beritahu sebelum mereka tiba di Xenthopia.
Iaitu bagaimana Aerin boleh tahu hal tu sedangkan mereka berada jauh dari Xenthopia!
Aran pantas keluarkan kaki dari air lalu naik dari kawasan sungai air panas untuk ke tempat penginapan mereka. Dia daki bukit itu secepat mungkin dengan riak nekad di wajah.
Bishop Harman pasti tahu sesuatu!Sebab lelaki tu adalah orang yang menghantar mereka berdua keluar dari Xenthopia beberapa hari sebelum semua serangan dan peperangan terjadi.
Kenapa baru sekarang dia menyedarinya!?
Hari semasa mereka tiba diperkampungan itu, tiada pun masalah seperti yang dinyatakan dalam skrol tugasan mereka. Sekelip mata peperangan pun tercetus. Tepat semasa mereka tiada di Xenthopia. Yang meninggalkan hanya Aerin dan dia saja yang terselamat dari terkorban dalam kemusnahan Akademi Dragon Tamer.
Kenapa?
Apa alasannya?
Setibanya Arran di puncak bukit, dia berjalan laju menuju ke Kawasan pendalaman hutan. Meredah laluan kecil dengan berkaki ayam saja. Sebelah tangan memegang kasut boot combat.
"Di mana Bishop Harman?"soal Arran sebaik bertembung dengan pengawal Bishop Harman dihadapan guan tempat persembunyian mereka.
"Ada di dalam.."jawab suara dalam milik lelaki botak bertatu ungu pada tepi kanan leher.
Tanpa menunggu lama Arran pun terus meluru masuk ke dalam laluan masuk gua tersebut sebelum dihadang dengan lelaki yang sama.
Hal itu menyebabkan dua orang tersebut saling bertemu muka.
"Kenapa?"soal Aran.
"Kau nak ke mana?"
"Jumpa Bishop Harman..untuk apa lagi."
"Maaf sekarang dia tidak mahu diganggu."
Mata Aran terus mengerling ke balik bahu lelaki di hadapannya. "Kalau macam tu beritahu pada Bishop Harman bahawa anak murid dia mahu bertemu dengan dia sekarang."tegasnya.
"Sepertinya yang diberitahu Bishop Harman tidak mahu di ganggu."deram lelaki itu lagi dengan renungan mencerunnya.
Lantas Aran menjeling tajam. Kepalan penumbuk dalam genggaman. Ini lah...ini la yang selalu dia lalui setiap kali dia cuba mendapatkan Bishop Harman. Pasti ada saja halangannya.
Memangnya apa yang mereka semua sedang sembunyikan!?
"Sekejap aje..takkan itupun tak boleh kau beritahu Bishop Harman yang aku nak berjumpa dengan dia!?"
"Apapun alasannya, bukan sekarang. Kemudian saja."
"Kemudian..kemudian. Kau tahu tak aku dah muak dengan perkataan tu! memangnya apa yang orang tua tu lakukan sampai nak berjumpa pun tak boleh!?"
Lelaki itu tidak membalas kemudiannya. Dia diam memandang wajah keruh Aran buat seketika sebelum berdiri tegak di hadapan laluan itu. Memberitahu dengan jelas apa saja yang Aran katakan atau lakukan, dia tidak akan dapat mendekati Bishop Harman dalam masa terdekat.
"Tsk!Tak guna betul!"
Share this novel