CHAPTER 3 : Senior Tak Jadi

Fantasy Completed 5425

Musim sejuk pada tahun itu jatuh tepat pada hari lahir Aerin Ofelia. Gadis itu sudahpun masuk usia 15 tahun sewaktu dirinya telah dilantik sebagai ketua protégé kerana keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan dan sesi pemilihan.

Untuk meraikan hari lahir dan pelantikan tersebut, Aerin telah menulis surat buat senior yang beza dua tahun dengannya untuk bertemu. Aerin mahu meluahkan rasa Sukanya kepada seniornya itu. Dengan harapan perasaannya tidak akan ditolak.

Yakin semua persiapan telah lengkap, Aerin pergi ke tempat pertemuan yang dia aturkan untuk hari itu. Lokasi itu betul-betul terletak di pintu gerbang menghadap kawasan hutan Black Forest. Selain itu dia sempat menyiapkan hadiah kecil iaitu sebungkus biskut buatan tangan sendiri serta jambangan bunga gubahannya sendiri. Aerin luangkan cuti hujung minggunya dari subuh hinggalah ke tengah hari semata untuk sesi meluahkan perasaannya itu.

Jam 2 petang, Aerin ringkas dalam dress labuh lengan panjang kolar cekak leher biru gelap, berdiri di depan pintu gerbang itu. Tersenyum-senyum dia waktu itu. Sampaikan terlalu teruja dia tidak sedar hujung kasutnya menguis permukaan salji tebal di bawah kaki waktu itu.

Dalam kepalanya sepanjang menunggu, Aerin atur setiap ayat yang dia bakal tuturkan selepas seniornya itu datang. Berulang-ulang kali sampaikan dia tersengih sendiri gara-gara teruja.

Agaknya senior dia terima ke tidak luahan perasaannya ini?

Kalau terima memang dia janji dia akan jadi pelajar cemerlang tahun ni.

Aerin pun tunggu.

Dan tunggu.

Dan tunggu lagi.

Sampailah matahari mahu terbenam.

Aerin masih menunggu.

Penantian itu langsung tidak kunjungi tiba. Membuatkan semangat Aerin tadi semakin memudar. Dia acap kali melempar pandangan ke laluan untuk ke pintu gerbang tersebut. Berharap senior dia akan munculkan diri.

"Kenapa pulak kali ni?Silap apa lagi?"bisik Aerin sebak bila merasakan dirinya jelas-jelas telah di tolak cintanya. "Senior..."tunduknya ke bawah memandang akan jambangan bunga serta biskut yang sudah dipegang hingga kebas jari jemarinya.

Tik!

Tik!

Titisan air mata jatuh ke atas salji di bawah.

Patah hati Aerin. Dia kesedihan memikirkan orang yang dia sukai tidak datang menemuinya. Selama lima jam dia berdiri, semuanya hanya sia-sia.

"Huhuhuhu!kenapa tak datang....senior!"nangisnya terus bercangkung di situ membiarkan jambangan bunga serta bungkusan biskut yang dipegang tergeletak atas salji begitu saja. Kepalanya terhenjut-henjut kesedihan. Sampai hati buat dia begini!

Tiba-tiba salji pun turun.

Kepingan putih itu semakin lama semakin lebat. Menimpa kepala berambut hitam ikal milik Aerin saat gadis remaja tersebut tidak bergerak untuk pergi atau berteduh.

Tetapi tidak lama.

Kepingan salji putih berhenti dari jatuh mengenai Aerin setelah satu kelibat memayungi dia yang sedang bercangkung di situ.

"Apa kau buat dekat sini Aerin?"tegur suara dalam tiba-tiba.

Kepala Aerin dengan segera tersentak tegak. Dia perlahan-lahan mengangkat kepala dan bangun dari cangkungnya setelah menyedari siapakah empunya suara itu.

"Awak!?"pandangnya dengan mencerun. Mata,hidung dan pipi kemerahan.

Ryu berdiri melangit di depan Aerin bersama renungan dingin. "Ya aku?Kenapa tak happy tengok aku?"soalnya.

Waktu itulah Aerin sedar sesuatu. Dia sedar kenapa senior dia tidak datang menemui dirinya selepas lihat wajah berlagak menyakitkan hati di depannya saat itu. "Apa yang awak dah buat Ryu!"tuduhnya serta merta. "Beritahu saya cepat!"

Kening Ryu berkerut. "Apa maksud kau?"

"Awak kan!Awak kan yang buatkan senior tak datang temui saya?Apa lagi yang awak dah buat kali ni hah!"dengan kasar Aerin menujah dada Ryu. Memaksa lelaki itu berundur ke belakang.

Tidak melawan atau menolak, Ryu berdiri di situ tidak bergerak. Dia hanya pandang tidak faham akan Aerin yang sedang menangis sedih itu. "Senior siapa yang kau maksudkan ni?Otak kau dah beku sangat ke sampai meraban macam ni?"ujarnya.

Aerin memukul-mukul lagi dada Ryu. "Kenapa!Kenapa awak nak ganggu saya tak berhenti macam ni Ryu?Saya ada ganggu hidup awak ke!?"nangisnya sambil tu ekoran begitu sedih dan patah hati. "tahu tak berapa lama saya tunggu saat ni!Awak dengan mudah merosakkannya lagi!"

Ryu menelan air liurnya dengan susah payah setelah lihat wajah kesedihan Aerin waktu itu. Tanpa mengatakan apa-apa, dia tarik Aerin ke dalam pelukannya.

Aerin tepis tangan Ryu dengan segera. Dia kesat air mata dengan belakang tangan saat pandang mencerun ke Ryu.

"Jangan sentuh saya!Saya bencikan awak Ryu!Dulu atau sekarang!Awak tak pernah berhenti buat hidup saya sengsara!Tak cukup ke dengan apa yang saya dah lalui?Awak nak tambahkannya lagi.."

Air mata yang mengalir turun di pipi Aerin waktu itu dipandang Ryu. "Aku tak tahu kenapa kau marahkan sangat dengan aku Aerin. Apapun yang kau marahkan tu, aku betul-betul tak tahu apa-apa!"nafinya.

"Tipu!Itu aje yang awak tahu!"

"Aku tak tipu!"

"Awak dah berusia 18 tahun dah pun...dah dewasa. Sampai bila nak jadi kebudak-budakan macam ni!?"nangis Aerin semakin menjadi-jadi.

"Aku tak buat apa-apa pun!"

Aerin menggeleng kepala dengan marah. Dia tidak percayakan Ryu! Lelaki ini jahat!Dari dulu lagi! Dan dia membencikannya.

"Ryu Fury!Mulai detik ni, saya takkan bercakap dengan awak!!"lafaz Aerin dengan nekad saat pandang tepat ke mata lelaki di hadapannya.

Seakan direntap jantung dari tangkainya, ,Ryu pandang tidak berkedip akan Aerin dengan nafas tertahan-tahan. Begitu tertampar dengan ucapan itu.

"Aerin apa yang kau-"

Aerin beredar dari situ tanpa menunggu Ryu menghabiskan kata-katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience