Kejadian yang berlaku dua hari lepas buatkan semua kelas Aerin terpaksa dibatalkan untuk sementara waktu. Atas arahan Bishop Harman sendiri. Nak tak nak Aerin akur dengan arahan tersebut. Jadi baki harinya itu dihabiskan dengan mengemas bilik dan melatah kemahiran diri sendiri.
Hujung minggunya pula, Aerin tergerak hati hendak ke pekan buat mengunjungi bazar membeli barang dan keperluan untuk membuat ubat-ubatan bagi merawat luka buat pelajar naganya yang sering tercedera kerana tidak dapat mengawal kuasa naga masing-masing setiap kali menjelma. Sama ada luka terbakar, lebam terjatuh, tangan atau kaki terseliuh, kepala berbenjol atau calar balar kerana jatuh sewaktu cuba hendak mendarat. Itu antara yang biasa Aerin hadapi setiap kali mengajar anak muridnya.
Suara-suara orang berbua dan ketikan peralatan jelas kedengaran dalam kawasan Bazar Olga Ok. Ianya merupakan sebuah tempat khas buat para peniaga untuk berjual beli dengan pelanggan yang datang melawat.
Sama ada dari barang tembaga, periuk belanga, pasu ataupun tembikar semuanya ada.
Haiwan hidup juga dipamerkan dalam kandang, sama ada itik, khinzir, ayam dan angsa semuanya ada. Yang bijak tawar menawar dapatlah harga yang berpatutan. Kalau yang jenis tidak kisah, berapa saja harga yang diberi mereka terima aje.
Disebabkan waktu itu baru masuk waktu tengah hari, dentingan loceng dari menara kawalan bergema seisi kawasan Xenthopia hingga merangkumi seluruh kawasan bazar tersebut. Memberitahu bahawa sudahnya waktu tengah hari. Sama ada yang bekerja perlu berehat atau yang menjual makanan atau membuka kedai makan perlu bersiap untuk menyambut pelanggan.
Kuda-kuda yang membawa barang berdetak-detak melalui tepi laluan jalan dimana pegerai berada sewaktu seekor ayam yang terlepas dari kandang mencicit-cicit lari melintasi jalan dimana seorang peniaga membawa pedati baru melintas.
Aerin jalan melewati seorang ibu yang tika itu sedang mendukung bayinya yang menangis. Sempat dia kerling sekejap akan anak beranak itu sebelum menyambung langkahnya untuk ke Lorong sebelah kanan di situ.
Bazar Olga Ok terbahagi kepada tiga tempat. Yang pertama adalah bazar kering, dimana Aerin baru saja lalui. Keduanya adalah bazar basah yang mana khas untuk pelayan yang menjual barang basah seperti ikan, sotong, udang, ketam dan sebagainya. Yang terakhir adalah bazar underground. Bazar yang mana berada di bawah tanah. Bazar ini adalah tempat dimana barang-barang magis diniagakan. Dari herba Ajaib, haiwan Ajaib dan barang terlarang seperti sihir gelap. Semuanya ada di situ. Biasanya bazar bawah tanah dikunjung seperti ahli magis atau mereka yang seperti Aerin sendiri.
Sebaik membelok ke kanan, Aerin bertembung lagi dengan kawasan bazar kering lagi. Yang mana tempat orang menjual kain, seluar, pakaian siap jahit dan peralatan untuk berkuda atau memanah.
Kelentang kelentung bunyi orang menukang kedengaran dari kedai pembuat pedang taktala Aerin melewatinya sebelum dua orang kanak-kanak lelaki muncul mengejut dari arah sebuah gerai di situ lalu melanggar dirinya.
Biasalah nama pun kanak-kanak apalah yang mereka tahu selain main dan menghiburkan diri. Memang tak pandang dah kanan atau kiri.
"Sini cik...beli kain sutera baru tiba!"panggil penjual kain apabila Aerin melewati depan gerainya.
Aerin hanya pandang seketika sebelum meneruskan langkahnya ke hadapan. Waktu dia hampir hendak tiba di hadapan anak tangga batu-batu, entah dari mana dan bila seseorang muncul dari arah kanan gerai sebelum melanggar Aerin yang hendak ke depan.
"Auw!"aduh suara lembut tidak semena.
Dengan riak terkejutnya, Aerin pantas pandang ke hadapan sambil memohon maaf. Tangannya siap diangkat hendak memegang orang yang dilanggarnya tadi.
"Maafkan saya...."ucap Aerin walaupun ianya bukan salah dia berlanggar dengan orang hadapannya saat itu. Sebab dia memang tak tahu kemunculan mereka di situ.
"Tuan puteri tak apa-apa?"suara dalam pula menyapa.
"Ya...saya tak apa-apa. Tapi cik sakit dekat mana-mana?Silap saya tak lihat depan tadi semasa berjalan.."sekali lagi suara lemah lembut itu kedengaran.
Aerin pandang tidak berkedip akan Wanita di depannya saat itu kerana terpempan. Oh tidak! Bukan niat dia nak berlanggar!"Maafkan saya tuan puteri..."dia dah tunduk hendak melutut di situ kerana bersalah melanggar satu-satunya puteri mahkota kerajaan mereka. Bolehnya mereka bertembung.
"Eh...bangun...jangan melutut...saya tak apa-apa..."Puteri Mara Ferin dengan lekas memegang tangan Aerin dan paksa gadis itu berdiri semula. "Serius...saya tak apa-apa. Saya yang bersalah."
Bila Aerin pandang betul-betul barulah Aerin perasan Puteri Mara Ferin bukan seorang diri, tetapi ada yang menemani. Terpaku seketika dia selepas bertentang mata dengan renungan dingin akan lelaki lampai di samping Puteri Mara saat itu. Gugup menyergah hati.
"Sekali lagi saya mohon maaf tuanku. Silap saya tidak lihat ketika berjalan.."tunduk Aerin dengan rendah diri di depan puteri raja itu.
Bersama senyuman manis di bibir, Puteri Mara Ferin menilik wajah bersih cantik milik gadis di depannya dengan renungan minat. Rasanya dia kenal!
"Hahaha...tak perlu. Saya tak apa-apa. Bukan ke awak ni Dragon Tamer, protégé Bishop Harman?"
"Ya saya. Kenalkan diri, saya Aerin Ofelia."
"Saya tahu...saya dengar banyak tentang awak yang selalu keluar masuk bandar untuk selesaikan masalah naga muda di pekan yang lain."bicara Puteri Mara Ferin dengan ceria. "Ryu sendiri baru saja pulang dari misi dia..."ujarnya merujuk akan lelaki lampai yang sedang berdiri disampingnya.
Masa itulah Aerin mengangkat kepalanya dan terkedu apabila mendengar nama tersebut. Sekali lagi dia pandang akan lelaki lampai yang berdiri di samping Puteri Mara Ferin. Dia terkejut kerana wajah Ryu sungguh berbeza dari kali terakhir dia melihat lelaki ini. Rasanya sudah lima tahun lebih mereka tidak bertemu. Jadi Ryu kelihatan sangat gagah, tubuh itu sasa dan wajahnya juga kelihatan matang.
"Oh ya ke...terima kasih tuan puteri. Saya hanya lakukan setakat mana saya mampu.."Aerin tidak memandang Ryu lagi selepas sedar siapakah lelaki itu. Dia masih rasa serba salah pada Ryu tetapi tidak berani hendak menyatakannya. "Kalau begitu saya minta diri dulu ya."mereka berdua tiada apa-apa hubungan. Apalagi hutang. Jadi dia tidak perlu fikir banyak tentang apa yang berlaku pada Ryu. Hidup lelaki itu, urusan lelaki tu sendiri. Aerin bergerak pergi dari situ tanpa mengerling ke Ryu sekalipun.
"Ya...hati-hati di jalan."Puteri Mara Ferin pandang Aerin sepanjang masa tu.
Sementara Ryu, waktu itu begitu terkedu sampaikan dia tidak terkata selepas melihat Aerin buat kali pertama selepas lima tahun berlalu. Dia tidak sangka yang Aerin yang remaja sudahpun menjadi seorang wanita yang jelita dan cantik. Tetapi entah kenapa dia dapat mengesan ada yang tidak kena pada Aerin. Aura yang biasanya terang dan vibrant milik Aerin kelihatan malap dan memudar.
"Ryu..."Puteri Mara Ferin paling ke kanan. Dia dongak ke Ryu. Tetapi panggilannya tidak dihiraukan. "Ryu...awak dengar tak ni?"lengan lelaki itu di goncang perlahan.
Barulah Ryu tersentak. Dia pandang Puteri Mara Ferin dengan riak kosong bingungnya. "Ya tuan puteri. "
"Ayuh kita pergi...awak menangkan apa lagi tu?"
"Tiada ada apa-apa.."geleng Ryu perlahan sebelum sempat mengerling ke arah dimana Aerin pergi tadi.
SETIBA di bazar underground, Aerin terus menuju ke gerai biasa dia beli barang-barang untuk penyediaan ubat-ubatannya.
"Ayoo...adik manis. Baru datang ka?Ingat tak mau datang?"sapa Borus, si penjual herba dan posyen Ajaib setelah Aerin berdiri depan gerainya.
"Macam biasa ya..."beritahu Aerin tunduk mencapai sesuatu seperti jejari sotong kurita yang telah dikeringkan.
"Itu kaki pari-pari ranting...mau ka?"Borus tiba-tiba beritahu kepada Aerin sambil ambil satu daripada kotak di situ.
Terkaku Aerin selepas dengar. Dia pandang ngeri akan benda yang disangkakan jejari sotong tadi lalu ke muka berjambang lebat Borus. "Kaki pari-pari?"soalnya sambil meletakkan semula ranting itu ke bawah dengan berhati-hati. "Untuk apa?"
"Itu orang kata...adik manis kasi rebus itu kaki pari-pari...minum itu air, adik manis bagi sihat itu badan.."Borus beritahu sebelum tersengih lebar. "Ini ranting banyak bagus tau!Mau?"
Aerin cepat-cepat menggeleng kepala. "Tak apa. Saya beli barang biasa aje..."kesian pari-pari ranting tu!Nak menangis dia lepas dengar!
"Macam mana itu budak naga kamu ajar?Baik?"Borus mula tunduk membongkok di bawah kaunter tu mengeluarkan bungkusan kertas coklat dari situ dan diletakkan atas barangan yang ada.
"Nama pun budak-budak. Nak harapkan apa. Kalau bukan buat masalah...dapat masalah."beritahu Aerin termenung sendiri mengenang apa yang dah berlaku pada anak muridnya.
"Adoi...itu macam ka?Tak apalah adik manis. Nama aje guru kan. Banyak susah ajar budak-budak. Tapi nanti sudah pandai itu budak, adik manis yang banyak senang.."Borus mula mengumpul semua bungkusan herba dan barang untuk ubat Aerin lalu diikat ketat sebelum diserahkan kepada Aerin.
"Terima kasih Borus. Nanti macam biasa saya datang ya.."beberapa nikel perak diserahkan kepada lelaki itu saat dia capai bungkusan yang diikat dengan tali guni itu.
"Okay...okay!Datang lagi hah!"Borus ambil 10 nikel perak itu dengan senyuman lebar. Ini kerana Aerin sering berikan dia wang lebih dari harga sebenar barang yang Aerin beli. Dari dulu lagi. Yang mana buatkan Borus hargai pelanggan tetap kesayangannya yang satu ini.
Dari jauh waktu itu ada mata yang memerhati Aerin keluar dari kawasan bazar itu.
Share this novel