“Apa pelan kau Aerin?”
“Kau tahu keberadaan Bishop Harman sekarang?”
Arran mengangguk kepala perlahan.
Kedua-dua mereka sedang berdiri di hadapan sebuah rak buku ditemani dengan pelita gantung yang sedang dipegang oleh Arran sewaktu Aerin sedang menatang sebuah buku tebal di situ.
“Kali aku terakhir akhir periksa, Bishop Harman dan tenteranya sudahpun tiba di kawasan hadapan Dome Sempadan Utara. Disebabkan ada pendinding, ianya akan mengambil sedikit masa untuk memecah masuk kawasan ni. Kalau mereka cuba pun, bukan kerja mudah untuk pecahkan dinding pelindung. Aku sendiri ambik masa tiga hari untuk retakkan kawasan dinding perlindung ni.”
Sambil membaca butiran sihir dalam buku naga yang dipegangnya,Aerin bersuara lagi.
“Macam mana kau boleh pecahkan dinding pelindung tu tanpa dikesan?”
“Gunakan kuasa petir aku, tapi taklama. Lepas dinding pelindung tu merekah kuasa magis pada dinding tu akan selfheal dengan sendiri. Aku tak tahu siapa yang buat dinding pelindung ni..apa yang aku tahu kuasa sihirnya bukan kaleng-kaleng.”
Aerin memalingkan kepalanya ke sebelah memandang Arran yang bertopeng mulut pada wajah dengan scarf hitam lelaki itu. “Ryu yang buat sihir pendinding tu. Dan alasan kenapa kuasa dia kuat, sebab aku sekarang tengah hamil anak sulung dia.”
“Apa!?”membutang mata Arran. “Kau apa?”
Lantas Aerin kembali meneruskan bacaannya.Tidak mempedulikan reaksi Arran. Dia mencari panduan bagaimana hendak mengawal naga secara besar-besaran dengan menggunakan peranatara. “Kau perlu bersembunyi buat sementara waktu dekat dalam istana ni. Kalau benar apa yang kau cakap Bishop Harman dah sampai sempadan. Ryu dan Cadmus sudahpun tahu mengenai ni dan bakal bertindak.”
“Hei…kau tak habis cakap lagi.”Arran memalingkan badan Aerin kepadanya. “Apa maksud kau yang kau hamil?”
Dengan muka tidak pedulinya, Aerin pun pandang Arran. “Ya…aku hamil. Ke kau nak aku beritahu kau secara terperinci macam mana aku hamil?”balasnya bernada mendatar tiada emosi.
Gulp!Arran menelan liur. Memangnya apalagi yang Aerin tidak beritahu dia?Banyak sungguh perkara yang dia tidak tahu!“Ish..ke situ pulak kau ni.Maksud aku, bila masanya?Tapi apa kaitan kehamilan kau dengan kuasa Ryu?”
Banyak la soalnya!“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?”Aerin menarik tangan Arran yang sedang memegang pelita supaya kembali naik semula selepas lelaki itu menurunkannya ke bawah.
“Ya. Aku dengar.”balas Arran dengan grumpy. “Lepas tu nak aku buat apa?”
“Jumpa aku dekat bilik bacaan tingkat tiga sayap utara istana. Aku akan ke situ. Kau tunggu je.”
Masih belum puas hati dengan apa yang di dengarnya tadi, Arran sekadar mengangguk kepala acuh tak acuh. Dia ingatkan Aerin hanya Dragon Tamer Ryu yang dah bonding bersama lelaki naga itu. Sekali tu?Siap mengandung lagi tu?Wahh….. “Memangnya kau dengan Ryu tu lebih dari Dragon Rider dia ke?”
“Apa kau merepekkan ni…Ryu tu suami aku la. Dia juga putera mahkota Negeri Cahaya. Yang mana sekarang adalah pengganti Raja Emmet.”
Tergantung terus rahang Arran selepas dengar. Lelaki itu pandang tidak berkedip akan tepi wajah Aerin untuk beberapa saat.
END OF FLASHBACK
Aerin perhatikan dari jauh akan pergerakkan tentera dan pahlawan yang bergerak dalam Kumpulan semasa Ryu dan Cadmus berdiri di hadapan perbarisan itu. Beberapa ekor naga juga turut berada di perkarangan istana. Ada yang berdiri tegak, ada yang duduk melingkar memejamkan mata. Ada juga yang sedang mengenakan sut armor ke badan bersisik itu. Beberapa penunggang naga sedang mempersiapkan diri di samping naga masing-masing.
Seperti yang diduga, Ryu benar-benar mengerahkan kesemua pahlawan naga dan tentera untuk berperang. Beratus-ratus manusia dan naga jadian telah dihimpunkan di situ. Sama ada yang berkuda atau yang bernaga. Semuanya tampak megah dan gagah. Seakan memberitahu dengan jelas bahawa tiada siapa dapat menumpaskan barisan pahlawan dari Kerajaan Negeri Cahaya ini.
Tiba-tiba kepalanya berasa pening. Aerin pun berkerut kening. Tangannya naik mengurut tepi pelipis. Morning sickness dia semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Sampaikan hendak makan pun tiada selera. Tapi dia tidak memberitahu Ryu mengenainya kerana enggan buatkan lelaki itu semakin protective. Nak tak nak kena tanggung sendiri.
“Tuanku Permaisuri, masa untuk sarapan.”maklum dayang dari belakang di laluan masuk beranda.
Lamunan Aerin terhapus dibuat teguran itu. Dia pun pantas menoleh. “Saya tak lalu nak makan. Kamu semua boleh beransur ke pos masing-masing.”
“Tapi tuanku Permaisuri tak jamah apa-apa malam tadi?”
Haih!Susah sangat agaknya nak faham bahasa kan?Letih betul. Aerin melepaskan hela pendek mengalahnya sebelum mengangguk. “Bukan saya taknak makan, tapi saya betul-betul tak boleh nak telan apa-apa sekarang.”beritahunya semasa mula berjalan hendak masuk.
“Saya faham tuanku.”tunduk ketua dayang kepada Aerin taktala Aerin jalan melepasinya di pintu masuk beranda tersebut.
Sedang Aerin dan empat orang dayang berjalan menyusuri koridor di situ, tiba-tiba satu lohong hitam magis muncul di udara. Tepat betul-betul di hadapan laluan Aerin sedang lalu.
Maka muncul la susuk lampai yang segak dengan pakaian serba hitamnya berjalan keluar dari lohong hitam itu. Ryu menguak anak rambut yang menutupi dahi ke belakang dek ditiup angin semasa memandang ke depan.
Dan seperti biasa juga dayang-dayang di situ terus menundukkan kepala dan mata ke lantai.
“Aku nampak kau tadi….”tegur Ryu mendekat ke Aerin.
Tidak mengatakan apa-apa Aerin diam di situ memerhatikan Ryu. Agaknya kalau dia keluar dari istana ni, suaminya akan ambil masa berapa lama untuk perasan?
Setibanya di hadapan Aerin, Ryu melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Aerin sementara tangan sebelah lagi menekap tepi wajah Aerin.“Aku perlu bertolak sekarang. Kau okay kan tinggal sekejap dekat sini..”kucupnya selepas itu di tulang pipi kanan Aerin.
“Kenapa?Memangnya kau nak ke mana?Dengan tentera ramai-ramai dekat luar tu?”soal Aerin walaupun dia sudah tahu hal sebenar.
Ryu menyandarkan dada Aerin rapat ke tubuhnya sebelum mendongakkan kepala itu ke atas. Dengan renungan redup, dia tunduk meneliti wajah bersih isteri tercintanya itu dalam-dalam. “Ada hal yang aku perlu uruskan di sempadan utara.”
“Ada apa dekat situ??”soal Aerinn yang masih menunggu Ryu untuk menceritakan soal Bishop Harman kepada dia. Tapi nampaknya suami dia dah nekad untuk merahsiakan segalanya dari dia sampai akhir.
“Ada la itu dan ini…tapi jangan risau. Aku akan selesaikannya secepat mungkin…”Ryu mengucup bibir Aerin beberapa kali sambil berkata.
“Kau tahu…peperangan dan pembunuhan takkan selesaikan apa-apa?”Aerin pegang tangan Ryu yang sedang memegang tepi kepalanya. “Tak boleh ke kau selesaikannya tanpa sebarang pertumpahan darah?”
Tawa kecil lepas dari Ryu. Dia menarik sengih meleret semasa melentokkan sedikit kepala ke kiri. “Aku tahu…tapi tak semua orang layak untuk itu. Ada orang tu layak mati dari hidup, ada orang tu tak layak langsung untuk di gelar sebagai orang. Jadi pilihan terakhir yang ada cuma kematian.”
Kening Aerin berkerut Disaat membalas pandangan dengan Ryu. Hatinya dipagut dengan rasa serba salah. Dia tidak mahu Ryu menjadi seperti Bishop Harman dan seangkatan lelaki itu. Dia tidak mahu Ryu lakukan hal yang sama seperti mana Bishop Harman lakukan demi kuasa.
“Dan aku lakukan semua ni sebab ada yang lebih berharga untuk aku lindungi. Maka ini jalan terakhirnya.Jadi aku minta kau untuk faham dan jangan bencikan aku untuk apa yang aku bakal lakukan.”pujuk Ryu lantas mengucup tengah dahi Aerin dengan mata terpejam.
Matanya mula berbahang. Aerin berkerut kening susah hati bila dengar ucapan Ryu. Adakah Ryu lakukan semua ni demi melindungi dirinya?Ryu sanggup bunuh bangsa naga sendiri semata untuk pertahankan keselamatan dia sampaikan merahsiakan soal kejahatan Bishop Harman selama ini agar dia tidak terluka. Sedalam ini perasaan kasih Ryu pada dia?
“Kenapa kau taknak minta tolong aku?Kau tahu, aku boleh bantu kau dengan kuasa aku..”
“Tugas kau adalah untuk jadi Permaisuri dan isteri aku itu aje. Kuasa kau atau tanpa kuasa kau, aku tak perlukannya.”pesan Ryu mula menjarakkan diri dari Aerin. “Sekarang aku kena pergi. Duduk di sini diam-diam. Tunggu aku pulang.”
Aerin pandang Ryu dengan renungan serba tidak kena. Dia perlu hentikan semua pertumpahan darah dan peperangan ini serta merta. Ya dia tahu seluruh puaknya telah mati dibunuh dengan serangan Bishop Harman. Tapi itu tak bermakna, dia perlu lakukan hal yang sama seperti Bishop Harman.
“Jaga diri Ryu.”pesannya perlahan.
Ryu mengerling ke Aerin Disaat lohong hitam muncul sekali lagi di udara. “Jumpa nanti.”senyumnya semasa membelakangkan Aerin dan lenyap di telan lohong tersebut.
Maka senyap sunyi koridor itu. Meninggalkan Aerin bersama empat orang dayang tadi.
“Tuanku, mari kita beransur ke ruang makan.”pelawa ketua dayang semula setelah Aerin diam berdiri di situ tidak bergerak-gerak.
Aerin mengetap gigi dengan erat. Apa yang patut dia lakukan sekarang?
Pergi
atau
stay?
Share this novel