CHAPTER 99 : Side Story 1

Fantasy Completed 5425

Timbunan kayu api yang telah siap potong diikat Arran sebelum dia angkat naik ke atas bahu.

             "Arran ...tangki belakang bocor lagi!"laung Yong dari kejauhan sewaktu Arran berjalan ke pedati keldai pengangkut kayu api.

             "Lagi?"Arran menggungah kayu api tadi atas pedati sebelum menyeka peluh yang merintik atas dahi. "Semalam baru betulkan?"

               Kelindan pedati keldai, Robert tertawa mendengar keluhan itu. Dia palingkan kepala ke anak muda hadapannya dengan senyuman nipis di bibir. "Terima kasih untuk bantuan kamu Arran. Saya ni dah tua, tulang belakang ni dah sakit-sakit. Tak larat dah nak angkat berat."

               "Tak apa la. Benda kecik aje pun. Dah sana...gerak cepat sebelum hujan turun. Langit pun dah mendung semacam je." beritahu Arran sewaktu dongak memandang langit dan mengesat peluh dengan tuala yang tergantung di leher.

              "Oh...kalau macam tu saya gerak dulu la ya."

               "Baik. Jumpa lagi nanti."

Kelentang kelentung bunyi pedati ketika ia mula bergerak setelah keldai yang ditunggang berjalan meninggalkan kawasan Perkampungan Walnut Hill tersebut.

Sejak peperangan tempoh hari tamat Arran telah menetap di perkampungan ini. Perkampungan sama dimana Bishop Harman menetap. Walaupun telah diberikan mandat agar Arran menetap di istana bersama Aerin dan Ryu, dia tetap memilih untuk tinggal di sini. Alasan utama Arran berada di situ pun kerana Bishop Harman.

Arran tahu, Bishop Harman tidak mengingati apa-apa mengenai dirinya lagi. Tapi di sebabkan rasa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ayahnya, Arran tetap hendak menjaga Bishop Harman walaupun secara sembunyi.Dia tahu apa yang dilakukan ini hanya menambahkan luka di dalam hatinya, dia tetap nekad hendak menjaga Bishop Harman sekalipun orang tuanya itu tidak mengingatinya sama sekali.

Pintu kayu dari bilik belakang terbuka. Arran berjalan masuk ke situ hanya untuk disapa dengan pemandangan tangki air memancurkan air ke merata arah. Membanjiri kawasan belakang itu.

                   "Gosh! Yong!Berapa kali aku beritahu alihkan hos ni keluar lepas isi air...jangan di biarkan. Mana tak banjir?"

Kepala Yong, lelaki berambut kerinting itu terjegul dari tingkap sebelah bilik belakang. Dia sedang menempa pedang dalam bilik itu. Jadi ada asap dan bau besi dibakar menerawang di udara sewaktu tingkap itu terbuka.

                   "Hehehe....oh ya. Aku lupa pulak."sengih Yong dengan barisan gigi.

Malas hendak bercakap banyak, Arran sekadar menggeleng kepala lalu terus dengan kerja membaikinya.

Sedang dia bertukang depan tangki air yang melimpah-limpah itu, tiba-tiba dadanya merasakan ada getaran halus menyapa. Mata dia bersinar pada masa yang sama. Serta merta dia menyedari apakah puncanya. Sambil tersenyum nipis, dia meneruskan juga kerja membaikinya.

Clank!

Clunk!

Clank~!

Penukul kayu dihentak kuat pada skru kayu di atas tangki oleh Arran disaat wajahnya basah dek air yang melimpah ketika itu. Sesaat selepas dia menukul, air pun berhenti melimpah. Sudah tidak lagi memancur ke merata arah.

Wajah basahnya diraup dengan tangan sebelum dia berpaling dari situ dengan penukul dalam tangan. Langkah di atur menuju ke pintu depan. Dan seperti yang diduga dia disapa dengan pemandangan dimana seekor naga blue fury sedang menapak hadapan laman kawasan rumah. Melihatkan siapa yang turun dari naga, senyuman meleret terherot di bibir.

Well...well, tengok siapa yang datang!

                "Pakcik Arran!!!"laung seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun sewaktu berlari ke arahnya.

Lekas-lekas Arran meletakkan penukul tadi bersandar pada dinding sebelah pintu sebelum melutut sebelah kaki di situ ingin menyambut.

Kekekan tawa kecil kanak-kanak itu diselangi dengan tapak kasut kecilnya berlari.

                 "Apa khabar Putera Mahkota Rhaegal?"sapa Arran setelah tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukkannya.

                "Hahaha....baik...saya baik. Rindunya saya dengan pakcik.."ucap putera sulung Aerin itu sewaktu menjarakkan diri dari pelukan semata hendak membelek wajah bermisai milik pakcik kesayangannya itu.

               "Pakcik pun sihat. Kenapa kamu berada di sini?Bukan ke baru dua hari lepas kamu bertemu dengan pakcik?"tanya Arran sewaktu mengusap rambut hitam berkilat milik anak saudarannya itu ke belakang. Mungkin bersepah ditiup angin ketika terbang bersama Ryu tadi.

               "Sebab dia tak sabar nak beritahu yang dia dah boleh menjelma dalam bentuk naga..."suara lembut pun menyampuk dari depan.

               "Bonda~~ Kenapa beritahu...kan anakanda kata anakanda yang nak beritahu dekat pakcik."rengek Rhaegal pada Aerin.

              Membuatkan Arran jengahkan kepala ke tepi lantas berdiri setelah melihat wanita yang sedang sarat mengandung berjalan mendekati ke arahnya. "Rhaegal dah boleh menjelma jadi naga?Seawal ni?"pandangnya dengan kagum pada Aerin.

              Aerin mengetap garis nipis di bibir saat menyerahkan bakul berisi buah-buahan dan makanan dari istana kepada Arran. "Iya...macam tu la..."

              "Pakcik, dimana atuk Harman?Saya nak beritahu pada dia jugak!"dengan teruja Rhaegal menggoyangkan tangan kiri Arran yang dipegang sejak tadi.

Lantas Aerin dan Arran tunduk memandang anak kecil di hadapan mereka ketika itu dengan kening terangkat.

                "Ada dekat kebun sayur belakang sana. Pergi la cari kalau nak jumpa. Tapi jangan main jauh-jauh."pesan Arran meletakkan tangan atas kepala kecil itu.

                 Pantas Rhaegal menoleh ke bondanya. Ingin meminta izin. "Bonda...boleh anakanda ke sana?"sengihnya dengan riang.

                 "Pergi la sana. Hati-hati masa melangkah, jangan terjatuh."pesan Aerin.

Tanpa berlengah terus berlari Rhaegal ke arah kanan. Hilang dari pandangan selepas membelok ke satu selekoh di lorong untuk ke belakang rumah.

                "Kenapa kau basah kuyup macam ni?"Aerin bertanya sambil menyeka air yang mengalir turun dari rambut Arran dengan hujung kain selendangnya.

               "Yong rosakkan tangki air bilik belakang tadi...ni aku baru siap betulkannya." jawab Arran sambil melirik akan lelaki lampai berpakaian hitam yang sedang mendekati mereka. Dan bila mereka bertentang mata, Arran beri tundukkan kecil kepada lelaki beraura kuat itu sebagai tanda hormatnya.

Bila Aerin menyedari kehadiran sang suami di belakang, pantas dia menganjak ke tepi ingin memberi laluan pada Arran.

                 "Lama tak jumpa Arran."sapa Ryu menepuk perlahang tepi lengan Arran selepas berada di samping Aerin. "Makin gagah aku tengok..."

                  Arran tawa kecil. Dia tersenyum nipis sebelum berkata. "Biasa la. Menukang dan cari kayu api ni guna tenaga banyak."

                Hujung bibir Ryu terjungkit sekali. "Maaf menganggu kau lagi. Rhaegal yang bersungguh minta untuk berjumpa dengan kau dan Bishop Harman lepas dapat tahu dia boleh menjelma dalam bentuk naga dua hari semalam."jelasnya.

                "Kau tak tahu betapa jenuhnya aku memujuk dia supaya tunggu sebelum ke sini...tapi itulah bercakap dengan Rhaegal tu macam berdebat dengan diri sendiri..takkan ada titik noktahnya."seloroh Aerin tertawa kecil.

               "Sedar pun.."cemik Arran selepas itu.

                Ryu tertawa sewaktu merangkul belakang pinggang Aerin. "Aku dah beritahu awal, Rhaegal tu ikut perangai Aerin, tapi Aerin taknak mengaku.."

                "Tolong sikit ya. Perangai saya cuma degil, yang geliga dan menjengkelkan tu datang dari awak.."

                "Hah...tengok la ni, taknak mengalah. Nak jugak menang.."

Arran yang memerhatikan pasangan suami isteri di hadapannya ikut tersenyum senang. Sudah sembilan tahun berlalu namun begitu Ryu dan Aerin masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Sebelum menjadi raja atau selepas menjadi raja. Masih juga sama tidak berubah. Walaupun jarang bertemu, Arran tidak pernah kekok ketika bersama Ryu dan Aerin. Dan malah buatkan dia teringat akan memori lama ketika mereka sewaktu muda dahulu.

Yalah. Siapa sangka mereka bertiga akan bersama sehingga ke akhirnya selepas apa yang terjadi begini. Dan Arran bersyukur kerana dia memiliki keluarga sendiri untuk menua nanti.

Lagipun Aerin dan Ryu ini sekalipun seorang raja dan permaisuri, pasangan ini tetap hidup merendah diri dan berkelakuan seperti orang biasa. Langsung tiada riak sombong atau bongkak. Membuat ramai penduduk di kawasan Perkampungan Walnut Hill ini amat menggemari kedatangan mereka.

                 "Haih kau orang ni...anak nak masuk dua pun perangai sama aje. Macam budak-budak. Dah la berhenti bergaduh. Baik kita cari ayah dengan Rhaegal. Entah apa aje la datuk dan cucu tu buat bersama dekat kebun..."ajak Arran berpaling dari mereka menuju laluan sama Rhaegal lalui tadi.

Sambil berjalan mengekori Arran dari belakang, Ryu dan Aerin meneruskan perdebatan mereka berdua saling bergandingan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience