CHAPTER 83 : Hampir Tiba

Fantasy Completed 5425

Sekali lagi...

Mimpi yang sama.

Cuma, kali ini suasananya sedikit berlainan.

Tidak seperti kali pertama dia melihat kawasan taman ini, kini persekitaran tempat dimana naga muda cantik bersarang kelihatan indah. Pepohon bunga memenuhi sekitar sarang tersebut. Dan naga muda itu kelihatan muram. Kelihatan sedang bersedih.

Disebabkan dia telah mengajar banyak naga, dia boleh bezakan setiap naga. Sama ada naga itu gembira, susah hati, sedih, sakit atau tidak sihat, berasa tergugat atau bersikap defensive. Melihatkan bahasa tubuh yang ditonjol oleh naga muda di hadapannya, serta merta dia mengesan yang naga muda ini kelihatan muram.

Kepala kecil itu tertunduk di dalam lingkaran. Ekor tersembunyi di bawah badan. Kedua belah telinga berlipat turun ke bawah.

             "Kenapa ni?"Aerin duduk bersimpuh di hadapan kepala naga muda itu lalu mengusap perlahan tanduk kecil yang ada di atas kepala bersisik indahnya. Kenapa hatinya begitu terpikat melihat rupa paras naga muda ini."Kenapa kamu sedih?"

Tidak semena naga itu mengangkat kepalanya lalu bertentang muka dengan Aerin. Sepasang mata jed merenung tepat ke mata Aerin. Menyampaikan emosinya melalui tatapan tersebut. Dengan lembut muncungnya di laga ke perut Aerin.

              "Haha...kenapa?"ketawa Aerin berasa tergeletek dengannya. "Apa yang buat kamu terganggu macam ni?"

Lantas dengkuran lembut pun kedengaran dari naga muda itu. Disebabkan ia tidak dapat bersuara apalagi berhubung secara telepati, hanya dengkuran saja yang dapat dikeluarkan.

                 "Kamu risaukan sesuatu atau sedihkan sesuatu?"Aerin kemudiannya mengusap bawah dagu naga muda itu cuba hendak memujuk. "Jangan risau ya. Semua akan dalam keadaan baik-baik..."beritahunya sambil merehatkan dahinya ke atas permukaan kepala itu. "Saya taktahu kenapa saya mimpikan kamu, apa yang saya pasti kamu pasti mimpi yang baik..."

Naga muda itu melepaskan dengusan kecil disaat ia membiarkan Aerin merehatkan dahi ke atas kepalanya. Terpujuk kerana sentuhan itu.

END OF FLASHBACK

Biasanya di dalam balairung seri ini, suara orang bercakap akan memenuhi seluruh ruang hingga bergema. Namun tidak pada petang itu. Tidak seperti kebiasaannya, ruangan itu senyap, malah suara orang bercakap pun tidak bergema seperti biasa. Kelakuan setiap mereka juga begitu berhati-hati.

Kumpulan lelaki berpakaian formal serba hitam berdiri dengan kedua-dua tangan di belakang badan. Mereka semua menghadap kerusi dimana Ryu sedang duduk. Dan di atas pangkuan lelaki itu lenanya Aerin.

Ya. Sejak kejadian Aerin hilang tiba-tiba, sikap paranoid Ryu semakin menjadi-jadi. Kalau boleh, ke mana saja Ryu pergi, Aerin perlu berada di sisinya. Termasuk la semasa lelaki itu bersidang dengan pahlawan-pahlawan perangnya.

Sebelum persidangan berlangsung, awal tadi Ryu bersama Aerin dalam bilik bacaan isterinya itu. Sekali bila tiba masa untuk bersidang baru Ryu bawa Aerin sekali dengan kuasa teleportasinya itu untuk ke balairung seri istana. Kesudahannya terpaksa la semua di situ bercakap dengan nada yang perlahan.

Sambil bercakap sambil itu mereka mengerling akan permaisuri mereka yang sedang terlena dalam pangkuan Raja Ryu di atas kerusi gergasi tersebut. Langsung tidak terkutik sejak tadi. Yang mana buatkan mereka enggan menganggu lena permaisuri mereka sepanjang masa itu. Tak tahu la kenapa, seperti ada suara dalam kepala berbisik kepada setiap pahlawan naga di situ. Memberitahu supaya mereka jaga dan lindungi permaisuri mereka yang satu ini.

               "Sepertinya musuh sudahpun menyedari akan pelan tuanku. Kini mereka dalam perjalanan menuju ke sempadan utara."

                "Mata-mata kita sudahpun menghantar laporan untuk intipan mereka beberapa hari ni. Mereka mengatakan bahawa dua hari dari sekarang kumpulan pemberontak akan tiba ke sini."

                "Macam mana orang tua tu boleh sedar?"

                "Masih belum jelas. Tapi ada khabar angin mengatakan alasan mereka sedar adalah kerana kejadian aneh yang berlaku di tanah yang telah musnah dijarah oleh kumpulan pemberontak itu."

Tersentak dari lena, perkara pertama yang menyapa adalah suara bisikan orang bercakap dengan nada perlahan bersama degupan jantung di sebelah kanan muka, Aerin mengedipkan mata yang berat beberapa kali cuba hendak menyedarkan diri sepenuhnya dari tidur dia.

Let just say, kerja dia selain makan dan membaca buku, tidur adalah pekerjaan tetap dia. Entah la tak tahu berapa kali dalam sehari dia asyik terlelap aje. Penat dia ni macam bersekang mata semalaman ulangkaji untuk ujian bertulis aje gayanya.

Sedang Aerin cuba memproses apa yang berlaku di sekelilingnya, dia terdengar akan perbualan suara yang berbisik sejak tadi.

Kenapa mereka berbisik?

                "Khabar angin?"Ryu berkerut kening sewaktu tangannya bermain dengan jari jemari Aerin di riba ketika itu.

                 "Kata mereka kawasan yang musnah dijarah telah hidup semula. Segala tumbuhan yang musnah kembali berbunga dan berbuah. Mahluk magis yang terdedah kerana kemusnahan jugak hidup dalam keadaan baik. Kawasan hutan mahupun tanah segar dan subur."

                 Ryu buat muka funny seakan tidak percaya dengan laporan itu."Apa kamu kata?"

Pada masa inilah Aerin nampak wajah Ryu di atasnya dan dia sedar dia sedang bersandar pada dada suaminya dalam keadaan duduk di dalam pangkuan.

Memangnya dia dekat mana sekarang?

                 "Apa kaitannya dengan tanah subur dan aku?"Ryu tertawa kecil.

                 "Tuanku...dalam sejarah pemerintahan, mana raja yang menguasai sebuah tanah itu, kuasanya yang akan memastikan sebuah kerajaan itu hidup. Begitu juga jika sebaliknya terjadi pada raja tersebut."

                "Jadi kau nak cakap, kalau raja negeri tu tinggalkan kerajaan tu, kerajaan itu akan mati. Kalau raja tu masih ada di atas negeri tu dan hidup, kerajaan itu akan terus hidup?"Ryu perasan ada pergerakkan dalam pangkuannya sewaktu bertanya. Jadi dia tunduk ke bawah lalu bertentang mata dengan renungan bangun tidur Aerin.

                  "Benar tuanku.."

Aerin berkerut kening setelah bertentang mata dengan Ryu.

                  "Hmm..."hela Ryu sekembali memandang barisan pahlawannya di hadapan. "Kalau begitu tunggu apa lagi, perangi mereka sekiranya mereka cuba menembusi sempadan utara ini."

Aerin pun memalingkan kepala ke kiri kerana ingin tahu dengan siapa Ryu sedang bercakap. Banyak-banyak tempat...kenapa di tempat dia sedang terlena. Kacau aje dia nak bermimpi!Sekali tu, bila dia dah palingkan kepala, ingatkan dia masih berada di dalam bilik bacaan, sekali lepas dia pandang Aerin dikejutkan barisan lelaki berpakaian serba hitam di hadapan balairung seri itu.

Huh?

                   "BAIK!"sambut mereka dengan serentak bersama kepala tertunduk ke bawah.

What the hell?Elok dia rasa mamai terus jadi segar bugar. Pantas Aerin mengangkat kepalanya dari lengan Ryu lalu cuba menurunkan kaki dari situ.

                   "Nak ke mana ni?"tegur Ryu menghalang Aerin menurunkan kaki dari pangkuannya.

                    "Kau dah hilang akal?Kenapa kau bawa aku sekali ke sini?Di pangku lagi tu?"desis Aerin di depan muka itu dengan mata menjegil bulat.

                    "Kenapa pulak tak boleh?"Ryu menyelak anak rambut Aerin ke belakang telinga sebelum mengusap belakang badan Aerin naik turun dengan perlahan.

                     "Malu la aku!"satu tamparan hinggap pada dada Ryu.

Lantas Ryu mengerling ke arah pahlawannya yang ada di hadapan. Lantas tangannya naik menghalau agar mereka semua supaya keluar dari situ.

Dengan serentak dan seragam barisan pahlawan di situ bergerak keluar ke arah pintu gergasi balairung seri itu. Meninggalkan bunyi derap kasut berkawad sebelum ia menghilang setelah pintu tertutup rapat.

                  "Mereka dah pergi.."tunduk Ryu ke Aerin semula.

                   Sambil memicit tepi kepala yang sedang pening, Aerin memejamkan matanya. "Apa yang kau bincangkan tadi?"

                    "Tak ada apa-apa...perkara biasa."dalih Ryu saat mengusap ubun-ubun Aerin semasa melihat riak wajah isterinya yang kelihatan tidak selesa. "Kenapa keadaan kau tak pulih?"

                   "Tak tahu la..pening aje kepala ni."beritahu Aerin membuka mata semula semasa Ryu membetulkan kedudukannya supaya duduk dengan selesa dalam pangkuan itu.

                     "Patut ke aku bawa tabib untuk bertemu dengan kau?"

                      Mungkin. Risau pulak bila keadaan dia melarat macam ni. "Hm."angguk Aerin perlahan.

                      "Jom aku bawak kau balik ke bilik. Biar dayang yang bawa tabib ke situ nanti."bawah kaki Ryu di cempung Ryu sebelum lelaki itu bangun dari kerusi singahsananya.

                     Tidak berniat hendak membantah, Aerin lingkarkan tangan kesekeliling leher Ryu lalu merehatkan kepalanya di atas bahu itu. "Kau tahu...aku mimpikan sesuatu yang aneh kebelakangan ni."

                     "Mimpi?Mimpi tentang apa?"

                     "Naga muda...."

Lohong hitam muncul di hadapan Ryu. Pusaran hitam dengan lingkaran emas itu dilaluinya tanpa rasa gentar.

                   "Naga jenis apa?"mereka berada di dalam bilik tidur sesaat kemudian. Lantas Ryu gerak ke katil. DIa baringkan Aerin di situ.

                   "Aku tak pasti..."beritahu Aerin memerhatikan Ryu membetulkan bantal lalu menarik selimut ke atas perutnya sebelum tangan berjari runcing itu meramas jari jemarinya dengan perlahan.

Semakin tertanya-tanya Ryu dibuatnya. Sampaikan lepas dengar kepalanya terlentok ke tepi. Keningnya terjungkit sebelah.

                    "Mimpi tu ke yang jadi punca kau tak sihat?"jangan Aerin sakit pulak. Kalau Aerin sakit dia mesti boleh tahu. Tapi masalahnya sekarang rasa sakit pun tidak.

                    "Mungkin..."Aerin teringat akan naga muda yang muncul dalam mimpinya tadi. Seakan ada yang buatkan ia terganggu. Tapi apa dia?

                    Lantas Ryu bangun dari katil. "Tunggu sini. Aku panggilkan dayang untuk bawa tabib ke sini."

Aerin perhatikan langkah Ryu saat bersandar pada bantal di situ. Matanya mengerling ke kanopi katil sebelum tangannya hinggap di atas perut. Naga tu usik perut dia...memangnya ada yang tak kena dengan perut dia ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience