CHAPTER 96 : Akhirnya

Fantasy Completed 5425

Beberapa pemberontak yang melawan Arran tertusuk tembus ke tanah apabila bilah petir Arran mengenai anggota badan mereka. Ada yang terkena pada dada, ada yang terkena pada kaki, ada yang tertusuk pada perut dan lengan. Lumpuh kesemuanya sisa tentera pemberontak Bishop Harman yang ada. Kecuali Bishop Harman sendiri saja masih teguh berdiri.

Namun semua itu tidak mengghentikan Arran. Disebabkan dia sudahpun diberikan misi, maka dia perlu jalaninya dengan amanah!

               "Hentikannya Bishop Harman!"arah Arran kepada Bishop Harman sewaktu menghadang libasan pedang dari lelaki tersebut menggunakan bilah petir serupa pedang di tangan kanannya.

                "Kenapa?Kamu tak sanggup bunuh bapa kamu sendiri?"agah Bishop Harman bersama sengih meleret mengejeknya. "Kamu kena tahu, saya yang mengajar kamu, maka setiap gerak geri kamu tiada guna buat saya!"ujar Bishop Harman apabila dia mengangkat kaki kanannya lalu menendang tepat ke rimbuk Arran.

Tubuh Arran terundur dua langkah ke belakang akibat tendangan itu namun dia masih teguh berdiri tidak berubah posisi. Kening mencerlungnya tajam taktala dia merenung wajah tanpa belas milik Bishop Harman.

               "Adakah membalas dendam segalanya buat master?"

                 "Sudah tentu. Kalau tidak mana mungkin saya berada di tahap ini!?"Bishop Harman menghunus pedangnya semula ke depan. "Bunuh saya atau saya bunuh kamu.."

                 Rahang Arran berketik. Dia mengetap gigi dengan erat sebelum matanya ikut bersinar keemasan. "Saya bukan pembunuh.."ucapnya saat membawa kedua belah tangannya ke udara seakan mahu mengangkat sesuatu. "Dan membalas dendam bukan jalan penyelesaian untuk apa yang master telah kehilangan..."

                  "Jangan nak buat lawak!Biar aku bunuh kau sebelum aku bunuh Naga Ryu Fury tu pulak!"teriak Bishop Harman mengangkat pedangnya mahu dilibas ke atas kepala Arran.

Melihatkan situasi itu Arran langsung tidak cuba hendak mengelak apalagi menghalang. Dia sekadar berdiri di situ sehingga la satu aliran eletrik seperti tali muncul naik dari permukaan tanah lalu mula menjalar ke kaki Bishop Harman. Dari kaki naik ke pinggang lalu ke dada sebelum berhenti di kedua belah lengan lelaki itu.

                  "Aerin arahkan saya untuk selamatkan semua orang disini. Musuh atau tidak. Tiada siapa berhak mati kerana kesilapan orang lain. Sejarah adalah sejarah. Silam tetap menjadi silam. Mana yang ditinggalkan di belakang perlu teruskan hidup walaupun sakit.."Arran menundukkan pandangannya ke bawah taktala Bishop Harman perlahan-lahan mulai longlai hendak rebah di situ.

Kelentang!

Pedang Bishop Harman jatuh terlepas dari tangan lelaki itu. Lalu tangan Bishop Harman jatuh ke sisi sebelum kedua belah lututnya menyerah menyembah bumi. Kepala lelaki itu terdongak ke langit akibat rasa cengkaman eletrik yang mengikat seluruh tubuhnya hingga lumpuh.

                    "Nghh....ta-tak!"ngerangnya di balik nafas dengan terdesak Bishop Harman menatap langit dengan air mata bergenangan di tubir mata. Tidak sakit namun rasa sangat terkekang."Ja-jangan-"tidak lama kemudian wajah Arran muncul di atasnya. Renungan dingin dari sepasang mata yang saling tidak tumpah seperti mendiang isteri buatkan Bishop Harman menahan nafas di tengah kerongkong.

                    Lantas Arran pun mengangkat tangan kirinya ke atas kepala Bishop Harman. Dia menekap tengah tapak tangan ke antara dahi dan kepala Bishop Harman. "Sebelum tu, saya perlu ucapkan terima kasih pada master kerana menurunkan kebolehan master kepada saya untuk menggunakan kuasa yang sama seperti yang master telah gunakan terhadap saya dan Aerin..."

Detik itu kening Bishop Harman terangkat tinggi. Matanya beliak kejung kerana sedar yang dirinya bakal diluputkan ingatan dengan Arran sebentar lagi. Hal itu menyebabkan Bishop Harman semakin cemas dan bergelut hendak melepaskan diri.

                   Dia tak boleh hilang ingatan!Dia tak boleh biarkan dendam di dalam dirinya dihapuskan begitu saja! "Nghh...ja-jangan!" lafaz Bishop Harman dengan susah yang amat sangat. Lidahnya begitu berat hendak diangkat akibat dilumpuhkan dengan kuasa Arran.

                 "Jangan risau...selepas ini, master takkan ingat apa-apa yang telah menyakiti master. Termasuk mengenai kehilangan isteri mahupun mempunyai anak. Hiduplah master bersama dengan memori baru agar master tenang membina kisah yang baru."ucap Arran disaat tapak tangannya mula menyalurkan kuasa pelupus ingatan pada Bishop Harman.

Bola mata Bishop Harman menjuling ke belakang hingga menjadi putih sepenuhnya sebelum lelaki itu rebah ke belakang terus tidak sedarkan diri.

Dengan renungan dinginnya Arran terus berpaling pergi untuk mendapatkan Aerin pula. Dia meninggalkan Bishop Harman di situ tanpa teragak-agak. Derap langkahnya itu terhenti selepas dia berdiri di belakang Aerin.

               "Semuanya dah selesai."beritahu Arran mendatar. "Seperti yang kau nak aku lakukan.."terpancar garis emosi sedih di balik mata itu.

Barulah Aerin mendongak ke atas bersama Ryu di dalam dakapannya di dada. Kepala suaminya itu di belai dengan kasih selepas Ryu pengsan tidak sedarkan diri. Dan bila Aerin berbalas tatapan dengan Arran, hatinya terus dipagut sendu. Rasa sebak berombak hingga berketulan dalam kerongkongnya. Sepatutnya dia lega bila semuanya berjaya dihalang dan diselesaikan dengan baik, namun begitu dia merasakan sebaliknya. Aerin merasakan sedih dan bersalah yang amat sangat.

                "Dia takkan maafkan aku Arran.."bisiknya kepada Arran saat tersenyum bersama air mata mengalir ke pipi. Dia telah menyakiti hati Ryu yang selama ini cuba melindungi dirinya dari mengetahui hal sebenar. Sebab Ryu tahu yang dia akan kecewa dan sedih jika mengetahui hal sebenar mengenai siapakah Bishop Harman!

                Tatapan dingin Arran menjadi redup serta merta. Dia melepaskan hela panjang kesal saat tunduk berlutut sebelah kaki di sebelah Ryu yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya. "Jangan risau...Ryu akan faham sekiranya dia tahu apa kisah sebenar."

                  Terus Aerin sandarkan dahinya ke lengan Arran. Menangis kerana lega dan takut pada masa yang sama. "Aku ingatkan kita takkan sempat halang mereka.."esaknya dengan kuat.

                  "Tapi kita tak."jawab Arran saat menyandarkan dagunya pada tepi kepala Aerin sambil memegang belakang kepala itu. "Jom balik. Ada kerajaan yang perlu kau uruskan." beritahunya.

Ryu yang tidak sedarkan diri itu sama sekali tidak mengetahui apa yang telahpun terjadi ketika itu. Apa yang perkara terakhir yang Ryu tahu adalah Aerin telah memilih untuk menyakiti dirinya, orang yang cuba melindungi Aerin selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience