CHAPTER 46 : Berdarah!

Fantasy Completed 5425

Brianna tersengih memerhatikan Caspian seperti cacing kepanasan sejak tiba di pejabat Bishop Harman. Sengih meleret mengejek terukir lebar.

           "Apa yang kau resahkan sejak tadi Caspian?"tegur Brianna. Dia duduk menyilang kaki di kerusi menghadap jendela dimana Caspian sedang berdiri..

           Caspian berhenti mundar mandir kerana teguran itu. Dia menjeling tidak puas hati ke Brianna. "Bukan sekarang Brianna. Aku tak kuasa nak bergaduh dengan kau."

           "Master...apa yang master dah beritahu dekat dia sampai panjang muncung dia tarik?"sakat Brianna saat tersengih menahan dari ketawa.

Bishop Harman di meja waktu itu sedang tekun meneliti peta Xenthopia.

            "Saya hantar Aerin bersama Arran ke Chep Town, budak ni risau katanya tak suka."jawabnya sambil tu.

            "Hahah...serius la?aku ingatkan kau dah berhenti dari mengejar Aerin??"

            "Diam la kau...tapi kenapa master hantar Arran bersama Aerin?"

Brianna ketawa kecil.

            "Saya hantar Arran sebab kita perlukan dia juga nanti. Kerana kuasa magisnya lebih kuat dibandingkan mereka yang lain di sini."jelas Bishop Harman.

             Caspian menjuling mata menyampah sebelum bergerak ke meja Bishop Harman. "Apa rancangan master seterusnya?Ryu sudahpun keluar dari sini bersama dengan orang kuatnya. Kita ada peluang untuk buat serangan ketika lelaki tu jauh dari sini."

             "Ya...saya sedang teliti kawasan yang kita perlu musnahkan supaya para penduduk tiada akses untuk larikan diri."beritahu Bishop Harman.

             "Master memang merancang untuk bunuh semua orang di sini?"Brianna menopang kepalanya. "Tak sayang ke?Ramai Dragon Tamer di sini adalah pelajar master."

             "Kalau mereka lakukan hal yang sama kenapa tidak kita?"sampuk Caspian. "mereka telah melicinkan hampir keseluruhan populasi Naga Lambang Merah. Kita patut lakukan hal yang sama.."

             "Jadi apa rancangan master?Kenapa master hantar Aerin keluar dari sini ketika kita memerlukan dia?"

              Pada masa itulah Bishop Harman mengangkat kepalanya dari peta. "Hapuskan kesemua Dragon Tamer supaya mereka tidak dapat digunakan untuk mengawal mana-mana naga. Kemudian runtuhkan tembok Utama Xenthopia. Selepas itu kita akan tawan kota."

END OF FLASHBACKS

                "Hah..."hela Brianna dengan mata terpejam mengesat darah yang terpercik mengenai wajahnya sebelum dia membuka mata semula.

Mengah rasanya!

                "Uhuk!"batuk seorang daripada mereka di situ dengan nafas tersekat-sekat hendak putus dari badan. Mata yang berkaca dengan air dan darah itu merenung penuh kecewa kepada orang yang mereka sangkakan adalah kawan adalah pengkhianat.

                 "Kenapa kau lakukan semua ni Brianna?"terketar-ketar suara Dragon Tamer yang bersandar lemah di dinding. Darah mengalir deras dari kesan tusukan di dada.

                 Kepala Brianna terlentok. Dia pandang rakan Dragon Tamer itu bersama sengih meleret. "Kenapa kau tanya?Sebab kau orang semua memang patut mati. Bersalah ataupun tidak...kau orang semua patut mati dari awal lagi..."

Pada masa itu muncul Caspian. Pedang di tangan lelaki itu turut berdarah.

              "Cepat kau buat kerja?"tegurnya selepas itu.

               Brianna berpaling ke belakang baju kiri. Bertemu mata dengan Caspian. Lelaki itu kelihatan tidak terurus. Nampaknya ada yang kena belasah dengan teruk."Di mana yang lain?"

               "Sedang bersiap sedia dekat luar sana.."

              "Master?"

              "Master ada bersama dengan kumpulan naga yang lain. Mereka sedang bersiap siaga untuk menyergah kota nanti."tambah Caspian lagi.

              "Kalau macam tu tunggu apa lagi..."Brianna tersengih kepada Caspian.

              "Berlagak...mentang-mentang la kau boleh menjelma menjadi naga!"Caspian menjuling mata menyampah sewaktu bergerak ke arah pintu untuk keluar dari situ. Namun disaat dia baru sahaja hendak mendekat, pintu itu meledak!

Daun pintu tertanggal lalu membuatkan Caspian tercampak ke belakang secara tiba-tiba.

Briana pantas menoleh ke arah pintu. Matanya terbutang luas. Mulanya dia tidak dapat lihat dengan jelas, sekali bila kelibat itu masuk ke dalam dengan barulah Brianna dapat mengenalpasti siapakah orang tersebut.

Di situ berjalannya Ryu dengan langkah bersahajanya. Lelaki itu memandang sekeliling akademi Dragon Tamer yang sudah ditumpahi darah dan dipenuhi dengan gelimpangan jasad tidak bernyawa di lantai.

             "Uhuk!"batuk Caspian saat memandang ke depan dan memegang dada yang sebu.

             "Apa ni?Kau kata dia keluar ke daerah lain?Kenapa dia ada dekat sini?"pandang Brianna semasa memusingkan badannya ke Ryu.

Ryu lirik ke Brianna. Wajah gadis itu sudah comot dengan kesan darah. "Jadi ini la rancangan kau orang?hapuskan ke semua dragon tamer yang ada untuk mengelakkan daripada semua naga yang ada menentang kau orang?"

              "Nak join?"tawar Brianna dengan sengih meleret.

              Caspian berdiri tegak, tangannya sudah siap mengeratkan cengkaman pada pedangnya. Renungan mencerun terarah pada Ryu waktu itu. "Macam mana kau boleh ada dekat sini?Bukan ke sepatutnya kau balik kemudian?"

             "Sepatutnya begitu, tapi aku tergerak hati untuk balik lebih awal daripada yang dirancang"jelas Ryu memandang tepat ke Brianna.

             "Pergi Caspian. Aku akan uruskan dia..."arah Brianna dengan mata bersinar merah jingganya. "Bawa master bersama dengan kau!"

             "Kenapa?Kau nak berhadapan dengan aku?Kau yakin mengenainya?"soal Ryu.

Caspian memang tidak berlengah lagi. Lelaki itu berpusing ke arah laluan lain untuk meninggalkan tempat tersebut.

              "Kenapa tidak?Kau fikir kau seorang aje naga?"

                Mata Ryu berkedip satu kali selepas mendengarnya. "Kau adalah naga jugak?"

              Hujung bibir Brianna terjungkit. "Apa kata kita cari tahu?"mata Brianna berkerlipan sebelum seluruh tubuhnya mengeluarkan cahaya terang.

Susuk tubuh manusia itu perlahan-lahan menjelma dalam bentuk naga dewasa yang sangat besar. Disebabkan Brianna jelma dirinya menjadi naga di dalam bangunan, bumbung akademi meledak pecah keluar kerananya. Habis runtuh batu-bata di situ.

Ryu tidak terkutik sedikit pun saat runtuhan itu mula jatuh ke lantai disertai dengan debu halus berterbangan di sana sini. Lelaki itu malahan hanya menarik sengih meleret. Lantas Ryu dongak ke atas. Matanya berkerlipan keemasan.

Nampaknya cerita mungkin takkan berakhir dengan happy ending.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience